Perkara yang perlu dielakkan semasa memandu adalah terkena microsleep secara tiba-tiba kerana terlelap 5 minit sekali pun, ia amat bahaya dan nyawa boleh melayang.
Sedar-sedar kereta sedang bergegar dan terbabas dari jalan raya lalu merempuh apa sahaja yang ada di bahagian hadapan.
Terlelap dalam tempoh singkat
Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat.
Boleh jadi pemandu hanya nampak pandangan kosong, tersengguk-sengguk seterusnya boleh membawa kepada terlelap.
Oleh sebab itu individu yang memandu jarak yang jauh, seharusnya mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan.
Sama kes kemalangan Allahyarham Faziani Rohban
Bercakap tentang microsleep, perlakuan ini sama seperti yang melanda Allahyarham Faziani Rohban dan suami.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dikatakan mengantuk semasa memandu dan bercadang untuk berhenti di stesen minyak kerana mahu mencuci muka.
Namun tanpa sempat berbuat demikian, Toyota Estima yang dipandunya merempuh belakang lori yang kebetulan berhenti di tepi jalan.
Boleh berlaku semasa mata terbuka
Seorang pengguna Facebook, Rohaizah Khamis berkongsi tentang microsleep. Katanya walaupun kita menampar muka sekali pun, ia tetap tidak boleh dielakkan :
“Ok, saya nak tanya. Siapa pernah alami microsleeping? Saya dah selalu kena tak kira pagi, tengahari, petang dan malam.
Ianya berlaku apabila walau seberusaha mana pun anda menahan mata anda, menampar pipi anda, menyanyi kuat-kuat, minum air, makan biskut untuk melawan rasa mengantuk itu mata anda mahu terlelap jua, seketika!
IANYA JUGA BOLEH BERLAKU DALAM KEADAAN MATA ANDA TERBUKA! Apabila itu berlaku, hukumnya memang kena berhenti dan tidur sebentar di tepi jalan kawasan selamat; tidur 5 minit; aircond on tapi cermin kereta diturunkan sedikit untuk keselamatan agar tidak berlaku insiden lain pula.
Semoga roh beliau (Allahyarham Faziani Robhan) dicucuri Rahmat dan diredhai Allah untuk masuk ke syurga di hari kiamat. Amin ya Allah.
Sumber : Rohaizah Khamis
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI