Tak Perlu Diet Ekstrem, 8 Senaman Efektif Ini Pun Boleh Hilangkan Dagu Berlapis!

Share

Masalah dagu berlapis bukan hanya ditakuti oleh wanita sahaja. Lelaki pun turut risau jika miliki dagu berlapis dan berlipat. Betul ke nak hilangkan dagu berlapis ini anda kena buat diet ekstrem? Tak perlu, sebab dengan senaman mudah juga anda boleh hilangkan masalah dagu berlapis ini.

Senaman dagu adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah dagu berlapis ini. Ada 8 senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan boleh dibuat di rumah.

Apa lagi, jom kita cuba.

1. THE KISS

  • Berdiri dan dongakkan kepala sambil memandang ke siling.
  • Muncungkan bibir seolah-olah anda ingin mencium siling selama 5-8 saat.
  • Relaks dan tegakkan semula kepala.
  • Ulang sebanyak 5 kali.

2. STICK IT OUT

  • Jelirkan lidah dalam kiraan 5.
  • Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
  • Ulang sebanyak 10 kali.

3. JAW JUT

  • Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu.
  • Buat kiraan sehingga 10.
  • Relaks semula rahang.
  • Ulang sebanyak 10 kali.

4. NECK ROLL

  • Mula dari arah kanan, pusingkan kepala secara membulat.
  • Buat sehingga kiraan 5.
  • Kembalikan kepala ke sisi asal.
  • Pusingkan pula kepala ke kiri secara membulat dalam kiraan 5.
  • Ulang semula dalam kiraan 30 saat.

5. TONGUE ON TEETH

  • Buka mulut.
  • Angkatkan hujung lidah pada barisan gigi atas.
  • Anda akan rasakan ketegangan pada leher.
  • Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’.
  • Lakukan selama 1 minit.
  • Relaks dan ulang sekali lagi.

6. CHIN SLAP

  • Jelirkan lidah.
  • Tepuk bawah dagu dengan belakang tangan secara perlahan-lahan.
  • Lakukan sehingga 30 saat.

7. IN AND OUT

  • Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang.
  • Pastikan jari lain berada di tepi pipi.
  • Tolakkan muka ke hadapan secara perlahan-lahan.
  • Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang.
  • Relaks dan ulang sehingga 3 kali.

8. LAYING LIFTS

  • Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada.
  • Biarkan selama 10 saat.
  • Kembalikan kepala pada posisi asal.
  • Ulang sebanyak 2 kali.
IKLAN