Apabila anda sakit, mesti anda tahu bahawa pengambilan makanan sihat merupakan salah satu faktor penting yang boleh mengawal keterukan simptom.

Jika anda selesema, minum air secukupnya, jika anda kerap berasa loya, ambil makanan yang berteraskan halia dan elakkan daripada mengambil makanan bergula atau makanan segera.

Bunyi macam senang, kan? Namun, perkara yang tidak semua individu tahu adalah sebahagian daripada makanan sihat yang telah anda senaraikan untuk ambil semasa sakit boleh menyebabkan simptom menjadi bertambah teruk.

Jika anda berminat, baca artikel ini untuk mengetahui tentang 8 makanan sihat yang TIDAK BOLEH diambil sewaktu anda sedang sakit.

#1: Sayur bayam

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Setiap individu digalakkan untuk mengambil 5 hidangan makanan berserat setiap hari. Tidak kiralah, sayur-sayuran atau buah-buahan, serat boleh melindungi diri anda daripada pelbagai jenis masalah kesihatan terutamanya kanser usus yang kian meningkat saban tahun.

Walau bagaimanapun, sesetengah sayur yang seringkali dianggap sebagai makanan sihat seperti bayam boleh menyebabkan simptom alergi yang anda alami menjadi semakin teruk.

Simptom alergi berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang dikenali sebagai histamin dirembeskan oleh sel mast bagi memulakan proses keradangan. Perkara ini berlaku terutamanya apabila badan mengesan kehadiran bahan luar yang dianggap sebagai alergen (bahan yang boleh menyebabkan alergi).

Walaupun sayur bayam tidak mengandungi jumlah histamin yang tinggi, tapi ia boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast. Perkara ini boleh menyebabkan simptom alergi anda menjadi bertambah teruk.

#2: Kekacang

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Seperti sayur-sayuran, kekacang mengandungi zink dan vitamin E. Kedua-dua nutrisi mikro ini penting bagi meningkatkan keupayaan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.

Secara logiknya, mungkin anda sangka makanan ini bagus untuk diambil sewaktu sakit. Namun begitu, memandangkan kekacang kaya dengan lemak, badan terpaksa bekerja keras untuk menghadamnya.

Perkara ini boleh menyebabkan simptom sakit perut dan menjadikan anda lesu. Badan anda akan kehilangan banyak tenaga yang sepatutnya digunakan untuk melawan jangkitan.

Oleh sebab itulah, anda perlu elak daripada mengambil makanan ini meskipun ia dianggap sebagai makanan sihat.

IKLAN

Kekacang juga boleh menggalakkan perembesan histamin oleh sel mast.

#3: Brokoli

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Ramai suka makan brokoli, kan? Jika anda salah seorang daripadanya, anda kena tahu bahawa sayur ini sukar untuk dihadam ketika anda sedang sakit.

Sama seperti kekacang, sayur brokoli juga kaya dengan vitamin dan serat. Namun, menurut Pakar Kesihatan usus, Mahmoud Ghannoum, sayur ini sukar untuk diproses terutamanya ketika anda sedang sakit berikutan kandungan seratnya yang tinggi.

Pastikan anda memilih makanan yang mengandungi serat yang rendah sewaktu anda sakit supaya ia senang untuk dihadam. Fokus utama seharusnya diberikan kepada proses melawan jangkitan.

#4: Keju yang dibiarkan lama

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Keju memang sedap terutamanya jika digandingkan dengan makanan yang lain. Namun, jika keju itu disimpan dalam masa yang lama dari tarikh pembuatannya, elakkan daripada mengambilnya.

Bergantung kepada jumlah keju yang diambil, ia boleh dianggap sebagai makanan sihat. Tapi, keju yang telah dibiarkan dalam tempoh masa yang lama mengandungi histamin yang sangat tinggi.

IKLAN

Keju mahal seperti Gouda, Swiss dan Parmesan juga tidak terlepas daripada perkara ini. Lebih senang jika anda tidak mengambil apa-apa makanan berkeju sewaktu anda sedang sakit.

Pengambilan keju ketika anda sedang sakit boleh menyebabkan simptom tersebut menjadi bertambah teruk.

#5: Makanan berjeruk

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Mungkin anda suka akan makanan berjeruk seperti kimchi, namun, anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menghadam tiramin, asid amino yang terkandung dalam makanan berjeruk.

Perkara ini boleh menyebabkan simptom sakit kepala terutamanya jika anda mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang besar.

Rantaian reaksi yang berlaku selepas pengambilan makanan berjeruk boleh menyebabkan kepala anda berdenyut kesan daripada pengembangan dan pengecilan saiz salur darah dalam kepala anda.

#6: Bersitrus

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Ketika anda mengalami sakit tekak, makanan bersitrus seperti buah oren boleh menyebabkan iritasi pada tekak.

IKLAN

Sama ada perlu mengambil makanan bersitrus atau tidak telah menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan ahli akademik.

Vitamin C dan kalium yang terkandung dalam makanan bersitrus mampu menjadi kunci kepada sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.

Namun, melihat kepada kesan sampingan yang boleh berlaku disebabkan oleh makanan bersitrus, lebih elok jika anda mendapatkan sumber vitamin dan kalium dari makanan sihat yang lain.

#7: Sayur mentah

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Jika anda mengalami simptom sakit tekak, pengambilan sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan iritasi pada tekak kesan daripada permukaan sayur yang keras, kasar dan tidak rata.

Renee Wellenstein, seorang doktor perubatan menyarankan supaya makanan sihat seumpama itu diambil setelah simptom sakit tekak reda.

Ia bagi memberikan keselesaan kepada pesakit.

#8: Makanan tenusu

Awas! Jangan Makan Brokoli & Kekacang Jika Tidak Sihat!

Jika anda mengalami simptom cirit-birit, enzim laktase (pencerna laktosa) berkurangan kesan daripada keradangan yang berlaku pada usus.

Oleh sebab bahan tenusu mempunyai kandungan laktosa yang sangat tinggi, enzim laktase penting bagi mencerna makanan tersebut.

Menurut Profesor Perubatan Gastrousus, Rabia De Latour, kekurangan enzim laktase boleh menyebabkan simptom cirit-birit, kekembungan dan sakit pada bahagian abdomen menjadi bertambah teruk.

Oleh itu, jika anda sedang sakit, lebih elok untuk anda mengurangkan pengambilan makanan tenusu.

Sumber: hellodoktor.com – Oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI