Seorang anggota tentera dari Korea Selatan, Oh Yohan, melakar kejayaan luar biasa apabila berjaya mencatat nama dalam Guinness World Records selepas melakukan sebanyak 11,707 senaman mendagu (pull-up) dalam masa 24 jam.
Percubaan ini dilakukan antara 28 hingga 29 September tahun lalu di bandar Incheon, namun pengiktirafan rasmi hanya diumumkan baru-baru ini.
Apa yang menjadikan pencapaiannya lebih mengagumkan adalah bukan hanya angka yang dicatat, tetapi juga motif dan semangat di sebalik cabaran fizikal yang ekstrem itu.
Oh Yohan bukanlah sekadar mengejar rekod demi nama atau populariti.
Menurutnya, pencapaian ini merupakan satu tanda penghormatan buat unit khas tentera Korea, Kumpulan Misi Khas Republik Korea ke-707, yang pernah menjadi tempat dia menabur bakti.
Jumlah 11,707 yang dipilih bukan secara rawak, sebaliknya penuh simbolik.
“Saya pilih angka 11,707 sebagai simbol penghormatan kepada unit 707, tempat saya pernah berbakti. Angka ini bermakna buat saya,” jelas Yohan.
Ads
707 adalah antara unit elit dalam angkatan tentera Korea Selatan, dan Yohan mahu rekod dunia ini menjadi legasi peribadi dan penghargaan buat pasukannya.
Cabaran Berganda iaitu Fizikal, Emosi & Keluarga
Walaupun ramai melihat kejayaan itu dari sudut fizikal semata-mata, hakikatnya Yohan turut berdepan cabaran emosi yang bukan calang-calang.
Dalam proses latihan dan persiapan untuk percubaan rekod ini, dia juga perlu membahagikan masa untuk keluarganya lebih-lebih lagi ketika isterinya sedang hamil anak kedua mereka.
“Latihan kali ini sangat mencabar, sampai saya tak kisah kalau gagal. Saya cuma nak lari sekejap daripada tekanan harian,” ujarnya jujur.
Ads
Foto : Men’s Health
Pernah Pegang Rekod, Tapi Pernah Juga Kalah
Bagi yang mengikuti kisah Yohan sebelum ini, ini bukan kali pertama dia memecah rekod dunia dalam kategori sama.
Namun pencapaian tersebut pernah dipintas oleh orang lain dalam masa kurang seminggu satu tamparan yang mungkin mematahkan semangat orang biasa, tapi tidak bagi Yohan.
Sebaliknya, kekalahan itu membakar semangatnya untuk kembali lebih kuat dan lebih bersedia.
Ads
Percubaan keduanya ini, yang akhirnya mencatat 11,707 pull-up, menjadi bukti bahawa semangat juang dan ketahanan diri mampu mengatasi apa saja cabaran.
Kini, nama Oh Yohan bukan sekadar tercatat dalam buku rekod dunia, tetapi juga tertanam dalam hati rakyat Korea sebagai lambang disiplin, dedikasi dan inspirasi.
Dari seorang anggota tentera kepada seorang suami, bakal bapa kepada dua anak, hingga menjadi pemegang rekod dunia kisahnya menyentuh pelbagai lapisan masyarakat.
Sumber : Kosmo
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas tamatnya PKP, semakin ramai penggemar aktiviti larian semakin aktif semula dengan larian. Namun selepas hampir 3 bulan tidak berlari, ramai yang mula mengadu sakit lutut selepas mula melakukannya semula. Kecederaan lutut merupakan kecederaan paling sinonim berlaku terutama buat pelari aktif.
Tapi apa yang berlaku bila mula sakit lutut ketika atau selepas melakukan larian?
Pastinya ia satu situasi yang cukup mengecewakan. Stamina masih ada tapi kondisi lutut tidak membenarkan anda untuk terus melakukan aktiviti larian. Dan bila anda mula rasa kecewa semangat dan motivasi itu secara automatik akan jadi makin menurun.
Disebabkan sakit lutut jugalah ramai yang terkandas separuh jalan apabila mula ingin bergiat aktif dalam aktiviti larian.
PUNCA LUTUT SAKIT
Jika anda terasa sakit di bawah tempurung lutut dan rasa lagi teruk semasa berlari atau menggunakan tangga itu bermakna anda patella anda telah lari dari ligamen.
Atasinya:
Kurangkan jarak larian
Selang-selikan dengan aktviti yang tak emlibatkan lutut
Ambil ubat anti-inflammatory
Jika sakit berterusan sila jumpa doktor
Lakukan senaman foam roll
Foto: master1305 / Freepik
MASALAH BERAT BADAN
Namun tidak dinafikan masalah utama yang menyumbang kepada masalah sakit lutut buat anda yang suka berlari ialah berat badan yang berlebihan. Apabila anda memiliki berat badan yang tinggi, ia akan menyebabkan lutut terpaksa menampung beban yang berat.
Ditambah pula bila anda melakukan aktiviti larian, ia hanya menyebabkan lutut amat mudah terdedah dengan kecederaan dalaman.
Jadi kepada anda yang mempunyai ebrat badan berlebihan pastikan terlebih dahulu bahawa kondisi lutut anda dalam keadaan baik sebelum berlari.
Usah lari dalam jarak yang jauh dan memaksa diri. Berlari pada pace yang sesuai denga anda. Biarlah ia perlahan tapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada badan anda.
Sebagai contoh mula berlari dalam tempoh 5 sehingga 10 minit. Apabila sudah selesa dan konsisten tambahkan jarak atau masa larian sehinggalah genap kepada 30 minit.
Jika anda mula selesa apabila mencapai tahap itu bermakna fizikal anda semakin selesa dan boleh berlari pada jarak lebih jauh.
SUSUN STRATEGI LARIAN
Untuk mengelakkan anda mudah sakit lutut paling penting ialah merancang corak atau strategi larian.
Pertama sekali lakukan warm up kira-kira 10 minit dengan brisk walk untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Kemudian apabila bermula lakukan larian kira-kira seminit dan selang-selaikan dengan berjalan selama 2 minit.
Ulang langkah di atas sehingga 15 ke 20 minit dan habiskan dengan 5 minit berjalan untuk cool down.
Selamat mencuba!
Dan bagi anda yang ingin mencari kasut larian pada harga menarik boleh dapatinya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah siapa sahaja, tiada orang yang tak suka makan makanan ringan. Apatah lagi sejenis snek yang sering kita gelar ‘jajan’ terdapat mudah di pasaran dengan pelbagai rupa, bentuk, rasa dan perisa.
Walaupun kita tahu makanan tersebut tidak menyihatkan dan mengandungi khasiat dan zat sangat rendah namun ia tetap juga menjadi sebahagian daripada diet.
Sebenarnya tidak salah untuk makan snek dan makanan ringan. Cuma anda perlu bijak memilih makanan yang rendah lemak, kurang masin dan bahan penambah perisa tiruan lain.
Snek terbaik biasanya snek yang segar dan berbentuk semulajadi. Bayangkan anda sedang menonton Netflix tapi mulut rasa ingin mengunyah. Apakah yang akan jadi pilihan anda.
MASKULIN ingin kongsi 10 jenis snek dan makanan ringan menyihatkan untuk anda cuba.
KEKACANG
Kacang almond dapat menjadi makanan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, selain kaya protein dan serat. Selain itu, edamame dapat menjadi pilihan yang menyegarkan. Setengah cangkir edamame mengandungi 4 gram serat dan 8 gram protein, serta zat besi.
PUDING RENDAH LEMAK
Buat sendiri puding dengan rasa kesukaan tersendiri yang kaya akan serat tanpa tambahan susu dan gula berlebihan.
BISKUT & KEJU
Pilih biskut yang mengandungi biji-bijian utuh (seperti gandum utuh) dan rendah lemak. Anda boleh tambah dengan keju parut atau krim keju rendah lemak secukupnya.
BIJIRIN
Bijirin dapat menjadi pilihan makanan ringan sihat, terutama yang kaya serat dan rendah kadar gula.
YOGURT & BUAH
Pilih yogurt tanpa rasa dan konsumsi bersama potongan buah. Makanan ringan ini dapat menjadi sumber kalsium yang lazat dan kaya manfaat. Anda juga dapat mencampurkan bahan-bahan sihat lain seperti biji bunga matahari.
SAYUR KUDAPAN
Tidak hanya menjadi makanan utama, sayuran juga dapat menjadi makanan ringan, seperti dikukus dan dipotong-potong kecil atau hirisan paprika.
ROTI PANGGANG TOMATO & KEJU
Panggang dua lembar roti tawar yang terbuat dari biji-bijian (misalnya gandum ), isi dengan tomato yang dipotong-potong dadu dan keju parut rendah lemak. Boleh juga ditambahkan dengan bawang bombay yang di cincang.
SALMON GULUNG KEJU
Sediakan empat lembar salmon. Lapisi dengan krim keju rendah lemak, kemudian gulung.
SUSU GONCANG PISANG
Smoothies dan milkshake dapat dikategorikan sebagai minuman sekali gus makanan ringan kerana teksturnya yang lebih kental daripada jus dan minuman lain pada umumnya. Kisar pisang bersama dengan susu rendah lemak. Jika suka, tambahkan serbuk kayu manis. Selain mengenyangkan, milkshake penuh dengan tenaga.
Jika anda tidak punya cukup waktu untuk membuat makanan ringan dan hanya ingin membelinya di pasar raya, setidaknya pilihlah produk makanan dengan kriteria sebagai berikut.
Mengandungi biji-bijian asli yang kaya serat, nutrisi dan protein
Kalori yang cukup, tapi tidak terlalu banyak
Berlabel rendah lemak dan rendah gula
Melengkapi standard makanan yang sihat, anda boleh menyiapkan yogurt, susu dan keju rendah lemak serta biskut yang kaya serat di dapur rumah atau di laci di pejabat. Bahan-bahan ini dapat dipadukan dengan mudah dengan berbagai-bagai buah-buahan menjadi makanan ringan sihat. Akhir sekali, selalu sediakan air minum di meja pejabat kerana sering kali perut anda sebenarnya tidak selalu perlu makanan ringan, melainkan perlukan cukup air putih saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang alpa dengan kasut sukan yang mereka beli. Tahukah anda bahawa kasut memainkan peranan penting dalam aktiviti harian setiap orang?
Jangan main pillih je kasut sukan, nanti kaki anda akan melecet. Ini antara tip untuk anda membeli kasut yang berkualiti, di samping harga yang berpatutan.
#1: Pilih kasut berlari dengan saiz yang betul
Pakai kasut mengikut keselesaan anda. Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai kasut yang ketat.
Berkualiti dan mahal macam mana pun kasut anda, kalau kaki tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia sajalah anda membelinya.
Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa atau jika terlalu longgar pun boleh menyebabkan kaki mudah melecet. Jadi, hati-hati apabila memilih kasut ye!
#2: Pakai kedua-dua belah kasut ketika mencuba
Ada antara anda yang alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki sahaja. Tahukah anda bahawa setiap kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza?
Jangan hanya memakai sebelah kaki sahaja dan terus setuju untuk membeli kasut tersebut, takut nanti anda menyesal apabila balik ke rumah.
#3: Lakukan penyelidikan asas sebelum beli
Sebelum anda membeli, sila gunakan khidmat Google untuk mengetahui maklum balas daripada mereka yang telah membelinya.
Jika anda ke laman sesawang produk tersebut, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut itu untuk anda membuat pilihan.
Penat kan kalau nak pusing satu Mall, tapi tak kena dengan cita rasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda untuk searching di Google.
#4: Fahami trek anda
Anda sendiri tahu bagaimana dan di mana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek larian.
Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, carilah kasut dengan tapak yang selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan.
Sebaliknya jika anda sering bersenam di gym, pilihlah kasut yang bersesuaian untuk aktiviti di dalam bangunan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.