Sebuah laman Facebook, ‘An Eye Into Israel’ terpaksa memadam dua posting yang dimuat naik kerana menerima gabungan kecaman daripada lelaki dan wanita Malaysia.

Kecaman dilontarkan sejurus laman Facebook berkenaan memuat naik status tentang Malaysia tidak mengendahkan permohonan visa untuk atlet paralimpik mereka.

Mahu sertai kejohanan dunia di Kuching

Permohonan itu dibuat kerana mereka turut sama mahu menyertai Kejohanan Renang Paralimpik Sedunia yang dijadual akan berlangsung di Kuching pada Julai hadapan.

Walaupun rakyat Malaysia umumnya menggunakan bahasa Melayu namun apabila berdepan dengan pihak yang mencetuskan provokasi, mereka tetap hebat mengarahkan jari-jemari mereka untuk menyerang dalam bahasa Inggeris.

IKLAN

Perwatakan yang sukar dijangka

Manakan tidak, lelaki di Malaysia cukup terkenal dengan perwatakan kalau lelaki itu pendiam, sekali dia marah.. terdiam semua.

IKLAN

Kalau yang jenis baran, semua berapi-api. Wanita pula di sebalik kelembutan dan ayu wajahnya itu, jangan dipertikaikan bisa dan lancang mereka.

Tewas dan memadam posting

IKLAN

Akibat daripada kejadian itu, admin Facebook berkenaan terpaksa memadam posting yang kononnya dipenuhi dengan kata-kata keji serta makian itu.

Admin Facebook dari Israel juga menerangkan mereka akan menyekat individu yang membuat kecaman dan pertama kali terpaksa ‘ban’ banyak akaun dalam satu masa namun posting berkenaan juga menerima serangan yang bertalu-talu.

Apabila Lelaki Dan Wanita Bergabung Jadi ‘Bawang’, Israel Pun Tak Tahan Kena Maki

Dalam banyak-banyak komen ‘pedas’ yang ditulis, kebanyakannya berbunyi seperti ‘kami memang tidak membenarkan rakyat dari negara pengganas datang ke Malaysia’.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI