Dengan kesibukan rutin harian, adakalanya kita cenderung untuk mengabaikan waktu makan seperti sarapan. Namun tahukah anda yang mengabaikan sarapan akan memeri impak besar kepada rutih harian anda?
Sarapan adalah sumber tenaga penting untuk memulakan hari. Tanpa sarapan, anda mungkin akan merasa lesu, lemah, dan kurang bertenaga. Ini boleh mempengaruhi prestasi fizikal dan mental anda.
Kekurangan makanan pada waktu pagi boleh mengurangkan keupayaan untuk memberi tumpuan. Anda mungkin mengalami penurunan daya ingatan, kebolehan untuk memikirkan dengan jelas, dan fokus yang rendah.
Tanpa sarapan, perut anda akan kosong lebih awal, yang boleh mengakibatkan perasaan lapar yang mengganggu ketika berkerja atau menjalankan tugas harian. Ini mungkin mengganggu produktiviti anda.
Apabila anda lapar, anda mungkin cenderung untuk memilih makanan segera atau snek tidak sihat sebagai gantian sarapan yang sihat. Ini boleh menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan peningkatan berat badan.
Bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal atau sukan, melepaskan sarapan boleh mengakibatkan penurunan prestasi fizikal kerana kekurangan tenaga.
IKLAN
Gangguan Metabolisme
Sarapan membantu untuk menghidupkan semula metabolisme badan selepas tidur. Dengan melepaskan sarapan, metabolisme anda mungkin berfungsi lebih perlahan sepanjang pagi.
Kurang Nutrien
Sarapan yang seimbang memberi pelbagai nutrien seperti vitamin, mineral, serat, dan protein yang penting untuk kesihatan anda. Tanpa sarapan, anda mungkin kurang menerima nutrien ini.
IKLAN
Jadi, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk memastikan anda mempunyai tenaga dan kecerdasan yang mencukupi untuk menjalani hari dengan produktif dan sihat. Sarapan memberi asas yang baik untuk prestasi sepanjang hari anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya!
Rasanya tidak lagi perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut tentang pertandingan pencarian bakat-bakat muda di Malaysia yang paling terkenal iaitu ‘Pencarian Hero Remaja’. Sejak diperkenalkan selama 31 tahun yang lalu ramai nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dicungkil bakat mereka menerusi pertandigan ini.
Tebaru, Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini. Berdepan pelbagai cabaran terkini, pertandingan musim baharu ini datang dengan misi untuk mencungkil bakat baharu di samping menjadi suara remaja di Malaysia.
Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021.
Ramai nama-nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar.
Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi program ‘Hero Remaja 2021’, “Selepas hampir dua tahun mendepani krisis Covid-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut.
LEBIH KREAITF & INOVATIF
Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan.
Untuk mencapai sasaran tersebut, kami perlu lebih peka kepada perubahan dan transformasi yang berlaku bagi menyesuaikan diri dengan proses adaptasi norma baharu agar kekal relevan.
Selain itu, menganjurkan pertandingan pencarian bakat berkonsepkan realiti seperti ‘Hero Remaja 2021’ pada era yang serba mencabar ini juga menuntut dedikasi dan komitmen tinggi daripada semua pihak, baik yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
“Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini.”
Terkenal melahirkan banyak bakat-bakat baru, Pencarian Hero Remaja yang terbaru menampilkan seramai 12 orang finalis yang telah dipilih. Menurut Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezrenn Ahmad, “12 orang finalis akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka akan diangkat sebagai juara.
“Sesi pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini, selain itu mereka juga diuji dengan kebolehan untuk mengacara dan berlakon untuk melihat versatiliti mereka sebagai seorang peserta Hero Remaja.
“Menerusi setiap episod yang bakal disiarkan nanti, para finalis akan menempuhi cabaran yang menguji mental, fizikal dan juga kebijaksanaan mereka sebagai persediaan untuk bergelar seorang anak seni yang memiliki pakej lengkap untuk dipertaruhkan.”
Satu lagi perkara menarik berkenaan penganjuran ‘Hero Remaja 2021’ adalah program pengenalan ‘Prelude Hero Remaja 2021’ menerusi paparan lapan episod di saluran Astro Ria. Sejak ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 13 Julai lalu, penonton telah dapat mengikuti persediaan 12 orang jejaka muda yang telahpun terpilih untuk memenuhi slot finalis.
12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).
‘Hero Remaja 2021’ akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Hos bagi musim ini menampilkan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nashit Nasir. Sementara itu Scha Alyahya dan Dato’Rosyam Noor pula akan tampil sebagai Juri Tetap.
Gara-gara Pedana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini, banyak syarikat serta majikan yang mula risau tentang prestasi pekerja masing-masing sehinggakan ada yang membuat keputusan untuk cuti tanpa gaji selama dua minggu ini.
Soalan yang paling lazim adalah sama ada gaji mereka akan dibayar secara penuh (tanpa dipotong) selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Menurut laporan Astro Awani baru-baru ini peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.
“Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja.
“Mereka perlu dibayar gaji sepert biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar.
“Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan ini berlansung.
Namun, sector kritikal yang dibenarkan beroperasi sepanjang empoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Sudah jadi lumrah zaman sekarang di awal perkenalan pasti ingin berjumpa dan ber-dating. Kerana itulah masanya untuk mengenali hati budi antara satu sama lain. Dan zaman sekarang banyak perkara sudah berubah.
Jika dahulu si lelaki sahaja yang banyak keluar duit membayar segala perbelanjaan. Namun kini tidak lagi. ‘Tanggungjawab’ itu juga digalas bersama-sama oleh pasangan.
Tapi sebagai lelaki anda juga janganlah terlalu berkira. Bila lagi nak tunjukkan bahawa anda betuk-betul ambil berat dan mampu membahagiakan dia dengan kasih sayang serta keperluan lain seperti makan dan minum.
Namun dalam ber-dating duit bukan segalanya. First impression itu sangat penting. Jadi anda harus bersedia dengan sebaiknya.
TAMPIL BERSIH & WANGI
Cuba keluar rumah tak gosok gigi, tahi mata air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang nak tengok kita? Maka, perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.
TIBA AWAL
Kita selalu tepati waktu meeting, dating sebab kita tak nak buat orang lain tertunggu-tunggu. Mungkin orang tu akan marah dan kecewa. hmm.. cuba bayangkan, betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat awal waktu? Solat di akhir waktu memang selalu lah kan.
TUMPU PERHATIAN
Kalau fikiran kita melayang sewaktu berdating dengan makhluk bernama manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu berdating dengan Pencipta. Dah lah tak sampai 5 minit waktu yang diluangkan untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. hmm.. yok cek sama-sama..kita cuba fahamkan bacaan dalam solat ya.
TENANG & TAK TERGESA-GESA
Kalau dalam meeting, ada tak kita tergaru-garu, bergerak lebih-lebih depan orang ramai sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam meeting sampai dua tiga jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak laju-laju dalam sempurnakan solat.