Sama ada anda penggemar peranti keluaran Apple atau tidak, percaya atau tidak setiap kali mereka memperkenalkan produk baru berita itu pasti akan singgah ke telinga anda.
Itulah kekuatan utama yang dimiliki oleh Apple yang cukup dicemburui oleh pesaingnya. Malah dengan ekosistemnya yang unik dan tersendiri menjadikan produk-produk Apple sukar dibandingkan dengan jenama lain.
Salah satu produk Apple yang kini menjadi kegilaan ramai ialah Airpods. Dan terbaru mereka mengumumkan kemunculan versi terbaru yang lebih mantap dan hebat iaitu Airpods Pro.
Ura-ura tentang pengenalan fon telinga ini telah beberapa ketika bertiup dan menjadi bahan bualan ramai di laman media sosial sejak beberapa minggu lalu.
Kini, Apple memperkenalkan produk premium peranti ini yang dlancarkan menerusi kenyataan media mereka.
Menerusi model terbaru ini, Apple memberikan penekanan kepada teknologi noise-canceling bagi memberikan pengalaman audio maksima. Rekaannya juga telah diberikan sentuhan baru yang nampak lebih moden dan sleek.
IKLAN
Airpods Pro juga dilengkapi dengan mikrofon binaan dalaman yang boleh mengesan bunyia dalaman. Sistem ini lebih kurang sama dengan teknologi noise-canceling yang diguanakan menerusi fon kepala Beats Solo Pro. Cuma ia mempunyai saiz lebih kecil.
Ia juga menawarkan mode transparensi yang membernarkan pengguna turut sama mendengar persekitaran ketika menggunakannya. Selain itu, ia juga dilengkapi ‘force sensor’ yang memberikan pengguna mengawal playback dan mengaktifkan mode transparensi.
IKLAN
Berbeza dengan model Airpods sekarang, Airpods Pro didatangkan dengan ear tips fleksibel yang lebih selamat dan selesa dipakai di ruang dalam telinga. Terdapat tiga saiz eartip berbeza didatangkan bersama Airpods Pro.
Sama seperti generasi keduanya, Airpods Pro turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan menyokong kawalan suara Siri. Jelas Apple, baternya mampu menyokong penggunakaan berterusan selama 4.5 jam.
Antara ciri-ciri yang lainnya pula ialah kalis air atau peluh. Di laman Apple Store Malaysia, harga yang diumumkan untuk pasaran temapatan ialah RM1,099. Jadi buat anda yang ingin menikmati peranti audio premium berkualiti tinggi dan dalam masa yang sama tampil bergaya dengan produk Apple, inilah fon telinga yang anda cari selama ini!
Dalam usaha membantu Pesakit Kanser Kanak-Kanak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GRAB, Anthony Tan baru-baru ini mencukur rambut hingga licin.
Dia bertindak sedemikian kerana ingin membantu meningkatkan kesedaran terhadap orang awam tentang pesakit kanser dikalangan kanak-kanak serta mengumpul sedikit dana sebagai sokongan terhadap inisiatif yang dianjurkan oleh Yayasan Kanser Kanak-Kanak.
Melalui muatnaik yang dibuat olehnya melalui Linkedin, Anthony menjelaskan bahawa tujuan dia mencukur kepala adalah bersifat peribadi. Ibu mertuanya merupakan seorang pesakit kanser dan isterinya, Chloe sangat terkesan melihat keadaan ibunya yang kehilangan rambut disebabkan kanser.
‘Saya bakal menjadi bapa kepada tiga orang anak dan saya tidak boleh bayangkan penderitaan yang dirasai oleh kanak-kanak serta keluarga ketika menerima rawatan serta didiagnosis kanser,’katanya dalam posting tersebut.
Melalui inisiatif Hair For Hope yang dianjurkan oleh Yayasan Kanser Kanak-Kanak (CCF), dia berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM241,000.
Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting agar setiap lelaki dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
1. Minuman berkarbonat
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
3. Produk yang kaya dengan tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7. Makanan bergoreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
8. Makanan segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Kebiasaannya kita akan basuh telur dahulu sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk agar tahi ayam yang melekat pada kulit telur dapat dibersihkan. Namun ada juga yang berpendapat, telur tidak perlu dibasuh kerana ia akan merosakkan telur.
Jadi, mana satu cara yang betul? Adakah telur perlu dibasuh dahulu sebelum simpan ataupun tidak?
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan perjelaskan kekeliruan ini menerusi entri di laman Facebooknya. Jom baca perkongsiannya ini.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur, selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan di luar pula, telur lagi akan cepat rosak.
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...