Apa itu Tech Neck? Pasti anda tertanya-tanya bukan mengapa ia di panggil Tech Neck? Tech Neck adalah masalah kesakitan dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan technologi seperti gadget.
Bayangkan sekiranya ada kampit beras dengan berat 27 kg diletakkan di atas tengkuk anda sepanjang hari. Pasti tekanan di leher dapat dirasai bukan? Itulah yang berlaku sekiranya anda tunduk melihat gadget sepanjang hari.
Dalam posisi menegak, tengkuk boleh menampung berat kepala (4.5-5.4kg). Apabila anda tunduk ke bawah, beban berat ini akan meningkat sehingga 2 kali ganda!
Ads
Semakin anda tunduk, dengan dagu rapat menyentuh ke dada, semakin tinggi beban berat yang tengkuk perlu tanggung.
Antara Gejalanya ialah sakit atau lenguh tengkuk, bahu serta akan mengakibatkan anda sakit kepala. Silap hari bulan akan mengakibatkan sesak nafas serta lenguh dan kebas tangan.
Sekiranya berterusan, masalah yang lebih serius menanti. Tulang tengkuk akan alami radang dan mula haus. Saraf tunjang boleh terhimpit dan saraf di tangan boleh rosak.
Antara yang boleh ada lakukan sekiranya anda ada gejala-gelaja seperti di atas adalah berhenti tengok phone seketika, berikan otot anda berehat dengan baring tegak selama beberapa minit atau buatkan senaman leher dan bahu untuk menjalankan darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mempunyai dada yang tegap dan bidang adalah satu impian setiap lelaki yang ingin tampil lebih perkasa. Bila MASKULIN menyebut tentang dada yang tegap ia bukanlah bermakna anda harus membina otot yang terlalu besar dan bagak.
Ia cukup hanya untuk menampakkan bentuk badan bersifat maskulin yang lebih tegap dan nampak steady. Terdapat pelbagai jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan bahagian torso nampak lebih berotot dan pejal.
Salah satunya ialah senaman yang MASKULIN kongsi di bawah. Anda boleh lakukannya selama 8 minggu dengan mengikuti langkah-langkah susunan berikut. Selamat mencuba!
Lakukan senamam di bahagian dada ini sebanyak 2 ke 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya selang rehat sehari. Lengkapkan sebanyak tiga set senaman dengan selang rehat selama kira-kira dua minit. Sasarkan agar anda melakukan antara 10 hingga 15 reps. Namun ingat jangan paksa diri melakukan secara berlebihan untuk mengelak kecederaan.
Sama seperti press-up biasa cuma kedudukan tangan lebih lebar daripada bahu.
Mulakan dengan kedudukan standard press-up. Gerakkan tangan kanan rapat ke tangan kiri. Manakala tangan kiri digerakkan ke kedudukan lebih jauh. Lakukan press-up dan ulang ke bahagian kanan. Ia merupakan dua press-up tetapi dikira sebagai satu reps.
Press-up yang dilakukan dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan dengan ibu jari dan jari telunjuk dan membentuk diamond.
Untuk melakukan senaman ini anda perlu mendapatkan sebuah kotak kecil. Lakukan press-up dengan tangan kanan di atas lantai dan tangan kiri di atas kotak. Kemudian tukar kedudukan tangan yang berada di atas kotak dan lengkaplah satu reps.
Lakukan press-up dengan tangan kiri di atas kotak. Dari kedudukan asal angkat tangan kanan ke kiri. Manakala angkat tangan kiri ke atas lantai dengan kedua-dua bahagian bahu melebar. Lakukan press-up dan lengkap satu reps!
Sama seperti diamondpress-up cuma bezanya ia dilakukan di atas kotak bagi memberi kedudukan badan lebih tinggi. Rapatkan tangan dengan jari membentuk diamond dan lakukan press-up.
Tetapkan kedudukan seperti di atas. Lakukan press up dan dan semasa badan dinaikkan alihkan kedua-dua tangan ke atas lantai dengan cepat. Ulang perkara sama dan kali ini naikkan semula tangan ke atas kota. Senaman ini akan memberikan kesan yang besar di bahagian lengan dan perut.
Untuk dua minggu pertama anda akan rasakan perubahan di bahagian torso. Ini merupakan fasa di mana anda telah berjaya membina asas utama dan mendapatkan stamina kekuatan baru. Ya, ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan. Tapi dengan keazaman dan perancangan anda pasti boleh.
Dalam minggu yang ketiga senaman anda akan bertambah laju dan gerakan ketika melakukan senaman ini juga makin lancar. Itu menandakan badan anda telah selesa. Jika dilakukan dengan betul dalam tempoh 8 minggu pasti anda berjaya dapatkan dada yang bidang serpeti diimpikan.
Good luck!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda seorang yang aktif, sukan sana sini. Tapi masih ada masalah perut buncit. Adakah masalah tak cukup bersenam atau masalah makan?
Korang dah buat belum perkara-perkara ni?
Kalau dah namanya rakyat Malaysia, mesti rajin campurkan masa makan. Contoh seperti Brunch gabungan Breakfast dan Lunch. Atur kembali masa makan anda. Jangan lewat.
Makan nasi berlauk tiada masalah tapi jangan berlebihan nasi dan kuahnya. Cukup sekadar mengisi masa untuk snek. Portion nasi ikut pinggan sihat. Elakkan jenis minuman bersusu pekat manis atau cair. Minum jenis O atau kurang gula atau air suam. Amalkan suku suku separuh.
Bawa bekal snek. WAJIB! kalau tak nanti kebulur sebelum sampai masanya. Bawa dalam beg atau poket seluar. Contoh bawa buah Epal atau Pear, roti Gardenia 80 sen, kuih Pau bungkus dari kedai sebiji, biskut Crackers yang dalam paket. Ini boleh menjimatkan masa anda. Makan dalam 2 jam- 3 jam selepas breakfast bagi mengawal saka anda.
Besi-besi dalam gym turut membantu. Selain fokus kardio kita kena fokus naikkan otot dada. Bila dada besar sikit, perut tak nampak. Ingat, anda bukan nak jadi Sado, tapi anda nak hilangkan perut anda, jadi tak perlu aktif sangat main besi tu.
Freelatics, Tabata, Cardio semua membantu menurunkan berat badan. Jangan sangka senaman-senaman ini kurang impak, sebenarnya jika anda betul-betul fokus, hasilnya memang lumayan. Variasikan senaman ikut masa dan kemampuan kita.
Anda perlulah konsisten. Kalau jaga betul-betul jumlah makanan mesti boleh turunkan perut buncit. At least 2 minggu boleh nampak dah beza kat perut.
Selamat mencuba dan mulakan hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Wei.. nampak bengkak tak mata aku ni?” Itulah adalah persoalan yang diajukan sebaik sahaja seseorang itu rasa macam sakit mata.
Sakit mata ini boleh terjadi kerana beberapa punca seperti :
Virus boleh menjadi penyebab sakit mata. Biasanya gejala yang timbul adalah mata berair, gatal, merah, terasa bengkak dan mengalas pade bahagian mata.
Selain virus, ada beberapa jenis bakteria juga boleh menyebabkan sakit mata seperti bakteria staphylococcus dan bakteria pneumoccocus. Mata juga akan terase pedih dan akan keluar kotoran atau yang berwarna kuning. Waktu bangun pagi, mata akan susah dibuka kerana melekit akibat banyak kotoran yang keluar. Mata terasa panas seperti ada benda asing yang masuk.
Alahan yang berlaku pada mata juga boleh menyebabkan sakit mata. Kadang-kadang mata juga akan terasa bengkak seperti terisi cecair di dalamnya.
Luka pada mata juga boleh menjadi punca sakit mata. Jika tidak dirawat dengan betul, luka pada mata boleh menyebabkan jangkitan.
Sekiranya anda sedang mengalami masalah sakit mana ini, apa kata anda cuba selesaikan dengan menggunakan 10 cara tradisional ini :
Anda boleh gunakan madu lebah untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titiskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Cuci mata anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.
Rendam mata dalam air garam. Caranya, buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.
Gunakan daun sirih untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Kemudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik. Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.
Titiskan susu ibu ke dalam mata. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.
Timun boleh digunakan untuk merawat sakit mata. Caranya sediakan timun yang besar. Kemudian dihiris tipis-tipis dan tampal pada mata selama beberapa saat. Sifat anti bakteria yang terdapat pade timun membuatkannya sangat mujarab untuk mengatasi sakit mata. Selain itu, timun juga dapat memberikan kesegaran kepada mata.
Selain timun, hirisan kentang juga mempunyai manafaat yang mujarab untuk menyembuhkan mata yang sakit dan merah. Ambil kentang yang masih segar dan cuci bersih, Kemudian hiris tipis-tipis dan letak di atas mata. Kesegarannya akan membuatkan mata jadi lebih tenang dan terasa sejuk sehingga rasa gatal pada mata akan hilang.
Cara merawat sakit mata yang merah dengan semula jadi juga boleh dilakukan dengan air mawar. Caranya juga begitu praktikal kerana boleh dilakukan sendiri di rumah. Amil bunga mawar dan masukkan dalam air bersih, gunakan air mawar tersebut untuk membasuh mata. Lakukan dengan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Titikkan air zam-zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.
Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.