Awas, kerap terasa dahaga itu tandanya tubuh badan anda sedang dehidrasi. Bagi sesetengah orang yang percaya bahawa rasa dahaga tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum.

Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan.

Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.

Ada juga yang berpendapat warna air kencing juga boleh menandakan sama ada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak.

Awas, Jika Jernih maka Bagus, Jika Kekuningan Pula Anda Perlu Banyak Air. Jangan Terlebih Minum Air!Sekiranya warna air kencing anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik, manakala warna urine yang agak kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik.

Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.

IKLAN

Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambil kirakalori atau diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda.

Jika anda merasakan yang anda memerlukan air tanpa perlu meminum air, anda juga boleh mendapatkan bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 22.7 kg atau 50 lb. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.

IKLAN

Jadi jom kita main kira-kira. Sekiranya berat badan terkini anda 55 kg (atau 120 paun), jadi setiap hari anda perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air. Jumlah 2.4 liter jika disukat mengikut cawan, ia bersamaan dengan 250 ml, maka anda perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.

Kena Minum 4.4 liter air ?
Awas, Jika Jernih maka Bagus, Jika Kekuningan Pula Anda Perlu Banyak Air. Jangan Terlebih Minum Air!
Jadi, cuba bayangkan jika anda atau kawan yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga 100kg (atau 220paun)? Ini bermakna dia perlu minum sebanyak 4.4 liter air. Wah! banyak betul, kan.

Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut.

IKLAN

Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing.

Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan.

Bahaya minum terlalu banyak sebelum bersenam
Awas, Jika Jernih maka Bagus, Jika Kekuningan Pula Anda Perlu Banyak Air. Jangan Terlebih Minum Air!
Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.

Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, iaitu ia bukan semata-mata air kosong.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI