
Walaupun berketinggian hanya 132CM, itu tidak menghalang atlet Para Powerlifting Negara untuk meraih kejayaan berganda apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi.
Dia melakukan angkatan seberat 207 KG untuk meraih gelaran juara dunia kategori senior 65kg lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center. ‘Tak cukup sekali, 2 kali jadi JUARA DUNIA’!. Sebelum ini atlet Para, Bonnie Bunyau tapau 190Kg, kali ini dia up lagi ke 207Kg untuk kategori Men’s Up To 65KG! Memang Legend’, menurut entri twitter Team Malaysia.
BACA: 5 Sukan & Permainan Yang Nampak Betul-Betul Lelaki Selain Terbangkan Dron!
Sabtu lalu, pemegang rekod dunia remaja itu melakukan angkatan 190Kg untuk muncul juara dalam acara 65Kg (Below) lelaki.
Kejayaan yang dicapainya telah mengesahkan slot Bonnie untuk mewakili kontinjen Negara ke Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo nanti.
BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Sakit & Mudah Cedera!
Dia akan bersama atlet Para bagi sukan Memanah iaitu S.Suresh yang mengharumkan nama negara dikejohanan dunia memanah pada Jun lepas.
Diharap akan ada lagi atlet Para yang bakal layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Samsung Bespoke Jet Premium, Mesin Berkuasa Mantap

Bayangkan suatu ketika dahulu pembersih hampagas atau vacuum machine dicipta hanya dengan fungsi sedutan angin semata. Sebagai lelaki apa-apa jenis peranti atau mesin yang kini hadir dengan rekaan teknologi terkini pastinya akan menarik perhatian.
Dan kini pembersih hampagas telah melangkah jauh dalam pengenalan teknologi seta inovasi bagi memenuhi kepelbagaian tugas untuk pembersihan di dalam rumah. Salah satu pembersih hampagas yang cukup menarik ialah Samsung Bespoke Jet Premium.
Baru-baru ini, MASKULIN telah berkesempatan menggunakan mesin mantap ini selama beberapa minggu. Apa yang kami boleh perkatakan adalah ia hadir dengan pakej dan kemampuan cukup mengejutkan!
PENGALAMAN BAIK
Menggunakan Samsung Bespoke Jet Premium merupakan pengalaman yang terbaik pernah kami lalui bagi segmen mesin seperti ini. Kemampuannya yang cukup hebat bolehlah dikatakan setanding dengan jenama lain yang lebih sinonim dalam pembuatan pembersih hampagas.
Dari segi fungsi dan kuasanya ia mampu melakukan kerja yang lebih baik pada permaidani dan permukaan berat.
Samsung Jet Bespoke bukan sahaja akan menyedut kotoran, serpihan dan rambut, ia juga akan mengemop lantai yang keras, malah membasuh kotoran yang berakar umbi kerana anda boleh menyembur air padanya untuk menguraikan kotoran terlebih dahulu.
Selepas semuanya selesai kita hanya perlu menekan butang untuk mengosongkan tong habuk dan semua kotoran yang terkumpul disedut keluar dalam satu atau dua saat. Samsung pastinya telah memikirkan keseluruhan reka bentuk dan fungsi mesin hampagasnya ini.
Namun dari satu segi ia mungkin boleh diperbaiki untuk model akan datang terutamanya kepala pembersih lantai Jet Dual yang besar yang sedikit sukar digerakkan pada sudut tertentu dengan pusingan yang terhad. Ia hanyalah sedikit perkara kecil yang tidak terlalu menjejaskan pengalaman menggunakannya.
Walaupun begitu, bahagian kepala pembersihan penggelek dan pengemop lembut tidak ada isu seperti MASKUILIN nyatakan di atas.
Seperti kebanyakan pembersih hampagas premium yang lain, Samsung Jet Bespoke juga dilengkapi konfigurasi yang berbeza dengan satu-satunya perbezaan di antara mereka ialah bilangan bateri dan bilangan alat pembersih yang dihantar dengan setiap satu.
VARIASI WARNA
Sama seperti rangkaian peralatan elektrik dan elektroniknya Samsung yang lain, pembersih hampagas tanpa wayar ini juga hadir dengan beberapa variasi warna iaitu Misty White, Midnight Blue dan Woody Green. Seleksi warna ini mampu dipadankan mengikut tema rumah anda yang pastinya akan lebih serasi.
Ia juga didatangkan dengan Clean Station all-in-one yang berfungsi sebagai tempat pengecasan, ruang untuk kepala pembersihan lantai utama dilekatkan pada tiub teleskopik. Ia hanya perlu dipastikan agar tiub ditarik balik untuk muat. Lebih menarik ia dilengkapi dengan tiub teleskopik – ciri yang jarang ada pada pada pembersih hampagas tegak tanpa wayar terkini.
Celan Station sedikit berbeza daripada stesen kosong automatik yang kini tersedia dengan banyak pembersih vakum robot yang lebih baharu. Daripada menyedut kotoran dari tong habuk secara automatik sebaik sahaja mesin dilekatkan, Clean Station memerlukan pengguna untuk menekan butang untuk proses dimulakan dan juga menghentikannya secara manual.

Ia mengambil masa tidak lebih daripada 2-3 saat untuk kanister 0.5L penuh untuk dikosongkan ke dalam beg 2L yang boleh ditukar dengan mudah apabila penuh (anda mendapat tiga dengan mesin – satu dipasang dan dua tambahan) dengan mengeluarkan panel tegak.
LEBIH RINGAN
Samsung Jet Bespoke Premium juga didapati lebih ringan daripada beberapa jenama pesaing utamanya. Ia hadir dengan berat kira-kira 2.7kg sahaja, lantas menjadikan ia sangat selesa digunakan walaupun untuk jangka masa yang agak lama.
Dari segi kawalan pula ia memang cukup mudah. Segala tetapan utama boleh dicapai dengan mudah oleh ibu jari ketika apabila memegangnya.
Paparan digital juga sangat jelas dan terang. Selain butang kuasa, terdapat hanya butang tambah dan tolak yang berputar melalui mod sedutan dan apabila tangki air dan Spray Spinner dipasang, anda menggunakan butang tambah untuk menyembur air.
Di paparan digital juga terdapat info tentang mod kuasa yang digunakan serta berapa lama tempoh hayat bateri yang tinggal untuk digunakan. Apabila dilabuhkan, ia menjadi penunjuk pengecasan bateri.
Pembersih hampagas hebat ini juga tidak berdepan masalah untuk digunakan pada permukaan basah. Ia boleh hadir sebagai mop yang cukup mengagumkan.
Akhir kata dari MASKUILIN, adakah Samsung Bespoke Jet Premium merupakan pembersih hampagas tanpa wayar terbaik di pasaran? Dari kualiti keseluruhan ia bolehlah dianggap begitu namun dalam masa yang sama ada beberapa perkara boleh diperbaiki.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut anda boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia.
Rating MASKULIN: 4/5
Tengah Bersedih? Selain Jangan Dengar Lagu Yang Frust, Ini 5 Cara Perlu Anda Buat

Rasa sedih adalah salah satu perasaan yang normal kerana ia menggambarkan anda memiliki jiwa yang sempurna dengan penuh emosi.
Namun demikian, anda tidak digalakkan untuk bersedih lama-lama kerana ia boleh bertukar menjadi tekanan jiwa sekiranya tidak dirawat.
Sehubungan itu, khusnya bagi umat Islam, ini adalah 5 cara yang anda boleh lakukan untuk tenangkan diri pada saat anda merasakan jiwa anda kosong dan memerlukan tempat untuk mengadu :
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Faktor ini menjadi salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Dengan kembali menghidupkan amalan itu, anda boleh menemui semula ketenangan apabila mendekati sang Pencipta.
Cuba baca Yassin selepas solat sebagai permulaan dan beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain selain cari masa untuk mengikuti kelas mengaji jika berkesempatan.
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah pada 2/3 malam untuk melakukan solat malam yang lebih dikenali sebagai solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat. Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
Istigfar dan zikir adalah senjata paling kuat untuk menenangkan diri. Lebih-lebih lagi sekiranya zikir itu menusuk tepat di hati. Jika ada masa terluang, anda boleh amalkan zikir seperti :
“La haula wala quwwata illa billah” (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa kerana anda ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah dan yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Petua Hilangkan Migrain Mengikut Saranan KKM

Bercakap tentang migrain pasti mereka yang pernah atau sering terkena serangan sakit kepala ini dapat merasakan peritnya. Ia merupakan kondisi sakit yang berupa salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Namun terdapat beberapa petua dan langkah pencegahan yang boleh kita lakukan untuk elakkannya daripada berlaku.
Berbeza dengan tanggapan ramai bahawa migrain cuma berlaku kepada gologan dewasa, ia sebenarnya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja. Seiring dengan peningkatan usia sakit kepala akibat migrain ini akan jadi lebih ketara.
BACA: Beberapa Rutin Senaman Mampu Besarkan Otot Bisep & Trisep
Secara umumnya ia boleh hilang secara beransur apabila usia meningkat kepada 45 hingga 50 tahun. Akan tetapi ia juga berisiko untuk tidak hilang seumur hidup. Sehingga kini punca sebenar mengapa migrain boleh berlaku masih lagi samar dan tidak diketahui.
Tapi pakar perubatan mendapati peluang seseorang mendapat migrain lebih tinggi jika ada ahli keluarga terdekat juga menghidap mingrain.
SUDUT PERUBATAN
Secara saintifiknya, migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Ia merupakan Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

BAGAIMANA IA BERLAKU
Saluran-saluran yang terdapat darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Apabila iaberlaku, urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan serangan migrain:
- Stress atau tekanan
- Pengambilan alkohol
- Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
- Tidak cukup tidur
- Perubahan hormon ketika haid
- Tabiat merokok

DUA JENIS UTAMA
Dua jenis migraine utama ialah Migraine Klasik (Classic Migraine) dan Migraine Biasa (Common Migraine).
Migrain Klasik- sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ akan dialami sebagai tanda amaran.
Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.
Migrain Biasa- sakit kepala dialami tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ini lebih kerap dialami, terutama di kalangan kaum wanita.
CARA KURANGKAN MIGRAIN
Seperti yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook, terdapat beberapa petua untuk hilangkan migrain:
- Elakkan makan makanan masin, diproses dan berkeju
- Harus tidur dan rehat secukupnya
- Jauhi minuman berkafein tinggi
- Amalkan diet seimbang
- Cuba elakkan situasi stres
- Selalu melakukan senaman
Follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelai terkini!