
Tahukah anda, bahaya sebenarnya ada risiko jika anda membuka sound ketika anda sedang ketik telefon atau laptop?
Daripada bunyi yang di hasilkan dari smartphone, hacker boleh detect password dari hasil gelombang bunyi yang dihasilkan. Daripada bunyi inilah para hackers boleh memecah kod untuk detect huruf apa yang ditekan.
Malah, beberapa pihak juga menasihati pencipta smartphone dan laptop untuk melihat kembali dan mengutamakan langkah-langkah privasi. Tambah pula, orang ramai perlu berhati-hati apabila muat turun beberapa aplikasi yang meminta untuk akses microphone.
Tidak dinafikan lagi, mungkin ini adalah salah satu akses akan dimanfaatkan oleh pengodam bagi medapatkan akses tersebut bagi tujuan tertentu.
Fakta ini berdasarkan penelitian terbaru yang dilakukan oleh Southern Methodist University di Texas, Amerika Syarikat. Melalui website Era.Je, walaubagaimana pun penyelidik memberitahu, adalah sukar bagi pengodam untuk mendapatkan gelombang bunyi tertentu bagi setiap papan kekunci pengguna kerana bahan yang digunakan pada keyboard adalah berbeza-beza.
Sumber: The Telegraph & Era.Je
Ramai Suka Tidur Singkat Di Waktu Tengah Hari Tanpa Ketahui Rupanya Ia Boleh ‘Power’kan Otak!

Ramai yang mengamalkan tidur singkat di waktu tengah hari sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa mengantuk tanpa mengetahui sebenarnya amalan yang dikenali sebagai Qailulah ini mempunyai kebaikan yang tersendiri.
Menurut artikel dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Qailulah merupakan perkataan bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu Manzur Qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).
Imam Al-San’ani menyatakan bahawa maksud Qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)
Maksud Qailulah boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
مالي ولِلدُّنيا إنَّما مَثَلي ومَثَلُ الدُّنيا كمثل راكبٍ قالَ في ظلِّ شجرةٍ ثم راحَ وتركها
Maksudnya: ”Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.” – Riwayat al-Tirmizi (2377), Ibnu Majah (4109)
Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :
قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ
Maksudnya: ”Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.” – Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat
Bukan itu sahaja, kebaikan tidur singkat di waktu tengah hari ini juga dikongsikan Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya.
Kesan baiknya akan kekal selama 155 minit
Menurut beliau, tidur singkat di waktu tengah hari ini boleh meningkatkan prestasi otak, mengembalikan tenaga dan memulangkan semula kesegaran tubuh.
Ini merupakan kajian di Australia yang dimuatkan dalam Journal of Sleep dan sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.
Apa yang menariknya, kesan baik daripada amalan tidur singkat di waktu tengah hari ini akan kekal selama 155 minit.
Menerusi perkongsian beliau yang lain, memadai untuk tidur di waktu tengah hari ini selama 20-30 minit.
Menurutnya, Prof Sara Mednick, Professor of Psychology dari University of California, Riverside telah membuat kajian bersama rakan-rakannya untuk mengetahui kesan ujian kecerdasan minda orang yang tidur pada waktu tengah hari ini.
Kecergasan orang yang tidur lebih baik daripada yang berjaga
Peserta kajian diuji sebanyak empat kali. Mereka mendapati peserta yang tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai keputusan ujian kecerdasan lebih baik berbanding orang yang berjaga.
Hasil kajian beliau diterbitkan di Jurnal Nature Neuroscience pada tahun 2002. Ada banyak lagi kajian yang mengaitkan kebaikan tidur pada waktu tengah hari ini.
Antaranya, kajian yang mengaitkan dengan peningkatan memori dan mood. Bahkan ada yang menyebut, orang tidur di waktu tengah hari akan lebih alert dan fokus serta persepsi dan kreativiti juga menjadi lebih baik.
Dan disebabkan itulah, syarikat-syarikat seperti Google, Nike, Amazon, Nasa, Uber dan Zappos menyediakan ruang dan waktu untuk zzzz ketika waktu tengah hari.
Lakukan Ini:
Bolehlah cuba untuk tidur sekejap di waktu tengah hari. Gelapkan sedikit bilik dan biarkan suhu bilik sekitar 22-24 darjah Celsius. Anda boleh makan tengah hari selepas anda bangun nanti.
Tip Jimat Eletrik Semasa Guna Penghawa Dingin Agar Bil Tak Melambung Tinggi

Dalam tempoh sebulan dua ini negara kita dilanda kepanasan melampau atau heatwave yang agak teruk. Malah ada beberapa lokasi terutama di utara Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaab sehingga 38 darjah celcius.
Bagi melegakan rasa panas semakin ramai pengguna kini memilih penghawa dingin untuk kegunaan di kediaman. Berbeza dengan mengguakan kipas angin, penghawa dingin seperti yang anda tahu menggunakan lebih banyak elektrik.
Jika sebelum ini bil elektrik anda berada di parasa sederhana berkumungkinan besar ia akan melonjak sekali ganda terutamanya bila anda selalu memasang penghawa dingin tanpa henti.
Jadi, bagaimanakah cara untuk anda jimatkan elektrik bagi penggunaan penghawa dingin? Terdeapat beberapa cara untuk menjimatkan kadar bilelektik bulanan anda dari penggunaan penghawa dingin.
Satu perkongsian cukup berguna dari page Kontraktor Malaysia telah menarik perhatian kami. Melalui satu posting, page tersebut berkongsi tip bagaimana untuk jimatkan elektrik bagi penggunaan penghawa dingin.
Ikuti tip yag kami kupas dari perkongsian tersebut.
HP PENGHAWA DINGIN
Pertama sekali anda harus beli penghawa dingin yang mempunyai horse power (HP) yang mencukupi. Kadar HP itu pula perlu anda kira berdasarkna keluasan bilik atau ruang yang ingin dipasang penghawa dingin.
Guna formula; (luas kawasan bilik x 60)/9000.
Contohnya bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP.
Mungkin ada yang cakap penghawa dingin 0.5HP sudah cukup sebab bilik kecil. Namun sebenarnya yang paling sesuai ialah penghawa dingin 1HP dan yang paling baik ialah penghawa dingin 1.5HP.
Tapi kalau anda pilih penghawa dingin 2.0HP, ia sudah terlebih power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor. Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.
TEKNOLOGI INVERTER
Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk jimatkan elektrik ialah memilih penghawa dingin yang dilengkapi teknologi inverter. Fungsi inverter adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor.
Bila eletrik kompresor jadi lebih stabil, maka elektrik dapat dijimatkan. Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Bagi yang guna penghawa dingin inverter usahlah gatal tangan ON/OFF penghawa dingin terlalu sangat. Inverter hanya akan berfungsi dengan sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang. Kebiasaannya selepas 4 jam.
BACA: 7 Tip Nak Bagi Aircond Kereta Sejuk & Tahan Lama, Start Dengan ‘Low’ Antaranya!
SETTING YANG BETUL
Ketiga, pastikan anda letakkan setting penghawa dingin dengan betul.
Ini antara kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang. Selalunya ramai yang akan tetapkan suhu sebagai contoh 23 darjah celcius dengan kipas pada level 2 daripada 4.
Kemudian dibiar pasang hingga ke pagi baru off. Cadangan setting yang sebaiknya ialah bila sampai di rumah buka penghawa dingin pada suhu terendah (contoh 16 darjah Celcius) dan kipas yang paling kuat.
Biarkan bilik itu selama lebih kurang 30 hingga 45 minit. Kemudian barulah letakkan setting semula pada suhu 25 atau 26 darjah Celcius. Ini merupakan suhu yang paling sesuai untuk anda tidur. Manakala kelajuan kipas pula letakkan sepruh sebagai contoh level 2 daripada 4.
JANGAN SELALU ON & OFF
Seterusnya janganlah anda selalu gatal tangan nak ON dan OFF penghawa dingin. Ini biasa berlaku semasa tidur malam. Bila sejuk sahaja terus OFF. Dan bila panas ON smeula. Ingat, penghawa dingin paling banyak gunakan elektrik semasa ia baru ON. Jadi kalau anda kerap lakukan ini elektrik akan memang banyak digunakan.
SERVIS BERKALA
Akhir sekali ingatlah untuik sentiasa menjaga penghawa dingin anda. Setiap 6 hingga 9 bulan lakukan servis. Paling malas sekalipun buatlah sekurang-kurangnya sekali setahun. Penghawa yang sudah lama tak diselenggara akan jadi tak sejuk dan kurang berfungsi. Walhal sebenarnya hanya filter yang kotor dan tersumbat. Jangan disebabkan lokek nak keluar duit untuk servis, duit anda ribuan ringgit melayang bila ia rosak.
Jangan Amalkan ‘Letup’ Jari Kerana Anda Mungkin Terdedah Penyakit Tulang Arthritis

MASKULIN percaya ramai di antara anda pasti biasa amalkan aksi ‘letup’ jari terutamanya bila tangan atau jari rasa lenguh. Rasa best je bila dapat ‘letup’ jari kan?
Malah penulis sendiri pun ada tabiat suka ‘letup’ jari bila dapat siapkan tugasan. Namun tanpa kita sedar, ‘letup’ jari ini seakan-akan satu tindakan refleks yang memberikan rasa lega.
Tapi tahukah anda, ‘letup’ jari ini mempunyai kesan jangka masa panjang jika dilakukan secara berterusan? Hampir beberapa dekad penyelidik daripada serata dunia mengkaji sebab dan kenapa bunyi ‘letup’ jari itu boleh terhasil.
Kajian dari Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi gas. Apabila ia ditekan maka ini akan menyebabkan bunyi ‘pop’ terhasil.
Kenapa anda boleh jadi ketagih?
Sebenarnya kondisi otak yang mempengaruhi kita untuk menganggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu perbuatan yang boleh melegakan. Jadi semakin lama ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang ia bertukar menjadi tabiat. Otak anda akan trik untuk buat rasa perbuatan itu melegakan rasa lenguh.
Apa yang meletup?
Setiap kali anda ‘letup’ jari atau ‘patahkan’ jari akan ada bunyi seolah tulang meletup. Padahal, ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.
1. Risiko penyakit tulang arthritis

Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun, manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan.
Ternyata, jari yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang Arthritis. Ini membuktikan bahawa tabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari membawa keburukan buat manusia.
2. Jejaskan kekuatan tangan
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekali gus menjadikan tulang haus dari semasa ke semasa.
3. Tulang jari akan melebar membuatkan cincin tersekat
Meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan. Namun ada yang menganggapnya sebagai satu nikmat. Ternyata orang yang memiliki tabiat itu mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari biasa.
Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) semakin melebar sehingga ada ketikanya menyebabkan cincin mudah tersekat pada bahagian jari. Jadi kalau anda tak mahu tulang buku jari semakin melebar, elak daripada melakukan amalan ‘letup’ jari ini.
Untuk anda yang selalu ‘letup’ jari, tak rasa ngilu ke?