Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
Ads
Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Ads
Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.
Ads
Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktor kacak, Meerqeen tampil menjelaskan keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial demi memberi tumpuan kepada fasa baharu dalam kehidupannya.
Dalam temubual bersama Era, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak mengulas panjang, namun mengakui bahawa dia kini mahu memulakan hidup baru dan mengambil masa untuk berehat, khususnya daripada dunia media sosial.
Menurut Meerqeen, keputusan untuk berehat daripada media sosial bukanlah sesuatu yang dibuat secara tergesa-gesa.
Ia hadir daripada keinginan untuk lebih fokus terhadap diri sendiri dan hala tuju hidupnya.
“Saya rasa sudah tiba masa untuk saya memberi ruang kepada diri sendiri dan menilai semula apa yang penting dalam hidup,” ujarnya dengan nada tenang.
Bagi pelakon muda ini, tempoh rehat menjadi cara terbaik untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.
Dunia hiburan yang penuh tekanan dan tumpuan media membuatkan Meerqeen berehat dari media sosial sebagai langkah penting untuk menjaga kestabilan mental serta emosi.
“Kadang-kadang kita perlu undur selangkah untuk melihat dengan lebih jelas ke hadapan,” tambahnya lagi.
Menariknya, di sebalik tempoh rehat tersebut, Meerqeen turut mendedahkan bahawa dirinya sedang membuat persiapan untuk melebarkan sayap ke Hollywood.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci bentuk persiapan yang dilakukan, kenyataan itu memberi bayangan besar bahawa bintang muda ini sedang melangkah ke peringkat antarabangsa.
Langkah Meerqeen berehat dari media sosial dilihat selari dengan hasratnya untuk memberi tumpuan kepada pembangunan diri dan karier.
Sebelum ini, bekas peserta Hero Remaja itu pernah menyuarakan cita-citanya untuk menembusi pasaran antarabangsa selepas berjaya mencuri perhatian peminat di Indonesia.
Difahamkan, dia kini turut berehat daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan sepenuhnya terhadap persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya tidak lama lagi.
Keputusan Meerqeen berehat dari media sosial menjadi contoh positif bahawa kematangan tidak diukur melalui usia semata-mata, tetapi melalui keupayaan mengenali keperluan diri.
Dalam dunia yang serba pantas dan penuh distraksi, keberanian untuk mengambil masa berehat adalah satu kekuatan.
Peminat pastinya menghormati langkah ini dan menantikan kemunculan semula pelakon muda ini dengan tenaga serta semangat baharu.
Tanpa ragu, ramai menantikan kemunculan semula Meerqeen dengan tenaga baharu, imej segar, dan mungkin dengan kejayaan besar di pentas antarabangsa sesuatu yang akan membanggakan industri seni tanah air.
Hai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?
Sebenarnya tidak semua jenis salad dibolehkan atau disarankan untuk diambil ketika berdiet. Sayuran atau buah-buahan yang segar serta dressing rendah lemak merupakan salad yang baik untuk diet anda. Namun, seringkali kita pasti tergoda untuk menambahkan rasa tambahan yang lain seperti krim, mayonis atau pun keju ke dalamnya. Jika anda sedang berdiet, pastikan anda tidak mengambil jenis-jenis salad seperti di bawah ini.
1. Salad Caesar
1 porsi sayur dalam salad caesar mengandungi 382 kalori. Ia memang menyihatkan tetapi tetapi pastikan anda tidak menambahkan keju dan heavy dressing ke dalam menu ini kerana dibimbangi akan merosakkan diet dan kalori yang sedia ada.
2. Salad Greek
Kandungan nutrisi yang terkandung dalam sayur salad, tomato, timun, bawang bombay dan lain-lain memang menyihatkan. 1 porsi salad Greek mengandungi kira-kira 313 kalori (tanpa tambahan dressing dan keju). Namun, jika anda menambahkan ia dengan minyak zaitun, keju dan dressing lain secara berlebihan, besar kemungkinan salad anda mengandungi lebih tinggi kalorinya seterusnya ia pasti akan membuatkan diet anda gagal.
3. Salad Coleslaw
Salad ini merupakan antara salad popular dan lebih digemari lebih-lebih lagi kalau digandingkan bersama kentang goreng atau kentang putar. Wah, feeling makan set kfc peulak ye sampai tak toleh kiri kanan. Namun begitu, apa yang menyebabkan anda perlu menjauhi salad coleslaw ini adalah kerana penggunaan mayonis yang menjadi pelengkap dan penyedapnya. Jika ingin menjamahnya tidak salah tetapi jangan berlebih-lebihan atau jadikannya amalan kerana 1 mangkuk kecil salad coleslaw (dengan mayonis) mengandungi kalori yang tinggi, iaitu hampir 450 kalori.
4. Salad Pasta
Ramai tak kat sini peminat pasta? Pasta mudah didapati dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara masakan termasuklah dibuat salad. Namun begitu, mengapa anda perlu mengurangkan atau menghindari makanan ini adalah kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi. Jika anda sedang menjalani diet karbo, elakkan makanan ini ya.
5. Salad Russian
Satu perkataan yang boleh digambarkan bila melihat salad ini…’Creamy!’Seperti salad coleslaw, salad ini dilimpahi dengan sos krimnya yang pasti menyelerakan. Tetapi ambil peringatan ya.1 porsi salad Russian mengandungi 579 kalori, berbanding jika anda memakan sayurnya sahaja, nilai kalorinya sekitar 118 kalori. Jadi, cuba bayangkan berapa kalori yang terkandung dalam krimnya sahaja.
SUMBER : DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trilogi konsert agung Dato’ M. Nasir akhirnya menemui kemuncaknya. Pada 27 September 2025, Axiata Arena Kuala Lumpur bakal menjadi pentas kepada Konsert Dato’ M. Nasir Cipta 3.
Ia bakal mengumpulkan ribuan peminat untuk malam penuh semangat, warisan muzik dan penghormatan terhadap karya agung maestro disegani ramai ini.
Lebih menarik konsert kali ini mendapat sokongan dua nama besar iaitu Harley-Davidson dan Etiqa sebagai rakan strategik utama. Konsert ‘Cipta 3’ bukan sahaja tampil sebagai persembahan muzik semata-mata, tetapi satu peristiwa budaya yang bakal dikenang.
Kerjasama di antara M. Nasir, Icon Entertainment, Harley-Davidson dan Etiqa menjadikan pentas Cipta 3 sebagai wadah yang mempertemukan ekspresi muzik, gaya hidup dan semangat komuniti.
Bertemakan “Malam Ini Gua Rock,” konsert ini akan mengetengahkan sisi rock M. Nasir dengan persembahan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian beliau yang pernah merentasi dekad dan meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar.
Penonton dijemput untuk hadir dalam gaya bebas bertemakan “Rock Cara Lu… Janji Rock,” sebagai simbol kebebasan berekspresi dan meraikan jiwa rock dengan cara masing-masing.
Antara kejutan istimewa pada malam tersebut ialah pemberian sebuah motosikal Harley-Davidson model Softail STD FXST yang bernilai RM114,000 lengkap bersama insurans motosikal daripada Etiqa.
Hadiah eksklusif ini akan dihadiahkan secara ikhlas oleh M. Nasir kepada salah seorang pembeli tiket bertuah yang hadir malam itu. Proses pemilihan adalah terbuka kepada semua pemegang tiket dari mana-mana kategori yang ditawarkan.
Menurut Pengasas Icon Entertainment:Iman Tang, “Ini sebuah kerjasama yang baik antara pihak Dato’, Icon Entertainment, Harley-Davidson dan Etiqa yang akan membawakan konsep rock pada 27 September itu kelak.
“Yang penting pemenang dipilih hanya daripada pembeli tiket sahaja dari mana-mana kategori yang disediakan.”
Dalam semangat keterlibatan digital, Etiqa memainkan peranan utama dalam memudahkan akses kepada pengalaman konsert ini.
Menerusi aplikasi Etiqa Plus, peminat telah mendapat akses awal kepada tiket pra-jualan bermula pada 3 Julai 2025 selama 24 jam, sebelum ia dibuka kepada umum pada 4 Julai.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etiqa Insurans dan Takaful, Kamaludin Ahmad, berkata
“Etiqa teruja untuk bekerjasama dengan Dato’ M. Nasir dan ICON Entertainment untuk pelancaran Konsert Dato’ M. Nasir Cipta 3.
“Ini sebuah pengalaman yang dipacu oleh penglibatan digital. Menerusi aplikasi Etiqa Plus, orang ramai akan mendapat akses awal kepada tiket pra-jualan konsert ini bermula 3 Julai 2025 selama 24 jam.
Bagi mereka yang terlepas peluang, Etiqa turut menyediakan kempen-kempen menarik di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi tiket konsert. Nantikan maklumat lanjut,” jelasnya lagi.
Ketahui fakta sebenar tentang protein bar untuk lelaki aktif — adakah ia benar-benar sihat atau sekadar snek berkalori tinggi? Fahami cara pilih dan guna protein bar dengan bijak supaya badan kekal fit dan bertenaga.