Astro Kita RunFest 2025, Festival Gaya Hidup Aktif & Perpaduan Meriah di Serenia City

Share

Astro Kita RunFest 2025 diadakan di Serenia City dengan semangat luar biasa, menggabungkan gaya hidup sihat, perpaduan dan kelestarian alam.

Acara ini sekali gus membuktikan aktiviti larian bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi juga sebuah perayaan komuniti dan keluarga yang menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Menariknya, ia bermula dari pagi hingga ke malam, suasana festival penuh dengan gelak tawa, muzik dan lautan pengunjung yang hadir bukan hanya untuk berlari, tetapi untuk meraikan gaya hidup aktif.

Pada tahun ini, Astro Kita RunFest 2025 berjaya mengumpulkan seramai 2,455 pelari dalam kategori 5km dan 10km. Ia hampir dua kali ganda penyertaan berbanding tahun lalu.

Manakala lebih 6,800 pengunjung turut hadir memeriahkan suasana, menjadikan acara ini antara edisi paling meriah setakat ini.

Selain itu, lebih 30 perniagaan tempatan membuka reruai di festival ini, menawarkan makanan, kraftangan serta aktiviti keluarga. Ekosistem ini bukan sahaja menyokong usahawan tempatan, tetapi juga menggalakkan budaya hidup sihat dan lestari dalam komuniti.

Kerjasama Erat Untuk Perpaduan dan Kelestarian

Astro Kita RunFest 2025 ini direalisasikan dengan kerjasama Astro dan Sime Darby Property bersama penaja utama seperti KAON Group, Alphabet Capital, CIMB, TOP, Uphamol, Borneo Springs, Love Nature dan Salad Atelier.

Usaha ini bukan sekadar membawa festival larian, tetapi membina platform yang menghubungkan rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih hijau dan harmoni.

Selari dengan komitmen Astro terhadap inisiatif Rimba Kita, Astro Kita RunFest 2025 turut mengumpul dana bagi perlindungan hutan, pendidikan pemuliharaan dan projek kelestarian komuniti.

Setiap langkah pelari membawa impak positif kepada alam sekitar, simbolik kepada perubahan menuju masa depan yang lestari.

Aktiviti Menarik di Astro Kita RunFest 2025

Bagi peserta 5km, Cabaran Oga Street menjadi tumpuan utama. Laluan ini diinspirasikan daripada Oga, IP pendidikan alam sekitar Astro, dan menampilkan cabaran mini interaktif yang menghiburkan. Peserta bukan sekadar berlari, tetapi menikmati pengalaman menyeronokkan bersama komuniti.

Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis terkenal seperti Akim, Nadeera, Mimifly dan Soo Winci yang mengekalkan suasana positif sepanjang hari.

Kanak-kanak pula terhibur dengan kehadiran watak Didi & Friends, Oga dan Reemo menjadikan Astro Kita RunFest 2025 sebuah acara keluarga yang mesra semua peringkat umur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, “Kami amat berbesar hati melihat keluarga, pelari dan rakan kongsi berganding bahu.

“Inilah semangat yang ingin kami pupuk, masyarakat bersatu dan saling mengangkat antara satu sama lain. Kehadiran hari ini membuktikan kekuatan komuniti Malaysia,” jelasnya lagi.

Lebih Daripada Sekadar Larian

Astro Kita RunFest 2025 menonjol sebagai acara yang membawa nilai perpaduan dan tanggungjawab sosial.

Ia mesra alam, mesra keluarga dan mesra komuniti dengan menyatukan atlet, penduduk, peniaga kecil dan sukarelawan dari seluruh negara. Setiap langkah dan booth membawa mesej jelas – Malaysia lebih kuat apabila rakyatnya bergerak bersama.

BACA: 8 Petua Mencegah Shin Splints, Antara Kecederaan Paling Ditakuti Pelari Aktif

Dengan momentum yang luar biasa, Astro Kita RunFest 2025 bukan sekadar festival, tetapi satu gerakan nasional yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih aktif, sedar dan bersatu demi masa depan yang lebih sihat dan hijau.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim