Foto: Instagram Norman Hakim

Di kalangan selebriti yang cukup MASKULIN kagumi, Norman Hakim sentiasa berkongsi kegiatan kecergasan dan kesihatannya di laman media sosial terutamanya di Instagram.

Pelakon, hos dan selebriti serba boleh ini sudah sejak sekian lama menjadi ikon kecergasan yang cukup dikagumi ramai oleh peminat. Jadi tidak hairanlah setiap hantaran yang dilakukannya di laman media sosial mendapat sambutan serta respons yang memberangsangkan.

Menerusi satu hantaran terbaru, Norman Hakim berkongsi pengalamannya dalam penjagaan kesihatan. Dan perkongsian kali ini bertumpu kepada kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Seperti mana kita semua sedia maklum, kolesterol yang tinggi boleh menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit terutamanya penyakit jantung.

Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan saluran dalam jantung menjadi tersumbat dan sekali gus jadi punca serangan jantung.

IKLAN

Dalam perkongsian tersebut Norman melahirkan rasa terkejut selepas mendapati dirinya disahkan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Perkara ini memang cukup mengejutkan bukan sahaja untuk dirinya tetapi peminat yang mungkin menyangka kondisi fizikalnya yang baik tidak mencerminkan masalah seperti itu.

“Since korang sangat responsive kat story, dengar sharing saya ni sampai habis sebab agak penting jugak untuk semua. Saya bukan saja-saja nak lower-kan bodyfat atau nak kejar 8 packs semata-mata. Tapi percaya atau tak,saya ada issue kolestrol sangat tinggi. Itu BIG WHY saya untuk trouble shoot issue ni.

“Kolestrol saya start naik awal tahun lepas (5.3 at 5/2/20) SWIPE FOR DATA. Masuk pertengahan tahun lepas (4/8/20) makin naik (6.2) sampai la ke awal tahun ni (6.6 at 30/3/21) dah cecah ke ‘boarder line’. Doktor saya cakap kalau pertengahan tahun ni tak turun jugak, saya kena buat angiogram untuk check takut ada blockages sebab saya dalam circle faktor keturunan,” jelas Norman Hakim.

IKLAN

Norman juga tertanya-tanya kerana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kecergasan atau fitness tetapi boleh berdepan dengan masalah kolesterol.

Rupa-rupanya selepas dijelaskan oleh doktor dia mendapati selain faktor keturunan, faktor pemakanan juga menjadi penyumbang utama. Selepas mengetahu perkara tersebut, Norman terus menukar corak pemakanan serta corak rutin senaman hariannya.

IKLAN

“Cara exercise saya pun ditukar kepada intense training similiar macam tabata secara teori & praktikal. Bila sampai masa untuk the next check up (21 & 22/6/21) memang seram tapi ada keyakinan yang kolestrol akan drop.

“Tapi Maha Kuasa Allah tak sangka dia punya drop to the maksimum, dari last reading 6.6 (30/3/21) turun ke 2.3 (22/6/21). Doc pun terkejut,tanya apa yg saya buat. Saya pun share from A to Z. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

Semoga perkongsian Norman Hakim ini memberikan peringatan kepada kita semua. Jangan dikaburi dengan bentuk badan yang tegap tapi bebas dari masalah kolesterol. Norman juga memberi nasihat agar kita semua sentiasa mengambil langkah pencegahan dan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI