Berita tentang produk-produk Apple sentiasa akan menjadi tumpuan. Walau betapa sengitnya persaingan daripada pengeluar peranti dari jenama lain namun kita tak dapat dinafikan pengaruh besar yang dibawa oleh Apple.

Apple Dilapor Bakal Perkenal Kamera 3D Menerusi iPhone 11

Antara produk yang sering mendapat perhatian ramai ialah iPhone. Walaupun masih jauh lagi untuk kita saksikan iPhone terbaru selepas iPhone XS diperkenalkan beberapa bulan lalu namun kahabar angin tentang inovasi dan teknologi terkini tentangnya sudah mula tersebar luas.

IKLAN

Terbaru tersebar tentang berita bahawa Apple akan memperkenalkan kamera 3D. Dan perkara ini diperkatakan selepas mereka menjalankan kerjasama dengan Sony pada tahun 2019.

Apple Dilapor Bakal Perkenal Kamera 3D Menerusi iPhone 11
‘Senjata’ terbaru Apple untuk menguasai semula pasaran telefon pintar?

BACA: Cara Macam Mana Nak Tahu Wi-Fi Dicuri Secara Senyap

IKLAN

Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, Sony sedang giat memperkemaskan teknologi kamera 3D untuk telefon pintar dan ini peramal mengatakan ini akan membuka banyak teknologi untuk gaming, komunikasi dan online shopping.

Cip 3D terbaru ini bakal memberikan kebolehan kepada kamera telefon pintar untuk merakamkan secara terperinci model 3D dalam jarak tertentu. Dan teknologi ini diramal bakal memberi impak besar dan mengubah gaya hidup pengguna telefon pintar seluruh dunia.

IKLAN
Apple Dilapor Bakal Perkenal Kamera 3D Menerusi iPhone 11
Adakah khabar angin ini akan betul-betul mengubah penggunaan kamera telefon pintar dalam kehidupan seharian kita?

Sebagai pemain utama industri ini, Apple secara tak langsung akan mengubah cara pengguna berinteraksi sama ada dalam dunia sebenar dan virtual.

Adakah iPhone 11 yang diuar-uarkan akan muncul pada bulan September nanti benar-benar menampilkan teknologi ini?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI