Car photo created by wirestock - www.freepik.com

Dalam beberapa hari kebelakangan ini cuaca nampaknya kembali panas. Sebagai rakyat Malaysia, mahu atau tidak itu perkara berkaitan bahang panas merupakan perkara harus kita hadapi dan rasai.

Meletakkkan kenderaan di kawasan terbuka tidak sampai setengah jam pun panas serta bahang dalam kereta memang rasa seperti tidak tertanggung.

Jadi bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah ini?

Terdapat beberapa tip dan cara mudah yang kita boleh gunakan untuk kurangkan bahang panas di dalam kereta.

PELINDUNG CERMIN HADAPAN DAN TINGKAP

Apabila ingin meletakkan kereta di kawasan terbuka dalam tempoh yang lama, anda dinasihatkan untuk meletakkan pelindung cermin dan tingkap. Perlindungan secara fizikal ini mampu mengurangkan bahang panas terperangkap di dalam kereta. Apatah lagi pelindung tersebut mempunyai material berwarna krom yang mampu memantulkan cahaya matahari.

IKLAN

BUKA TINGKAP

Jika kereta anda di letakkan tidak jauh dari kawasan atau pandangan anda bolehlah lakukan tip ini. Buka sedikit tingkap di bahagian atas sebanyak beberapa inci. Membuka tingkap ketika kereta di letakkan di kawasan terbuka mampu merendahkan suhu dengan signifikan. Jadi kereta tidaklah terasa seperti oven panas apabila anda masuk ke dalamnya selepas itu.

Kurangkan Haba Panas & Bahang Dalam Kereta Dengan Beberapa Langkah Mudah Ini

‘KIPASKAN’ BAHANG KELUAR

Ini teknik yang memerlukan anda menggunakan sedikit tenaga. Sebelum memasuki ke dalam kereta, buka pintu dan lakukan gerakan seperti anda mengipas. Turunkan tingkap di bahagian penumpang hadapan dan tutup kesemua tingkap lain. Lakukan gerakan mengipas tersebut sebanyak kira-kira 12 kali. Tindakan ini boleh mengeluarkan sedikit udara panas yang terperangkap dan sekali gus menyejukkan sedikit kondisinya.

IKLAN

PELAPIK TEMPAT DUDUK

Salah satu penyeksaan bagi anda yang menggunakan tempat duduk dari metarialkulit ialah ia mudah menyerap panas. Selepas meletakkan kereta di bawah sinaran matahari dengan lama, kerusi tempat duduk boleh menjadi panas. Jadi untuk melindungi anda daripada kepanasa, lapiklah tempat duduk dengan tuala. Apabila suhu di dalam kereta kembali normal, alihkan dan simpan semula tuala tersebut.

Kurangkan Haba Panas & Bahang Dalam Kereta Dengan Beberapa Langkah Mudah Ini

TINTED

Bukan untuk gaya penampilan luaran kereta semata tapi ada fungsinya. Laburkanlah sedikit wang untuk mendapatkan tinted yang berkualiti dan tahan lama. Dengan melakukan tinted pada cermin, bahang di dalam kereta tidaklah akan terasa sangat. Ia menghalang bukan sahaja suhu panas malah kadar radiasi solar yang tidak baik.

IKLAN

PASANG PENGHAWA DINGIN DENGAN BUKA TINGKAP SEDIKIT

Selepas mula membuka penghawa dingin, bukalah tingkap sedikit. Ini untuk memastikan udara panas di dalam kereta dapat digantikan segera dengan udara luar. Selepas selama 30 saat, anda boleh tutup tingkap semula dan nikmatilah suhu yang best dengan penghawa dingin tanpa rasa bahang.

Semoga tip ini mampu membantu anda mengurangkan rasa bahang dan menikmati pemanduan yang lebih selesa di masa akan datang.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video best seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=EzKC5HjFbJ8&t=5s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI