Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal.
Ads
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ‘demam patah tulang’ atau breakbone fever.
ii) Demam denggi berdarah.
Ads
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ‘demam berdarah Filipina’.
Jom kita pelajari, bagaimana lelaki ini berjaya menghapuskan 8000 ekor nyamuk dalam masa 2 hari.
Dan jangan tak tahu jerawat yang tumbuh di bahagian tubuh badan juga petanda kekurang atau masalah pada tubuh badan .
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat pada bahagian dahi kita. Orang yang mempunyai jerawat pada dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air yang banyak.
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bintang Hollywood, Tom Cruise, dilaporkan membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan apartmen mewah bernilai £35 juta (RM188.6 juta) miliknya di One Hyde Park, London, selepas merasakan kawasan itu tidak lagi selamat.
Keputusan tersebut dikaitkan dengan satu insiden rompakan bersenjata yang berlaku di sebuah kedai Rolex di bawah bangunan apartmen berkenaan, sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di antara lokasi paling eksklusif di ibu kota Britain.
Menurut sumber terdekat Tom Cruise, pelakon berusia 63 tahun itu kini merancang untuk kembali ke Amerika Syarikat selepas serangan tersebut mengubah pandangannya terhadap kehidupan di London.
“Kejadian ganas itu mengesahkan kekurangan keselamatan mencukupi di sekitar apartmen mewah di London. Dia dulu suka berjalan di kawasan itu, tetapi dia rasa bandar ini semakin tidak selamat sejak dua tahun kebelakangan ini,” kata sumber tersebut.
Kedai Bucherer menjadi sasaran enam perompak bersenjata yang menggunakan parang, tukul besar dan kecil, serta peralatan khas untuk memecahkan kaca tebal.
Mereka turut mengugut pengawal keselamatan sebelum melarikan sekitar 20 jam tangan mewah Rolex. Serangan itu hanya berlangsung kira kira tiga minit sebelum kumpulan terbabit meloloskan diri menaiki motosikal.
Tom Cruise sebelum ini terkenal dengan rutin larian pagi di Hyde Park, yang terletak betul betul bertentangan dengan apartmennya.
Beliau juga sering dilihat menaiki helikopter dari Battersea Heliport ke kawasan desa England, menjadikan London bukan sekadar lokasi kerja, tetapi juga tempat rehat peribadi.
Media tempatan Britain turut melaporkan pekerja dilihat mengeluarkan barangan peribadi Cruise dari apartmen tersebut susulan keputusan mendadaknya untuk berpindah.
“Dia cintakan London dan gaya hidupnya di situ. England adalah pusat kerja dan tempat privasinya, tetapi peningkatan jenayah membuatkan dia berfikir semula untuk terus tinggal di Knightsbridge,” tambah sumber berkenaan.
Walaupun dikenali sebagai kawasan elit, Knightsbridge dan Belgravia kini menyaksikan peningkatan kes jenayah melibatkan kumpulan motosikal yang menyasarkan pelancong dan penduduk kaya.
Statistik Metropolitan Police menunjukkan sebanyak 295 jenayah direkodkan di kawasan tersebut pada November 2025 sahaja, hampir separuh daripadanya berlaku berhampiran Harrods.
Beberapa butik mewah turut menjadi sasaran rompakan serupa sejak kebelakangan ini.
Kawasan itu juga dikejutkan dengan insiden tragik tahun lalu apabila seorang lelaki berusia 24 tahun, Lou Stevens, maut ditikam berhampiran hotel Park Tower Knightsbridge. Pembunuhnya masih belum dikenal pasti.
Tom Cruise sebelum ini sering menyatakan kekagumannya terhadap budaya Britain dan keindahan London.
Dalam satu wawancara bersama Mirror pada 2022, beliau berkata, “Saya suka berjalan di jalanan London dan melihat mercu tanda bersejarah, serta kawasan desa Britain seperti yang sering digambarkan dalam filem Amerika.”
Sejak berpindah ke UK pada 2021, Cruise turut menghadiri pelbagai acara besar termasuk Platinum Jubilee Ratu Elizabeth, Wimbledon, Grand Prix Britain, serta konsert Adele dan The Rolling Stones di Hyde Park.
Beliau juga diraikan bersama selebriti terkenal seperti David Beckham, Gordon Ramsay dan James Corden.
Insiden ini mencerminkan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat di beberapa kawasan paling eksklusif di London.
Bagi figura berprofil tinggi seperti Tom Cruise, keputusan meninggalkan kehidupan mewah di Knightsbridge menunjukkan bahawa walaupun status dan lokasi premium, faktor keselamatan tetap menjadi keutamaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki botak kelihatan ‘menawan’ dan seksi pada pandangan mata wanita. Dalam dunia moden hari ini, persepsi terhadap penampilan fizikal semakin berkembang dan berubah. Salah satu trend yang semakin mendapat perhatian ialah lelaki botak.
Dahulu, botak sering dianggap sebagai tanda penuaan atau kekurangan, namun kini, ia semakin dilihat sebagai satu simbol kejantanan, kematangan dan juga daya tarikan tersendiri.
Menariknya, ramai wanita kini berpendapat bahawa lelaki botak mempunyai daya seksi yang unik.
Antara faktor utama yang menjadikan lelaki botak kelihatan menarik di mata wanita ialah keyakinan diri yang mereka tonjolkan. Lelaki yang menerima penampilan mereka dengan hati terbuka dan tampil yakin dengan gaya botak selalunya memancarkan aura yang kuat. Keyakinan ini membuatkan mereka kelihatan lebih berkarisma dan dominan — dua ciri yang secara semula jadi menarik perhatian wanita.
Lelaki botak juga sering dikaitkan dengan kematangan dan kejantanan. Penampilan yang bersih dan kemas tanpa rambut ini memberikan imej seorang lelaki yang tegas, berani dan tidak takut menunjukkan identiti diri. Ramai wanita berpendapat bahawa lelaki botak kelihatan lebih “maskulin” berbanding mereka yang berambut panjang atau bergaya moden. Ini mungkin kerana mereka dilihat seperti tidak terlalu mementingkan gaya yang berlebihan, sebaliknya lebih fokus kepada personaliti dan pencapaian diri.
Botak bukan hanya tentang tidak mempunyai rambut — ia juga mencerminkan kebersihan dan penjagaan diri. Lelaki yang memilih untuk mencukur kepala mereka selalunya sangat menitikberatkan aspek kekemasan. Penampilan botak yang digilap dengan baik menunjukkan bahawa mereka mengambil masa untuk merawat diri dan menampilkan diri secara profesional, sesuatu yang sangat dihargai oleh wanita.
Pengaruh media juga tidak dapat dinafikan dalam membentuk persepsi masyarakat. Beberapa selebriti lelaki botak seperti Dwayne “The Rock” Johnson, Vin Diesel, dan Jason Statham telah berjaya menonjolkan imej lelaki botak sebagai simbol kekuatan dan keperibadian yang menarik. Kehadiran mereka di skrin sebagai hero atau watak dominan telah mengukuhkan lagi pandangan bahawa lelaki botak itu seksi.
Tanpa rambut yang menjadi fokus utama, perhatian lebih diberikan kepada raut wajah dan ekspresi lelaki botak. Ini membolehkan wanita melihat dengan lebih jelas ciri-ciri wajah seperti mata, bentuk rahang, dan senyuman. Selain itu, tanpa ‘perlindungan’ gaya rambut, lelaki botak seringkali menonjolkan personaliti sebenar mereka, menjadikan mereka kelihatan lebih tulen dan jujur.
Penampilan botak bukan lagi satu kekurangan, malah kini dianggap sebagai kelebihan yang mencetuskan daya tarikan tersendiri. Di mata wanita, lelaki botak bukan sahaja seksi kerana rupa fizikal mereka, tetapi kerana keyakinan, kematangan dan personaliti yang mereka bawa bersama gaya tersebut.
Maka, bagi lelaki yang mengalami keguguran rambut atau mempertimbangkan untuk mencukur kepala, ketahuilah bahawa botak bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada penampilan yang lebih berani dan memikat.
Kalau nak tambah gaya, boleh cuba gabungkan dengan janggut rapi dan pakaian yang kemas. Percayalah makin ramai yang pandang dua kali!
Khairul Aming berjaya menurunkan 24kg dalam setahun menerusi pemakanan bersih dan rutin senaman konsisten walaupun sibuk menguruskan kandungan serta perniagaan.