1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.
2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.
3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata
4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.
Ads
5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila
usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.
6. mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.
7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.
Ads
8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.
9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.
10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk di bidas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sumbat sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.
BAHAGIAN DALAMAN MULUT INI AMAT KOMPLEKS KERANA IA MERUPAKAN KOMBINASI TISU LEMBUT DAN KERAS. BENTUK MULUT SI KECIL AMAT MUDAH BERUBAH ATAU DILENTUR DENGAN HANYA MENGHISAP JARI. KANAK-KANAK BAWAH ENAM TAHUN LEBIH BERISIKO TINGGI KERANA PEMBESARAN BAHAGIAN MULUT DAN RAHANG MEREKA AMAT AKTIF.
Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi. Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.
JONGANG DITAKRIFKAN SEBAGAI PERBEZAAN JARAK ANTARA GIGI ATAS DAN BAWAH YANG BERSELISIH MELEBIHI EMPAT MILIMETER (MM).
TIGA TAHAP JONGANG
Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite.
Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.
Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya.
Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.
JONGANG JENIS INI BERTAMBAH TERUK JIKA BIBIR BAWAH TERPERANGKAP DI BELAKANG GIGI ATAS ATAU BIBIR ATAS SESEORANG ITU AGAK PENDEK DAN TIDAK DAPAT MENGAWAL POSISI GIGI ATAS.
KELAS III ATAU PROGNATHISM PULA BERLAKU APABILA GIGI BAWAH LEBIH MENONJOL DARIPADA GIGI ATAS.
Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek.
Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang.
Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.
OPSYEN RAWATAN
Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.
PENDAKAP BERFUNGSI MERUPAKAN SATU DARIPADA KAEDAH RAWATAN. KAEDAH INI MEMBABITKAN SEJENIS PENDAKAP BERSPRING YANG DIPASANG DI ANTARA GERAHAM ATAS DAN BAWAH.
Penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.
Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.
Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan.
Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.
CABUT GIGI
BAGI SESETENGAH KES, BEBERAPA BATANG GIGI TERPAKSA DICABUT BAGI MEMBERI RUANG PENDAKAP MENARIK GIGI LAIN KE RUANG KOSONG INI. PENDAKAP KEKAL ATAU PENDAKAP BERFUNGSI PERLU DIPAKAI SEPANJANG MASA BAGI MEMASTIKAN RAHANG TERUS BERGERAK KEPADA POSISI YANG LEBIH BAIK.
Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi.
KAEDAH TERAKHIR IALAH PENGGUNAAN RETAINER ATAU PENAHAN GIGI. ALAT TERSEBUT BERFUNGSI MENAHAN GIGI PADA TEMPATNYA SELEPAS RAWATAN PERGIGIAN.
Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.
JENIS PENDAKAP GIGI
1.Pemakaian tetap
Lebih 80 peratus pemakai pendakap gigi memilih untuk pemakaian tetap dan ia mengambil masa lebih kurang dua tahun.
Mereka yang memiliki masalah serius hanya boleh memilih pendakap gigi jenis ini.
Jenis pemakaian tetap turut memiliki pendakap invisible (tidak kelihatan) berwarna putih buat mereka yang tidak mahu pendakap kelihatan terlalu jelas.
Kos rawatan di klinik swasta bagi pendakap pemakaian tetap lebih RM 6,000 dan bagi jenis invisible melebihi RM 9,000.
2.Boleh tanggal
Bagi mereka yang mengalami sedikit masalah boleh memakai pendakap gigi boleh tanggal untuk tempoh lebih kurang enam hingga 12 bulan.
Pendakap gigi dipakai sepanjang masa cuma boleh ditanggalkan ketika makan dan sewaktu membersihkan gigi.
Kos rawatan juga sama seperti pemakaian tetap.
3 Estetik
Juga termasuk dalam jenis pemakaian tetap cuma tidak kelihatan.
Ia menggunakan bahan yang sama tetapi dipasang dari bahagian dalam.
Kos rawatan agak mahal iaitu melebihi RM 30,000.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini 5 cara patut anda tahu dalam mengambil hati mentua anda supaya tak rasa janggal bila berjumpa.
1.Telefon Selalu
Telefon mentua/bakal mentua adalah cara paling senang untuk mendekati mereka. Tanya khabar dan bersembang sedikit dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda agak sibuk dengan kerja. Sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar dan anda boleh ‘update’ kedua-dua belah pihak tentang diri masing-masing. Cumanya, anda perlu sensitif sedikit tentang waktu anda menelefon mentua anda.
2, Ingat tarikh penting
Hari jadi? Hari ulang tahun perkahwinan? Jangan lupa wish mentua anda. Jika anda sibuk, set ‘reminder’ untuk tarikh-tarikh penting ini. Terus set untuk tahun-tahun yang akan datang juga.
3. Shopping
Walaupun agak mendebarkan jika belum habis ‘ice breaking’ lagi, tapi sebenarnya aktiviti ini agak bagus juga. Aktiviti ini membolehkan anda untuk mengenali citarasa mentua anda. Apabila anda hendak membeli hadiah untuknya kelak, at least anda sudah ada sedikit ‘hint’.
4. Bersembang bila berjumpa
Sesetengah orang boleh terus ‘masuk’ dengan semua orang termasuklah mentua mereka. Namun, ada juga yang sedikit kekok dan ‘takut-takut’. Jika anda kategori yang kedua ini, jangan risau. Biasalah itu. Tapi, jangan sampai tidak bercakap langsung. Cuba perlahan-lahan. Senyum banyak-banyak jika anda tiba-tiba gementar atau tidak tahu cakap apa. Jangan lari-lari tau.
5. Surprise visit
Jika anda sudah berkahwin, bila tiba hujung minggu tu, ajak pasangan anda lawat mentua anda dengan mengejut. Selalu bila cuti panjang atau hari raya saja kan? Kali ini buat ‘weekend gateway’ di rumah mentua pula. Lebih bagus jika anda dan pasangan dapat buat aktiviti ‘surprise visit’ ini untuk kedua-dua keluarga.
SUMBER : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak beberapa hari lalu, isu kejadian buli semakin rancak dibualkan oleh warga maya.
Apa tidaknya, nasib malang yang menimpa seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnani yang maut akibat dibuli pada 2017 meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat.
Allahyarham bukan sahaja dibelasah beramai-ramai, malah pembuli turut bertindak kejam menekap seterika wap pada seluruh tubuhnya termasuklah di bahagian sulit.
Beberapa hari lalu, seorang pelajar tingkatan dua nekad melarikan diri dari sebuah sekolah berasrama penuh dekat Cheras.
Memetik laporan Berita Harian, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi atau lebih mesra disapa Enel itu mendakwa sudah tidak tahan dibuli di sekolah berkenaan.
Ibu bapa mana yang tidak bimbang jika seorang anak semuda itu nekad untuk mengambil tindakan sedemikian.
Namun tahukah anda yang anda boleh memuat laporan mengenai sebarang kejadian buli menerusia empat saluran utama disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Menurut kenyataan KKM bertarikh 9 Disember 2023, empat saluran berkenaan ialah menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatApp, emel adubuli@moe.gov.com dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awan (SISPAA).
Saluran ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar dan ibu bapa, malah masyarakat juga boleh menggunakannya jika mengesyaki sebarang kejadian buli di sekitar mereka.
Selain itu, aduan mengenai gangguan seksual yang berlaku di kalangan pelajar sekolah juga boleh diadukan menerusi saluran ini.
Sebagai masyarakat, bukalah mata dan telinga kita untuk lebih peka dengan kejadian-kejadian buli
Manfaatkan saluran ini dengan sebaiknya agar tiada lagi mangsa yang terkorban di saat masa hadapan mereka masih jauh untuk mereka terokai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trail running bukan sekadar lari dalam hutan. Kalau nak mula ceburkan diri, ada beberapa persediaan penting yang ramai beginner selalu terlepas pandang.