Dalam masa beberapa hari ini semakin ramai yang akan pulang ke kampung menempuhi perjalanan jauh. Dan ada yang akan memandu dalam tempoh waktu yang lama.

Perkara ini perlu diberikan perhatian sebaik mungkin terutamanya buat anda yang memandu. Ini kerana ia telah dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kecederaan belakang serius seperti slipped disc.

Awasi Kondisi Belakang Bila Memandu Lama, Punca Utama Berlakunya Slipped Disc

Penyakit slipped disc merupakan antara kecederaan yang sering dialami ramai golongan lelaki pada masa kini. Ia merupakan antara kecederaan dan kondisi tulang belakang yang paling ditakuti kerana memberikan kesan ketara terhadap kehidupan seseorang.

Mungkin ramai antara anda yang faham bahawa slipped disc ini ialah keadaan di mana kedudukan tulang belakang bengkok. Dan pengidapnya biasa mengalami rasa sakit dan kebas di bahagian tangan, leher, belakang dan kaki. Malah ada kes yang kronik menyebabkan penghidapnya berdepan kesakitan melampau; malah jika disentuh bahagian belakang mereka akan meraung kesakitan.

Awasi Kondisi Belakang Bila Memandu Lama, Punca Utama Berlakunya Slipped Disc

Menyedari akan betapa seriusnya kondisi slipped disc yang sering berlaku di kalangan orang ramaiseorang doktor iaaitu Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar telah membuat satu perkongsian menarik di halaman Facebook.

Menurutnya semakin ramai masyarakat terutamanya golongan muda menghidap slipped disc kerana beberapa punca utama. Jelasnya slipped disc boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang tetpai yang paling biasa ialah di kawasan pinggang. Nak tahu apa 5 punca utama mengapa slipped disc ini boleh berlaku?

Awasi Kondisi Belakang Bila Memandu Lama, Punca Utama Berlakunya Slipped Disc

IKLAN

Ikuti perkongsian daripada Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar di bawah;

Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya, “pernah dengar pasal Slipped Disc?”

Dia jawab, “Masalah tidur (sleep) ke doktor?” 

Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.

Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

IKLAN

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.

Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan / dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.

PUNCA

Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut.. so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat… dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

IKLAN

Awasi Kondisi Belakang Bila Memandu Lama, Punca Utama Berlakunya Slipped Disc

Walau bagaimanapun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara puncanya:

  • Trauma / jatuh / accident
  • Obesiti — berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
  • Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok
  • Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yg akan support tulang belakang)
  • Selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN

Tak semua Slipped disc perlu pembedahan,

Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.

Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan ( inflammation).

Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.

Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail…Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.

Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI