
Seluruh dunia berdepan bukan sahaja masalah pandemik Covid-19 tapi kegawatan ekonomi akbibat penularan wabak itu.
Selepas banyak negara melakukan kuarantin atau kawalan pergerakan dengan menutup banyak aktiviti perniagaan kesannya telah terasa sejak beberapa bulan lalu. Selain peniaga-peniaga kecil syarikat besar juga tidak terlepas dari terkena tempias besar kegawatan ekonomi ini.
Walaupun aktviti ekonomi dilihat telah dimulakan semula dan semakin pulih namun masih banyak yang terkesan. Syarikat gergasi pengeluar pelbagai peranti telekomunikasi dan pintar seperti Apple juga tidak terlepas.
Di Amerika Syarikat contohnya, sebanyak 70 buah outlet mereka telah ditutup. Ini bukanlah pertama kali ia berlaku kerana Apple turut menutup beberapa outlet mereka di China sepanjang penularan wabak ini.
Menurut Apple, penutupan sejumlah besar outlet mereka ditutup buat sementara waktu. Ia merupakan salah satu langkah bagi membantukomuniti untuk pulih. Malah Apple berkata pihak mereka akan terus memerhati trend semasa penularan Covid-19 dan menunggu masa sesuai untuk membukanya semula.
Bukan sahaj Apple malah banyak laghi syarikat multinasional yang turut terkesan dengan teruk di peringkat global.
Manakala di Malaysia kita bersyukur kerana negara kita kini sedang dalam proses pemulihan. Semoga segalanya akan kembali pulih dalam masa terdekat.
Laptop & Telefon Bimbit Terkena Air? Guna 3 Cara Ini Untuk Hidupkan Semula!

Apabila laptop atau telefon bimbit anda terkena air, pasti secara automatiknya ia akan terpadam.
Namun awas! Jangan sesekali cuba hidupkannya dalam masa sedang basah itu kerana dikhuatiri litar di dalamnya boleh terbakar?
Apa kena buat?
Sabar. Tenang. Tarik nafas. Ya, tahu itu barang umpama ‘nyawa’ anda tetapi nak ke anda keluarkan duit lebih semata-mata kerosakan yang berpunca daripada anda sendiri?
Mesti takkan, kan? Jadi apa yang perlu anda buat adalah, walaupun ia memerlukan kesabaran, anda boleh gunakan tiga cara ini :
Guna beras
1. Cabut semua bahagian telefon atau laptop yang boleh dileraikan. Balut dengan tisu dan masukkan dalam plastik. Kemudian, tutup ia dengan beras untuk beberapa hari. Paling awal, cuba keesokan harinya dan cuma on semula peralatan anda. Insya’Allah kembali OK!
Guna silica gel
2. Sama seperti langkah di atas iaitu leraikan semua bahagian dan masukkan ke dalam sebuah kotak kosong. Kemudian, ambil silica gel dan tutup tanpa ada udara boleh masuk. Bagi yang tertanya-tanya apakah itu silica gel, jawapannya, anda pernah beli kasut dan jumpa satu pek gel kecil dalam kotak kasut itu? Ya, itulah silica gel yang berfungsi untuk menyerap kelembapan.
Guna pengering rambut
3. Cabut semua bahagian dan guna pengering rambut. Namun jangan terlalu dekatkan muncung pengering rambut atau gunakan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh memberi kesan kepada peralatan anda. Lakukan berulang-ulang setiap dua hingga tiga jam.
Bilas dengan air paip
4. Jika peralatan anda termasuk ke dalam air laut, bilas dan basuh sahaja telefon atau laptop anda itu dengan air paip kerana air laut boleh menyebabkan bahagian dalam berkarat sekali pun menambahkan kerosakan yang lebih serius.
Semoga bermanfaat!
Jenis-Jenis Makanan Ini Bukan Saja Tak Berkhasiat Tapi Boleh Buat Anda Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting agar setiap lelaki dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
1. Minuman berkarbonat
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.

2. Minuman kafein berlebihan
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
3. Produk yang kaya dengan tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Kek dan pastri
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5. Makanan dan minuman pek segera
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
BACA: 9 Makanan Wajib Ini, Rahsia Orang Korea Miliki Kulit Bebas Jerawat & Kekal Bersih!
6. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7. Makanan bergoreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
8. Makanan segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Beberapa Jenis Vitamin C Yang Terdapat Di Pasaran & Kebaikannya Untuk Anda

Tak dapat dinafikan antara suplemen yang paling popular sering disebut-sebut oleh pengguna ialah Vitamin C. Namun tahukah anda produk suplemen yang menawarkan vitamin C terdapar beberapa jenis berbeza?
Dan adakah anda tahu apakah kebaikan vitamin C untuk tubuh badan seperti anda seorang lelaki? Sebuah perkongsian menarik dari Facebook Farmasi Sabak Bernam menyatakan tentang beberapa jenis dan juga kebaikan vitamin C.
APA ITU VITAMIN C?
-Sejenis antioksidans yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, akan tetapi vitamin C boleh teroksida apabila terdedah dengan haba tinggi (dimasak)
contoh: buah kiwi, bayam, brokoli dan strawberi, betik
KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA?
- Menguatkan pertahanan semula jadi manusia
- Menurunkan paras kolesterol dalam badan
- Menurunkan paras urik asid dalam badan (urik asid tinggi boleh menyebabkan gout)
- Membantu penyerapan zat besi
- Merangsang sistem immunisasi
- Membantu untuk mencantikkan kulit
BACA: Khasiat Vitamin C Ini Khusus Baik Untuk Anda Yang Sering Lesu
JENIS VITAMIN C YANG TERDAPAT DI PASARAN
1. Effervescent (Larut dalam air)
– Vitamin C dalam bentuk tablet dilarutkan di dalam air.
– Rasa yang sedap (rasa macam air gas)
2. Bebas Gula (Sugar Free)
– Sesuai untuk penghidap kencing manis
3. Sustained Release (Dilarutkan perlahan-lahan)
– hanya perlu dimakan satu dos sahaja
– dos lebih rendah daripada biasa
4. Tidak berasid (Non-Acidic)
– sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati
5. Hisap/Kunyah
– dos lebih rendah untuk kanak-kanak
6. Campuran
– Vitamin C + gluthathione (membantu untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan)
– Vitamin C + Zinc (merangsang system imunisasi badan dan mencantikkan kuku, kulit dan rambut)
– Vitamin C + Calcium ( Vit C membantu meningkatkan penyerapan calcium dalam badan, menguatkan tulang)
– Vitamin C + Lysine (membantu menaikkan selera makan)