Bagi wanita ramai yang menganggap rambut merupakan mahkota mereka. Bagaimana pula dengan mahkota kaum lelaki? Sejujurnya tidak pernah pula MASKULIN mendengar perumpamaan apakah yang boleh dikatikan antara rambut dengan lelaki.
Tetapi kami yakin motosikal berkuasa tinggi pasti berada dalam senarai yang teratas. Bukan sahaja membawa simbol kelajuan, perkasa dan penuh maskulin motosikal berkuasa tinggi telah lama menjadi ‘aksesori’ bagi seorang lelaki.
Tidak hairanlah bila motosikal berkuasa tinggi lalu melintas setiap lelaki pasti akan menoleh buat kali kedua. Hanya kuasa wanita sahaja yang dapat menandingi aura sebegini.
Harley-Davidson merupakan antara jenama motosikal yang sering dikaitkan dengan sifat kejantanan sejak zaman-berzaman. Malah motosikal inilah yang telah membawa banyak sub-culture baru dalam dunia lelai yang sering ditonjolkan di dalam banyak filem, televisyen, lagu dan juga karya lukisan.
Pengarah Urusan Bündnerbike, Jürg Ludwig J. R. bersama ciptaan bernilai jutaan ringgit
Pembikin motosikal legenda ini juga telah memperkenalkan motosikal termahal dalam sejarah mereka. MASKULIN perkenalkan, Harley-Davidson Blue Edition.
Motosikal yang dikatakan dihasilkan sepenuhnya dengan hasil kerja tangan ini merupakan kerjasama daripada Harley-Davidson dan Bucherer, syarikat jam Swiss dan barang kemas terkenal. Motosikal yang satu-satu seumpamanya dihasilkan bersempena dengan Bündnerbike yang meraikan pembikin jam dan barang kemas menjadikannya sebagai motosikal termahal di dunia.
Dengan nilai dianggarkan kira-kira USD1.79 (RM7.46 juta), Harley-Davidson Blue Edition ini dicipta dari model asas terdahulu Harley-Davidson Softail Slim S. Rangka motosikal dihasilkan dengan kemasan tanpa cacat cela bersama rim yang dihasilkan khusus untuk model ini.
Kemasan emas dan berlian di bahagian handlebar dan brek tangan
Antara elemen rekaan yang eksklusif ialah rotating camshaft yang jelas kelihatan menerusi ‘tingkap’ di dalam camshaft housing dan juga valve control serta throttle valves yang disalut emas. Bagi menyerlahkan sisi modennya lampu LED tahan panas turut dipasang.
Ads
Selain itu beberapa bahagian motosikal ini turut disalut dengan emas bagi menyerlahkan lagi elemen mewah yang dibawa oleh motosikal yang dibina dengan mengambil masa lebih 2500 jam tenaga kerja.
Harley-Davidson Blue Edition turut dilengkapi dengan jam di bahagian atas tangki
Pakar-pakar dari Bündnerbike mengambil masa kira-kira stahun untuk menyiapkan rekaan dan menyiapkan projek motosikal yang berjaya melakar sejarah baru dalam industri permotoran. Dengan seramai lapan orang tenaga mahir dari kedua-dua syarikat motosikal yang turut dihiasi berlian 5.40 karat.
Setakat ini masih belum jelas sama apa yang kdua-dua syarikat iaitu Harley-Davidson atau Bucherer ingin lakukan terhadap motosikal ini selain membawa perhatian ramai terhadap mereka.
Mungkin ia telah menjadi milik bilionair yang gilakan motosikal atau ia tersergam indah di dalam muzium atau gedung istimewa Harley-Davidson?
Apa pandangan anda terhadap motosikal mewah berkuasa besar seperti ini? Now, this is what we called… ‘big boys toys’!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Artikel ini berkaitan dengan post sebelumnya. Kejadian yang berlaku pada wanita ini membuktikan pentingnya anda memakai tali pinggang keledar.
Kejadian tersebut berlaku tahun lalu. Mungkin ia kelihatan kelakar tetapi ini sebagai peringatan buat anda agar mengutamakan keselamatan.
Seorang wanita menerusi Twitter dengan nama @hellocojo berkongsi imej kesan mukanya yang tertinggal pada kerusi depan ketika kemalangan.
Tiada yang kelakar apabila terlibat dalam kemalangan. Tetapi @hellocojo menemui perkara humor dalam detik mencemaskan itu.
Kesan daripada impak kemalangan tersebut menyebabkan dia tersembam ke depan dan wajahnya dengan solekan melekat pada kerusi depan.
Cetakan tersebut begitu jelas menampakkan garis hidung, mata dan tulang pipinya yang terbentuk daripada bedak asas manakala gincu merah jambu meninggalkan bentuk bibir sempurna pada bahagian perehat kepala kerusi depan.
Menerusi post @hellocojo, walaupun bahagian depan kereta mengalami kerosakan namun dia lega kerana tiada yang cedera.
Sumber: Dailymail
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah tingkap kereta tak turun apabila suis ditekan bukanlah satu perkara asing. Apatah lagi selepas menggunakan kenderaan tersebut bila sudah melepasi tempoh 5 tahun.
Jika tingkap tidak turun pasti ada masalah yang berlaku. Memang rasa stres juga apabila tingkap kereta langsung tidak boleh diturunkan. Lebih haru lagi bila ia hanya turun separuh dan tersekat di situ.
Malang betula kalau tiba-tiba hujan turun!
Usah risau anda hanya perlu kenal pasti kenapa tingkap kereta tak dapat diturunkan seperti biasa. Anda peru memerika beberapa komponen power window dan melihat apakah kerosakan yang berlaku.
PERIKSA FIUS
Cuba periksa bahagian fius. Anda boleh cuba gantikan fius yang lama dengan yang baharu tetapi jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.
Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas ataupun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.
KADAR VOLTAN & KONDISI SUIS TINGKAP
Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.
Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.
MOTOR & REGULATOR
Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.
Jika anda mencari aksesori kereta pada harga menarik. boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir yang berlaku di negara kita di beberapa buah kawasan di Selangor, Melaka. Kelantan dan Pahang dalam tempoh terdekat ini pastinya cukup memeritkan.
Kehilangan nyawa, kerosakan kedaiaman serta kenderaan menjadikan ia lebih sukar buat mereka. Selepas banjir kian surut maka muncullah pemandangan yang cukup mengharukan dengan deretan kereta dan kenderaan lain yang ditenggelami banjir sebelum ini.
Lebih mendukacitakan kejadian banjir yang berlaku kali ini tidak dapat dijangkakan dan paling buruk dalam sejarah. Itulah antara punca mengapa kerosakan yang sangat dahsyat telah berlaku dan kita saksikan.
Selain banjir, hujan lebat juga boleh mengakibatkan berlakuknya rantaian bencana alam yang lain seperti tanah runtuh. Di beberapa lokasi terutamanya di Lembah Klang, cukup berisiko dengan kawasan lereng bukit yang harus diberikan perhatian. Bagi anda yang tinggal di kawasan berisiko perlulah ambil perhatian yang lebih terutamanya kawasan untuk letak kereta.
Sebolehnya kita mahu elak daripada terlibat dalam mana-mana bencanan. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil langkah pencegahan. MASKULIN kongsi beberapa lokasi perlu anda elak untuk parking kereta sepanjang musim hujan seperti sekarang.
KAWASAN RENDAH
Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.
TEPI LERENG BUKIT
Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.
PINGGIT PANTAI
Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.
BAWAH POKOK
Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.
Buat anda yang terkesan dan terjejas dengan dugaan banjir kali ini, MASKULIN doakan anda untuk tabah menghadapinya. Semoga tahun 2022 bakal menghadirkan sinar lebih baik dalam meneruskan kehidupan.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki Kelantan Ramai Pilih Wanita Thailand Sebagai Pasangan Hidup. Wanita Thailand, terutama dari wilayah Selatan seperti Pattani, Yala, dan Narathiwat, sering menjadi perhatian lelaki Melayu.