ASTRO ‘Home of Drama’, Kanvas Karya Dengan Kualiti, Versatil & Revolusi Penceritaan

Share

Bayangkan sebuah kanvas kosong yang dihidupkan dengan lukisan sarat makna, sama ada dalam lingkup fantasi, kisah benar, mahu pun realiti masyarakat. Kanvas inilah yang pada awalnya menjadi sebuah platform yang menyediakan ruang untuk para pengkarya mencoretkan hasil tangan unggul mereka.

Buat julung kalinya, MASKULIN mengangkat layar tempatan ke tahap baharu dengan menghimpunkan barisan pelakon drama Astro yang menjadi nadi kepada karya-karya penuh emosi. Inilah wajah-wajah yang bukan sekadar menghidupkan watak, tetapi menzahirkan sebutir idea menjadi sebuah naratif yang mampu menggugat jiwa penonton.

Di sebalik lensa kamera, bukan sekadar aksi yang dirakam, tetapi denyut rasa dan kejujuran seni yang memerangkap emosi. Sebuah naskhah drama yang baik adalah cerminan hakikat kehidupan rakaman jujur tentang apa ertinya menjadi manusia. Itulah kekuatan karya tempatan di Astro; berjiwa besar, berakar budaya dan sentiasa mendefinisi semula makna hiburan.

Misi Mengangkat Karya Tempatan

Astro terus mengukuhkan reputasinya sebagai “Home of Drama” dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk membawa setiap naskhah dekat di hati peminat. Bukan sekadar hiburan, setiap karya yang dilahirkan sarat dengan jalan cerita yang memancarkan jutaan warna emosi menghiburkan, menginspirasi, dan mengisi ruang tamu keluarga Malaysia.

Lihat sahaja seleksi yang mencetus fenomena sebelum ini, Thariq Ridzuwan: His Treasure

, Mandul Bukan Pilihan, Project EXIT, dan Generasi Perfect 10, semuanya menjadi buah mulut peminat drama tempatan. Lebih daripada itu, Astro mengangkat wajah Malaysia dalam kepelbagaian bahasa, bukan sahaja Bahasa Melayu, tetapi juga Mandarin, Kantonis dan Tamil.

Pendekatan ini menjadikan Astro bukan sekadar saluran TV, tetapi sebuah platform penstriman unggul, destinasi drama yang meraikan kepelbagaian dan menjulang karya pelbagai budaya.

Dalam masa yang sama, Astro kekal tegas dan lantang menentang cetak rompak digital serta tontonan haram, yang terus mengancam kelangsungan industri hiburan secara keseluruhan.

Inilah keistimewaan Astro karya tempatan yang berjiwa besar, mendefinisi semula makna hiburan dan terus memimpin naratif drama di Malaysia.

Suara Pelakon, Sebuah Realiti & Harapan

Di sebalik jadual mereka yang padat. MASKULIN berpeluang bertemu lapan bintang yang menjadi wajah baharu Home of Drama: Kamal Adli, Nad Zainal, Sweet Qismina, Nazri Nazrief, Jay Iskandar, Lorenzo Irmann, Henley Hii, dan Nitya Shree.

Mereka menghidupkan seleksi drama bersiri terbaharu yang sarat emosi dan berimpak besar seperti Bahagia Yang Tertangguh, Setiaku Berdiri, The Exiled, Impiana, dan Idhayam Thotta Kathigal.

Padat dengan emosi dan lakonan penuh warna daripada barisan pelakon terbaik. Astro sekali lagi menghadirkan hiburan istimewa untuk seisi keluarga! Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya hanya dengan RM49.99 sebulan. Strim sehingga 4 peranti.

Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton melalui aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma. Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!

“Bila saya bawa watak Armin, saya fikirkan bagaimana nak tunjuk sisi ‘green flag’ dia. Bukan sekadar baik, tapi boleh buat orang rasa selamat. Armin umpama ‘hero’ yang datang ketika masa Hanna dalam masalah. Itu yang boleh buat penonton ‘lega’ setiap kali dia muncul.”

KAMAL ADLI sebagai Armin
BAHAGIA YANG TERTANGGUH
Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

 

“Watak kali ni memang berat. Bila isteri jadi provider, lepas tu berdepan pula dengan ipar-duai yang toksik, penonton pasti akan rasa sakitnya. Sebab tu, saya rasa cabaran saya kena sentiasa ‘all out’ macam berlakon filem. Kalau pengarah nak hasil yang power, kita bagi yang terbaik.”

NAD ZAINAL sebagai Hana
BAHAGIA YANG TERTANGGUH
Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam

 

“Sukar sebenarnya nak sentiasa pastikan kontinuiti emosi watak ni sepanjang 40 episod, terutamanya bila dia seorang lelaki yang ‘terluka parah’ akibat konflik keluarga. Saya tak nak penonton rasa emosi dia ‘hilang’, dia perlu sentiasa jadi mangsa yang tersakiti.”

NAZRI NAZRIEF sebagai Kamal
SETIA KU BERDIRI
Setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang

 

“Apa yang buat watak Marissa ni menarik, dia bukan saja belajar berkorban, tapi diuji dengan penyakit yang buat dia sukar dapat zuriat. Personally, ia sangat menguji emosi saya! Saya rasa penonton akan betul-betul dapat rasa kesakitan dan pengorbanan Marissa.”

SWEET QISMINA sebagai Marissa
SETIAKU BERDIRI
Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang

 

“Organisasi ‘Impiana’ yang klaim boleh tunaikan impian ni memang plot yang menarik untuk diterokai. Sebagai pendatang baru, drama ini betul-betul buka mata saya dengan storyline tentang sisi gelap manusia, obsesi, dendam dan pengaruh media sosial dalam mengejar kesempurnaan.”

JAY ISKANDAR sebagai Qamil
IMPIANA KARMA
Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam

 

“Watak Fahrin ni ada dualiti yang menarik. Dia suami penyayang, tapi pada masa sama struggle dengan ketagihan rokok. Dia nak kejar impian berhenti merokok, tapi terjumpa orang yang salah. Konflik dalaman macam ni, saya rasa ramai lelaki kat luar sana boleh relate.”

LORENZO sebagai Fahrin
IMPIANA KARMA
Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam

 

“Ah Keong ni terperangkap dalam dua dunia gelap, gangsterism dan ketagihan dadah. Saya kena buat kajian mendalam untuk sampaikan kesengsaraan dia. Kita nak audiens nampak realiti perit watak seorang Keong dalam THE EXILED.”

HENLEY HII sebagai Ah Keong
THE EXILED
Setiap Ahad, jam 9.30 malam

 

“Penonton boleh jangkakan satu benda dari Sheila, dia adalah karakter yang akan menceriakan dalam apa situasi. Dan saya yakin mampu vibe positif karakter ini pasti melimpah hingga ke luar skrin terus kepada penonton.”

NITYA SHREE sebagai Sheila
IDHAYAM THOTTA KATHIGAL
Setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam

 

KREDIT:

Head of Men & Hobbies: Fiezreen Ahmad
Ass. Manager Men & Hobbies dan Penata Gaya: Farizul Izwany
Idea dan konsep: Farizul Izwany & Azniza Aziz
Dengan kerjasama: Content Marketing, Group Marketing, Astro Malaysia
Penulis: Farizul Izwany
Penerbit video Maskulin: Faez Akhmal
Arahan Seni & Peletakan Grafik: Azniza Aziz
Mekap: Airin, Fifi, LVLi Mua
Fotografer: Jazlan Nangar
Pembantu fotografer: Nurul Niza Suhami
Eksekutif Pengiklanan: Siti Suria
Suntingan Foto: Hezry Rokman
Persalinan dan aksesori: Koleksi Zalora dan Buttonscarve

Published by
Farizul Izwany Ibrahim