
Terdahulu viral kisah di luar Negara seorang paderi yang memberi minum cecair peluntur pada pengikutnya hanya kerana ingin mengelakkan COVID-19 hingga meragut 50 lebih nyawa.
Walaupun masih tidak dapat pengesahan adakah cerita ini benar-benar berlaku dan shahih namun kisahnya terus menjadi bahan bualan orang ramai.
Bukan sahaja itu, menurut Public Health Malaysia, terdapat kes keracunan melibatkan cecair mengandungi HIDROGEN PEROKSIDA yang sengaja diminum akibat kepercayaan bahawa ia dapat mencegah beliau daripada dijangkiti COVID19.
Dalam kes tersebut, Hidrogen Peroksida yang dicairkan diminum selama 5 hari berturut-turut. Akibatnya, beliau mengalami kerengsaan pada tekak.
Hidrogen Peroksida adalah salah satu disinfektan yang digunakan untuk membasmi kuman dan virus di permukaan terutamanya permukaan barang atau kawasan yang sering disentuh pada kadar pencairan dan kaedah yang ditetapkan.
Tetapi ia tidak boleh digunakan dengan cara meminum atau menyembur secara terus kepada manusia!
Kesan Bahaya Hidrogen Peroksida
– Kesan terbakar yang teruk pada saluran pemakanan serta pendarahan dalam perut
– Di dalam salur darah, Hidrogen Peroksida boleh membentuk gelembung gas dan menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti sawan, serangan jantung dan boleh mengakibatkan kematian.
– Sekiranya dihidu pada kepekatan yang tinggi, Hidrogen Peroksida boleh mengakibatkan kerengsaan yang teruk pada saluran pernafasan.
– Pendedahan kepada mata atau kulit boleh menyebabkan kesan terbakar bergantung pada kepekatan dan jumlah pendedahan.
Rakyat Malaysia jangan mudah percaya dengan mitos atau amalan yang memudaratkan seperti ini.
Aiskrim Bagus Untuk Tekak, Ini Beberapa Pemakanan Lain Sesuai Untuk Melegakan Batuk & Selesema

Selesema dan batuk seperti satu pekej yang lengakp buat pesakit. Ia mengambil masa yang agak lama untuk pulih seperti sedia kala. Batuk terhasil akibat jangkitan kuman pada tekak dan menyebabkan keradangan atau bengkak lalu mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria.
Manakala Selesema pula terjadi apabila virus influenza menyerang saluran pernafasan pada tubuh seseorang. Ia merupakan penyakit berjangkit dan mudah merebak. Ia mengambil masa dalam tujuh ke sepuluh hari untuk sembuh.
Di sini adalah 6 makanan yang boleh di ambil ketika anda selesema dan batuk;
-
Teh Hijau Panas Baik Untuk Selesema
Teh panas dapat membantu melegakan hidurng yang tersumbat dan berair. The panas terutamanya the hijau sangat kaya dengan flavonoid yang merupakan anti-radang yang meningkatkan imuniti badan.
-
Pisang Melegakan Tekak
Selalunya, apabila seseorang itu selesema ia pasti akan berjakit dan mengakibatkan batuk. Ini kerana khasiat yang ada dalam buah tropika ini kaya dengan vitamin A, C dan B seperti unsur surih sebagai magnesium, fosforus dan kalium. Ia bagus untuk merawat penyakit batuk.
-
Aiskrim Vanilla Menyejukan Tekak
Jangan terkejut, ya memang benar amalan ini memang bagus untuk kesihatan. Ia akan menyejukan dan melegakan tekak anda. Cumanya pastikan aiskrim yang anda ambil ialah aiskrim vanilla bukan aiskrim chocolate dan sebagainya ya.
-
Sup Ayam Meringankan Hidung, Dada & Tekak
Makan sup ketika selesama memang satu nikmat yang tak terhingga. Ia dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas pada suhu badan. Malah ia juga akan melegakan dan meringankan hidung, dada dan tekak.
-
Bawang Putih Anti-bakteria
Bawang putih bakar memang bagus untuk kesihatan terutamanya jika anda batuk. Terpulang pada anda sama ada anda mahu makan begitu sahaja atau anda ingin letakan di dalam minyak dan sapu selang satu jam.
-
Yogurt Bagus Untuk Penghadaman
Pemilihan makanan lembut sangat sesuai untuk anda yang sakit tekak. Seeloknya pilih makanan seperti yogurt dan elakkan makan makanan yang keras mahupun ranggup yang akan mengatalkan tekak.
Atasi Masalah Ketiak ‘Banjir’ & Melekit Tanpa Produk Guna 7 Cara Mudah Ini!

Masalah ketiak basah dan berbau pasti menjadi mimpi ngeri jika ia berlaku kepada anda di hadapan orang ramai. Malah, orang yang duduk di sebelah anda juga akan rasa terseksa menghidu bau ketiak anda yang busuk itu.
Sebagai seorang lelaki jangan sesekali anda mengenepikan masalah ketiak basah dan berbau kerana bau yang menyenangkan akan membuatkan anda tampil lebih yakin dan bergaya.
Sebenarnya peluh itu sendiri tidak mengeluarkan bau. Bakteria yang hidup di permukaan kulit di bahagian ketiak itu yang bertindak balas dengan peluh sehingga menghasilkan bau badan.
Bakteria bertindak balas bersama peluh sebagai bahan makanan bagi bakteria untuk menghasilkan asid yang menghasilkan bau yang berlainan.
Terdapat dua jenis asid:
1. Asid Propionic – mengeluarkan bau seakan-akan cuka
2. Asid Isovaleric – mengeluarkan bau seakan-akan keju.
Tindak balas peluh dari kelenjar Apocrine selalunya banyak terdapat di bahagian ketiak dan bakteria inilah yang akan menghasilkan bau busuk ini.
Sekiranya anda mengalami masalah ketiak basah dan berbau, ini ada tip mudah yang boleh anda amalkan untuk mengawal pengeluaran peluh secara berlebihan.
1. Baking Soda
Selain untuk membuat kuih atau kek, ketiak basah juga boleh diatasi dengan baking soda. Ambil baking soda dan oleskan dengan sedikit air, lalu aplikasikan campuran ini pada ketiak anda selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Baking soda akan membantu mengurangkan pengeluaran peluh di bahagian ketiak secara berlebihan, selain sifatnya yang beralkali mampu menuetralkan sifat asid pada ketiak.
2. Lemon
Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga dapat mencerahkan kulit di bahagian ketiak. Malah jusnya juga dipercayai dapat mengurangi kelembapan di bahagian ketiak yang disebabkan oleh peluh. Caranya juga mudah, oleskan hirisan lemon pada ketiak selama 30 minit sebelum anda mandi. Namun sekiranya bahagian ketiak anda luka atau anda miliki kulit sensitif, elak oleskannya dengan lemon kerana ia akan memedihkan lagi ketiak anda.
3. Teh hijau
Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh, selain menghakis lemak dari usus. Malah khasiat antioksidan dan nutrisi yang ada dalam teh hijau juga dapat membantu mengendalikan pengeluaran peluh secara berlebihan. Untuk mengatasi masalah ketiak basah dan berbau, amalkan minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari.
4. Timun
Timun pun tak kurang hebatnya dalam mengatasi ketiak basah dan berbau. Potong nipis timun dan oleskan di bahagian ketiak anda. Getah yang terdapat pada timun inilah yang dikatakan membantu mengatasi ketiak basah secara semula jadi.
5. Minum banyak air putih
Jangan pandang sebelah mata kerana minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat mencegah ketiak basah dan berbau. Ini kerana tubuh memperoleh cairan dalam jumlah yang optimal, jadi suhu tubuh akan menurun dan menjadi lebih sejuk. Tentunya ini akan membantu kelenjar peluh menghasilkan peluh dalam jumlah yang normal dan tidak terlalu banyak.
6. Cuka putih + cuka epal
Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal akan membantu menstabilkan kelenjar peluh. Ambil campuran ini tiga kali sehari pada waktu perut kosong sebelum anda sarapan dan setengah jam sebelum atau sesudah makan. Jika anda tidak tahan dengan rasanya yang tajam, anda boleh mencampurkannya dengan setengah gelas air terlebih dahulu.
7. Jus tomato
Buah tomato memang kaya dengan vitamin dan antioksidan, selain membantu menstabilkan proses rembesan kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan pada bahagian ketiak anda.
8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Sirih atau nama saintifiknya Piper Betle adalah sejenis tumbuhan menjalar berdaun hijau dan lebar.
Selain Malaysia, sirih juga boleh didapati di beberapa negara lain seperti Indonesia, India dan Sri Lanka.
Kandungan dalam sirih
Sirih mengandungi minyak pati (essential oil) seperti kadinen, kavikol, sineol, eugenol dan karvakol. Eugenol sangat bermanfaat dalam bidang perubatan gigi kerana sifatnya yang antiseptik, antiinflammatori dan juga mempunyai kebolehan memberi rasa kebas kepada saraf gigi sekali gus mengurangkan sakit gigi. Eugenol ini sering digunakan dalam bahan tampalan sementara gigi bagi menghilangkan sakit gigi yang berlubang.
8 fungsi sirih yang ramai orang tak tahu!
1. Semangat perang
Pada zaman dahulu, daun sirih bertemu urat sering diberikan kepada pahlawan Melayu. Tujuannya adalah untuk memberi semangat kepada mereka sebelum berperang.
2. Penyeri wajah
Pada zaman dahulu juga, sirih dikatakan mempunyai aura yang tersendiri dan ia diberikan kepada gadis-gadis agar seri wajahnya semakin bertambah.
3. Hantaran perkahwinan
Daun sirih dijadikan sebagai kemudi hantaran dalam bentuk sirih tepak dan sirih junjung dalam adat perkahwinan Melayu dan penggunaannya relevan sehingga hari ini.
4. Halau makhluk halus
Mujarabnya juga, daun sirih sering menjadi pilihan masyarakat Melayu sebagai daun penawar bagi menghalang makhluk halus dalam perubatan tradisional.
5. Hilangkan bengkak
Dalam dunia perubatan moden pula, daun sirih mempunyai kebolehan menghilangkan bengkak. Sifat antiinflammatori daun sirih dapat mengurangkan bengkak gusi dan juga sifat antiseptiknya membunuh kuman pada permukaan gusi dan gigi.
6. Hentikan pendarahan
Sirih dapat mengurangkan pendarahan. Dalam daun sirih terkandung tannin yang bahan bersifat haemostatik dan boleh memberhentikan pendarahan dengan menggalakkan koagulasi darah . Namun tannin yang juga ada dalam daun teh, mempunyai warna yang boleh menyebabkan stain pada gigi. Sebab itulah kita lihat mereka yang mengunyah daun sirih akan mempunyai gigi yang tidak putih.
7. Hilangkan bau mulut
Dalam pada itu, daun sirih dan air rendaman daun sirih dipercayai dapat menghilangkan bau mulut. Saya percaya ini kerana sifat antikuman yang dimiliki dan juga kebolehan menghilangkan bengkak sekali gus memberhentikan pendarahan dapat membantu penyakit gingivitis yang selalunya memberikan bau busuk pada mulut pesakit.
8. Redakan ulser
Ada juga yang mengatakan rebusan air sirih jika dikumur dapat membantu meredakan ulser mulut kerana sifatnya yang menghilangkan sakit dengan memberi rasa kebas boleh membuatkan pesakit berasa sedikit selesa.
Semoga bermanfaat!