Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang mengikuti diet intermittent fasting. MASKULIN sendiri rasa tak perlulah dihurai dengan panjang lebar tentang intermittent fasting.

Jika anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa pasti sudah tahu bagaimana ia dilakukan bukan sahaja oleh selebriti malah ramai penggiat aktiviti kecergasan.

Namun bagi ‘kaki gym’ melakukan intermittent fasting merupakan dilema. Jika ingin bersenam badan memerlukan tenaga. Tapi kalau sudah melakukan diet intermittent fasting pasti ia memberikan sedikit kesan terhadap keupayaan fizikal.

Sebenarnya jika dilakukan dengan betul kedua-dua aktiviti ini boleh dilakukan dengan serentak.

Jadi bagaimana caranya?

IKLAN

JANGAN BINA OTOT KETIKA BERPUASA

Sama ada anda mengikuti program 5/2 (makan lima hari, puasa dua hari) atau 16/8 (puasa 16 jam dan makan dalam masa 8 jam), kedua-dua mempunyai kesan tersendiri terhadap badan anda. Kebanyakan orang yang melakukan intermittent fasting ini akan berjaya menurunkan berat badan.

Jadi buat anda yang ingin membina otot ia bukanlah satu kondisi ideal bila badan berpuasa. Jadi jika anda dalam program diet tersebut usahlah berusaha membina otot sebaliknya tumpukan kepada senaman melibatkan stamina dan kardio.

BOLEH ANGKAT BERAT

Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman seperti mengangkat berat. Anda mungkin tak akan dapat bina otot semasa berpuasa namun dengan melakukan angkat berat ia membantu anda mengekalkan kekuatan otot dan stamina.

Lakukan dalam tempoh dua hingga tiga kali rutin senaman angkat berat dalam seminggu.

MAKAN DAHULU SEBELUM ANGKAT BERAT

Seloknya lakukan aktiviti ngkat berat selepas anda berada dalam tempoh boleh makan. Selain angkat berat anda juga boleh lakukan aktiviti larian pecut, crossfit dan juga HIIT (high intensity interval trainig). Ini sangat penting terutamanya bagi anda yang memiliki fizikal yang sedikit kurus dan under-weight.

LEBIHKAN SENAMAN KARDIO

Kebanyakan pencinta aktiviti bina badan atau otot melakukan senaman kardio seperti berlari di atas treadmill atau basikal sebelum memulakan hari dengan sarapan. Semasa anda dalam prgram intermittent fasting adalah lebih baik melakukan senaman seperti ini untuk membakar kalori dengan efisien.