Suatu ketika dahulu bila bercakap tentang penguasaan global industri muzik nama-nama besar di Amerika Syarikat, Britain atau di Eropah pasti menjadi sebutan ramai.

Namun kini dunia sudah berubah. Malah corak penggemar muzik mendengar lagu juga telah berubah dengan begitu drastik sekali. Himpunan artis-artis global kini tidak lagi bersaing dalam skop yang kecil kerana kepelbagaian platform digital menjadikan ia lebih kompetitif.

Antara angka yang sering dijadikan sebagai penanda aras bagi penyanyi dan pengkarya muzik ialah jumlah view video mereka di laman YouTube.

Tahun ini sahaja telah menyaksikan rekod jumlah tontonan dalam masa 24 jam telah bertukar tangan sebanyak beberapa kali. Blackpink menerusi ‘Kill This Love’ memadamkan rekod Ariana Grande (‘thank u, next’) dengan jumlah 56.7 juta view dalam masa sehari.

Badshah, Rapper India Pecah Rekod BTS Untuk Video Tontonan Paling Tinggi
Rapper yang telah tular di peringkat global, Badshah!

BACA: 8 Pilihan Mask Agar Kulit Anda Licin Seperti Selebriti Lelaki Korea!

IKLAN

Rekod grup 4 jelitawan itu pula kemudian dipadamkan oleh BTS dengan lagu popular terbaru, ‘Boy With Luv’. Kuasa K-pop jelas boleh kita perhatikan di sini.

Namun tanpa disangka-sangka hanya selepas kira-kira 3 bulan menduduki takhta itu, BTS telah dipintas oleh seorang rapper yang namanya mungkin agak asing bagi peminat di Malaysia dan global.

KUASA BOLLYWOOD?

Rapper yang berasal dari India membawa persona nama Badshah telah memecahkan rekod BTS dengan video ‘Paagal’.

IKLAN

Muzik video lagu terbaru Badshah itu mencatatkan jumlah tontonan 75 juta view. Lebih hebat lagi ini merupakan pencapaian terbaik daripada penyanyi solo lelaki di YouTube!

Akan tetapi hingga sekarang masih belum ada pengumuman rasmi yang dilakukan oleh pihak YouTube, berbea dengan pencapaian yang dilakukan oleh artis sebelum ini.

Menurut laporan, pihak YouTube kini sedang menilai dan melihat rekod ini sama ada ia dicapai dengan cara yag sah atau sebaliknya.

IKLAN

Badshah, Rapper India Pecah Rekod BTS Untuk Video Tontonan Paling Tinggi

TUDUHAN DAN DAKWAAN

Ini kerana muncul tuduhan yang mendakwa Badshah dan syarikat rakamannnya telah membeli jumlah view sehingga ia berjaya memecah rekod yang dipegang oleh BTS.

Desas-desus itu mendakwa video ‘Paagal’ telah mendapat pertolongan daripada servers farms dan juga bots, dua kaedah digital yang memberikan jumlah fake views.

Bagi pihak Badshah pula, dia menyelar tindakan yang diambi oleh YouTube dan menganggap telah berlakunya sikap pilih kasih terhadap artis sepertinya yang berasal dari India.

Fake views atau tidak, dia telah berjaya mencipta satu rekod yang benar-benar luar biasa. Adakah rekod ini akan terus diiktiraf ramai? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI