Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.

Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua konsert mega yang menampilkan barisan artis ternama, dan yang lebih menarik, ia terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk.

Inisiatif membawakan Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai Kaamatan ini merupakan kolaborasi strategik antara TVS dan Astro, disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta Majlis Bandaraya Miri.

Penganjuran ini bukan sekadar acara hiburan, bahkan signifikan dalam meraikan ulang tahun Miri yang ke-20 serta menyemarakkan sambutan Gawai dan Kaamatan.

Konsert MeleTOP TVS bakal membuka tirai pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri. Konsert ini menandakan kerjasama sulung antara dua jenama hiburan gergasi, TVS dan Astro, selain menjadi penampilan perdana MeleTOP di Bumi Kenyalang.

Astro dan TVS Bergabung Gegarkan Miri 17 Mei Ini Sempena Konsert Meletop TVS

Ads

Barisan artis yang akan memanaskan pentas termasuk nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, dan ramai lagi.

Gabungan bakat ini dijangka membawakan persembahan yang menggabungkan elemen kontemporari dengan sentuhan budaya Borneo. Konsert ini boleh disaksikan secara langsung di TVS (Saluran 122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan platform Sooka.

Tidak terhenti di situ, kemeriahan bersambung dengan Konsert Berkat Gawai Kaamatan pada 21 Mei 2025, bertempat di lokasi sama.

Konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran ratu rock negara, Ella, sebagai tunjang utama. Turut sama berkongsi pentas adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, serta artis dari Kalimantan, Marina Jara.

Ads

Astro dan TVS Bergabung Gegarkan Miri 17 Mei Ini Sempena Konsert Meletop TVS

Konsert yang bermula jam 7:30 malam ini akan disiarkan oleh TVS pada 31 Mei 2025, jam 9 malam.

Penganjuran dwikonsert ini menzahirkan komitmen dalam menyebarkan keceriaan dan hiburan berkualiti kepada masyarakat.

Menurut Sardon Zainal, Ketua Kandungan Tidak Berskrip & Kreatif di Gen Next Astro, “Kami mahu menyebarkan kegembiraan ke seluruh Sarawak. Miri, sebagai pintu masuk ke utara Sarawak, Brunei dan Kalimantan adalah lokasi yang tepat untuk sambutan ini.

Ads

“Dengan ulang tahun Miri yang ke-20 semakin hampir, tiada masa yang lebih baik untuk menganjurkan konsert ini. Kami teruja untuk menawarkan hiburan percuma dan berkongsi pengalaman ini dengan semua orang!”

Elyna Bidol, Ketua Pegawai Operasi TVS, turut berkongsi sentimen yang sama. “Kami berbangga dapat menyatukan dua jenama hiburan utama untuk malam yang tidak dapat dilupakan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan TVS dalam Konsert MeleTOP TVS.

“Jutaan terima kasih kepada MTCP, TVS, Majlis Bandaraya Miri, serta penduduk Sarawak dan Sabah atas sokongan luar biasa mereka. Muzik menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.”

Kedua-dua konsert ini menawarkan peluang keemasan untuk menikmati persembahan bertaraf bintang secara percuma.

Tiket boleh didapatkan melalui tvsarawak.my/kejutan-tvs selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sambutan muzik, budaya, dan perpaduan yang epik ini di Miri Mei depan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI