
Bagi peminat audio atau fon telinga produk dari Apple iaitu AirPods Pro kini menjadi idaman. Diperkenalkan beberapa bulan lalu, Airpods Pro menjadi peranti audio terkini dan terbaik ditawarkan oleh Apple pada masa kini.
Dan kini Apple mengumumkan tarikan terbaru khas buat anda yang ingin memiliki produk ekskulsif mereka. Apple mengumumkan servis engrave atau ukiran emoji ditawarkan secara percuma.
Servis ini boleh diperolehi semasa anda melakukan pembelian AirPods Pro menerusi Apple Store rasmi secara talian. AirPods memang telah menyediakan perkhidmatan engrave cuma sebelum ini ia terhad kepada tulisan teks sahaja.
Pengenalan terbaru ini menyaksikan sebanyak 31 seleksi karakter emoji ditawarkan. Anda juga boleh mencubanya sendiri secara maya dengan mengunjingi Apple Store Malaysia.
Namun terdapat limitasi yang mungkin agak kurang menyeronokkan kerana pengguna boleh memilih sama ada teks atau emoji sahaja, bukan kedua-duaanya sekali. Buat peminat peranti Apple tawaran ini merupakan salah satu customization yang menarik dan tak boleh dilepaskan.
Mahu Badan Sixpack Sado Dengan Cepat, Amalkan 5 Jenis Makanan & Minuman Ini

Tengok sahaja badan sixpack yang dimiliki oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Chris Evas, Chris Hemsworth dan The Rock pastinya anda berasa cemburu bukan?
Ingat, bukan wanita sahaja yang inginkan bentuk tubuh badan yang menarik. Lelaki juga begitu.
Tiada jalan singkat melainkan usaha dan disiplin dalam senaman dan menjaga pemakanan untuk mendapatkan body sixpack dan sado. Namun terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh anda amalkan untuk membantu mempercepatkan proses anda mendapat bentuk badan idaman.
Jadi apakah 5 jenis makanan dan minuman yang dapat membantu anda untuk membentuk otot sixpack?
Susu Coklat
Susu coklat dikatakan sangat baik untuk penjagaan tubuh badan agar kekal berhidrasi sepanjang masa. Ia dikatakan minuman terbaik selepas bersenam atau selepas melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fizikal. Penambahan coklat dalam susu pula nanti akan memudahkan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.
Air Sejuk
Ia dikatakan sangat berkesan untuk membantu anda dalam usaha untuk mempertingkatkan daya tahan tubuh. Ia membuatkan badan anda boleh bekerja untuk memanaskan suhu tubuh hingga dapat merangsang metabolisme kita ketika saat bangun dari tidur.
BACA: Sado Dalam 6 Bulan, Lakukan Senaman Bodyweight Ini Hanya Di Rumah!
Bayam
Bayam merupakan antara makanan paling baik untuk membantu anda dalam membina otot. Ia merupakan item utama bahan bakar otot kerana meningkatkan proses sintesis protein hingga mencapai sehingga 120%. Disebabkan itu, jaringan otot anda nanti akan mampu untuk memperbaiki dirinya sendiri.
Nenas dan betik
Kedua dua buah-buahan ini adalah sangat baik untuk meningkatkan proses penyembuhan otot. Ia dapat memecahkan protein yang telah diambil untuk proses pencernaan. Pembaikan tisu otot juga dapat dilakukan dengan lebih pantas juga melalui pengambilan buah-buahan tersebut.
Salmon
Salmon sebenarnya cukup bagus terutamanya untuk menjaga kesihatan jantung. Omega 3 yang wujud di dalam minyak ikan ini sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung seseorang lelaki itu. Pengambilan minyak ikan memang bagus jika diamalkan dalam pembinaan otot termasuk dalam bentuk kapsul atau dengan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega 3.
Tewas Acara Keirin, Tapi Azizulhasni Awang Berjaya Raih Pingat Emas Di Korea Selatan!

Jumaat lalu ketika bertanding dalam acara Keirin, Azizulhasni Awang tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Wakimoto namun hari ini dia berjaya membalas dendam dengan menewaskan pelumba Jepun dalam acara Pecut sekaligus merangkul pingat emas.
Menurut laporan Berita Harian, saingan tersebut berlangsung di Velodrom Jincheon National Training Center yang mana menyaksikan Azizulhasni sebagai Raja Pecut Asia berjaya merangkul pingat emas pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-40.
Dia membawa gelaran sebagai juara bertahan tetapi tewas pada perlumbaan pertama telah bangkit untuk memenangi perlumbaan kedua serta penentuan untuk menewaskan Wakimoto. Pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman berjaya menghadiahkan emas pertama negara dalam kejohanan tersebut.
MASKULIN juga turut berbangga dengan kejayaan Azizulhasni Awang. Go Jijoe Go!!
Sumber: Berita Harian
Kredit Gambar: Stadium Astro
Kalau Nak Vitamin C Beri Manfaat Untuk Anda, Elok Amalkan 3 Tip Ini!

Biasanya orang ambil vitamin C untuk manfaat kecantikan kulit. Tapi sebenarnya bukan itu sahaja kelebihannya, banyak lagi kepentingan lain vitamin C untuk kesihatan tubuh badan.
Malah ramai juga yang menganggap semua vitamin C sama. Yang berbeza cuma rupa dan dosnya sahaja. Sebenarnya tidak! Sama ada vitamin C semula jadi, organik atau sintetik, ketiga-tiga jenis ini berbeza sama sekali.
Boleh diandaikan bahawa vitamin C semula jadi itu adalah buah oren sebenar, vitamin C organik adalah perahan jus dengan penambahan gula dan perisa manakala vitamin C sintetik pula adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin C diambil, selebihnya adalah dicipta!
MANFAAT VITAMIN C
- Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
- Penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
- Pemulihan luka akibat cedera dan pembedahan, kemalangan atau terbakar. Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
- Membantu menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
- Membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
- Ia membantu meningkatkan imun sistem badan.
- Membantu melindungi daripada pelbagai serangan kanser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan kanser terjadi). Satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semula jadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
- Bertindak sebagai julap semula jadi. sapa yang ada sembelit bagus ambil vitamin C lebih.
- Merendahkan risiko terkena darah beku dalam salur darah.
- Membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa.
- Meningkatkan kadar penyerapan iron
- Mengurangkan alahan atau alergi.
- Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Menghasilkan kulit yang halus dan cantik berseri.
TIP MEMILIH VITAMIN C
1. Pilih vitamin C yang semula jadi
Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C Complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.
2. Pilih vitamin C yang bersifat sustained release
Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stres, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambIl suplemen yang mempunyai teknologi sustained release.
Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu.
Tanpa teknologi sustained release ini, vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur dalah dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.
3. Halal dan ada kelulusan KKM
Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C yang ada di pasaran. Oleh itu, anda haruslah bijak mencari vitamin C yang mempunyai sijil Halal sama ada Halal Malaysia atau pengiktirafan Halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan pada label botol tertera hologram nombor kelulusan KKM.