Bulan kemerdekaan tahun ini menyaksikan Astro melancarkan kempen istimewa bertemakan “Inilah KITA, Sehati Bersama”, bermula 15 Ogos hingga 16 September 2025. Kempen ini diraikan sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya, semangat perpaduan, dan keindahan komuniti Malaysia.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata, “Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Sehati Bersama’, membawakan penceritaan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian.

“Menerusi ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’, kisah kebersamaan yang ditonjolkan seperti berkongsi juadah makanan, menggunakan ruang komuniti yang sama, dan kerjasama seni kreatif.

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

“Kami membawakan kepada anda semua momen indah yang selama ini telah menghubungkan kita, dan mengingatkan bahawa walaupun kita hidup dalam perbezaan latar budaya, namun perkongsian momen berharga ini menjadikan semua sebagai satu.”

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

KITA Channel dan Kandungan Istimewa Sepanjang Bulan Kebangsaan

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Astro turut memperkenalkan KITA Channel di saluran 100. Channel ini bakal menayangkan pelbagai program tempatan seperti filem, drama, dokumentari dan rancangan juga program realiti.

Bermula dari 15 Ogos hingga 17 September, lebih 50 program akan dipersembahkan untuk mengangkat kisah rakyat Malaysia, semangat patriotisme dan pencapaian anak seni tempatan.

Ads

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

Penonton turut boleh menantikan tayangan perdana telefilem baharu hebat. Di antaranya seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh.

Seleksi pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, Yasmin Hani dan MK K-Clique bakal menghiasai kaca TV dengan watak-watak menarik.

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

Ads

Konsert eksklusif seperti Slam X Exist: Our Journey dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire turut menjadi tarikan utama sebagai satu lagi cara meraikan bakat-bakat tanah air.

Selain itu, Astro turut mempersembahkan dokumentari pendek “Kisah Perpaduan Inilah KITA” di YouTube Astro Malaysia bermula 7 Ogos. Dokumentari ini memaparkan kisah-kisah inspirasi seperti:

  • Famili Ikat Tepi – kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan pelanggan pelbagai kaum.
  • Tempat Letak Harmoni – kerjasama Masjid al-Naim dan Gereja The Good Shepherd di Lutong, Sarawak, yang berkongsi kawasan parkir setiap minggu.
  • Seni Berkawan – kolaborasi tiga artis tempatan dari latar budaya berbeza menghasilkan projek seni yang meraikan kepelbagaian.

Astro Sambut Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Dengan “Inilah KITA, Sehati Bersama”

Aktiviti Lapangan dan Sambutan Komuniti

Kempen ini turut mengajak rakyat Malaysia menghadiri acara Hello Inilah KITA pada 23 dan 24 Ogos di Pavillion Kuala Lumpur, bermula 5ptg.

Ia akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti pelbagai bangsa seperti Meerqeen, Qasrina, Mira Filzah, Hun Haqeem, TCO, Noryn Aziz, Niki Palikat dan ramai lagi.

Ads

Sementara itu, KITA FM akan bersiaran langsung dari Putrajaya pada Hari Kemerdekaan dan mengadakan jelajah ke 13 negeri sehingga 16 September, dengan sasaran mencipta rekod Malaysia Book of Records.

BACA: Astro Originals ‘Honey Trap’, Tidak Sekadar Rupa, Tapi Lebih Berbisa

Lagu tema kempen, “Bangkit Malaysia” nyanyian Hael Husaini, akan dilancarkan di semua platform digital, manakala acara KITA Run pada 25 Oktober di Serenia City Central Park bakal menjadi penutup kempen. Larian ini menawarkan kategori 5KM dan 10KM, selain karnival dan konsert untuk seluruh keluarga.

Kempen “Inilah KITA, Sehati Bersama” bukan sahaja meraikan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, tetapi juga memperkukuh mesej bahawa kepelbagaian adalah kekuatan sebenar negara.

Di setiap cerita, aktiviti dan acara, semangat untuk bersatu dalam perbezaan menjadi nadi yang menyatukan rakyat Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads