
Dalam dunia hiburan yang semakin berkembang, pilihan terlalu banyak kadangkala membuatkan kita keliru. Platform berbeza, bil berbeza dan kandungan yang berselerak boleh membuat pengalaman menonton jadi kurang menyeronokkan.
Di sinilah Astro One hadir sebagai sebuah pelabuhan kandungan yang bukan sahaja hebat, malah memberi impak sebenar kepada pengalaman tontonan kita.
Astro One bukan sekadar perkhidmatan televisyen dan penstriman. Ia merupakan hab kandungan pelbagai genre yang menggabungkan produksi tempatan berkualiti tinggi dan judul antarabangsa yang menjadi bualan dunia.
Kini, dengan pengenalan Astro One: Epic Pack, pengalaman ini dibawa ke satu tahap lebih menyeluruh dan berbaloi.
Pelan terbaharu ini diperkenalkan bersempena musim perayaan yang bakal tiba, menjadikannya pilihan ideal untuk dinikmati bersama keluarga. Astro One: Epic Pack menawarkan lebih 140 saluran serta akses kepada lapan aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, beIN SPORTS CONNECT dan Astro GO.
Apa yang menjadikannya lebih menarik ialah semuanya hadir dalam satu bil sahaja. Tidak perlu lagi memikirkan langganan berasingan untuk setiap platform.
Dari RM159.99 sebulan untuk tempoh terhad sehingga 30 April 2026, pengguna boleh menikmati hiburan lengkap yang sebelum ini bernilai RM199.99 sebulan.
Dengan satu pakej, anda boleh menonton kandungan sukan, kanak-kanak, hiburan, variasi, berita, dokumentari dan filem, menjadikannya pilihan yang lebih mudah dan menjimatkan dalam jangka panjang.
Bagi peminat drama berkualiti tinggi terbitan Astro Originals, siri ‘Bad Cop’ adalah antara judul yang wajib ditonton. Jujur MASKULIN katakan, ini merupakan drama bersiri thriller terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.
Adaptasi daripada siri Jerman dengan judul sama, ‘Bad Cop’ menyaksikan Aiman Hakim Ridza membawa dua watak berbeza sebagai pasangan kembar, Emir dan Imar. Seorang menjalani kehidupan yang gelap dan penuh sisi kelam, manakala seorang lagi merupakan Inspektor polis yang berintegriti.
Konflik memuncak apabila Emir terpaksa menyamar sebagai kembarnya, Inspektor Imar yang terbunuh dalam satu serbuan. Pertembungan dua identiti, dua moral dan dua dunia berbeza menjadikan jalan cerita penuh ketegangan dan tidak klise. Menerusi Astro One: Epic Pack, anda boleh menonton semua siri Astro Originals dengan lebih mudah dan lancar.
Selain ‘Bad Cop’, drama seperti ‘Andai Itu Takdirnya 2’ serta program realiti popular ‘Dapur Bapak Bapak’ turut menjadi antara kandungan yang kian tular dan mendapat perhatian ramai.
Buat peminat bola sepak khususnya Premier League, musim ini cukup mendebarkan. Arsenal kini mendahului carta liga selepas beberapa minggu menguasai takhta. Namun, Manchester City terus memberi tekanan dan menunjukkan konsistensi yang menakutkan.
Peminat Arsenal pastinya berdebar kerana tiga musim berturut turut bergelar naib juara. Adakah musim ini menjadi titik perubahan atau sejarah berulang kembali.
Persaingan untuk melengkapkan kelompok empat teratas juga tidak kurang menarik. Manchester United dilihat semakin stabil sejak diterajui Michael Carrick. Liverpool
dan Chelsea pula masih mencari rentak konsisten, manakala Aston Villa berusaha mempertahankan kedudukan daripada cabaran kelab besar lain.
Dengan Astro One: Epic Pack, setiap aksi penting boleh ditonton tanpa terlepas walau satu perlawanan.
Di Disney+, mini siri terbaharu ‘Wonder Man’ yang merupakan adaptasi komik Marvel dan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe turut menjadi tarikan utama.
Kisah Simon Williams, seorang pelakon yang memiliki kuasa luar biasa tetapi menyembunyikannya, pasti membuat peminat tertanya tanya sama ada akan ada kemunculan watak MCU lain.
Netflix pula menampilkan musim kelima dan terakhir ‘Stranger Things’, sebuah siri legenda yang menjadi fenomena global selama sedekad. Penutup kisahnya dijangka penuh kejutan dan emosi.
Bagi peminat drama Mandarin, ‘The Unclouded Soul’ membawa kisah fantasi tentang konflik antara manusia dan syaitan yang berebut untuk memiliki Yuli Spring.
Prime Video pula menampilkan program realiti daripada YouTuber terkenal, Mr Beast iaitu ‘Beast Games’ yang menyaksikan 1000 peserta bersaing untuk memenangi hadiah bernilai USD5 juta.
Astro One: Epic Pack bukan sekadar pakej hiburan, tetapi penyelesaian lengkap untuk keluarga moden. Sama ada anda peminat drama, sukan, filem, dokumentari atau program realiti antarabangsa, semuanya tersedia dalam satu platform yang tersusun dan mudah diakses.
Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Layari astro.com.my atau kunjungi mana mana cawangan Astro untuk maklumat lanjut. Ini masa terbaik untuk menikmati hiburan epik bersama seisi keluarga.