Berjalan kaki tanpa mengenakan kasut mungkin sesuatu yang anda lakukan di rumah sahaja. Tetapi bagi sesetengah orang, berjalan dan bersenam dalam keadaan berkaki ayam adalah amalan yang mereka lakukan setiap hari.
Apabila anak kecil belajar berjalan, proses ini berlaku secara semula jadi, dan tanpa kasut. Ini disebabkan kasut boleh mempengaruhi bagaimana seorang anak menggunakan otot dan tulang kaki mereka. Kanak-kanak juga menerima maklum balas daripada tanah apabila mereka berkaki ayam, dan ini meningkatkan kesedaran orientasi badan pada ruang (proprioception).
Apabila kanak-kanak semakin membesar, kita memberikannya kasut dan mereka kehilangan manfaat berkaki ayam. Disebabkan itu, penyokong amalan berkaki ayam menggalakkan kita kembali menanggalkan kasut dan membebaskan kaki daripada kekangan kasut.
Apakah faedah berkaki ayam?
Menurut Dr Jonathan Kaplan, pakar kaki dan pakar bedah ortopedik di Institut Hoag Orthopedic,”Manfaat yang paling mudah berjalan berkaki ayam adalah secara teori, berjalan kaki sebegini lebih dekat dengan corak berjalan atau gaya jalan ‘semula jadi’ kita.”
Ads
Jika anda pergi ke mana-mana kedai kasut anda akan mendapati kebanyakan kasut mempunyai kusyen dan sokongan berlebihan. Walaupun kusyen pada kasut tersebut membuatkannya sangat selesa dipakai,menurut Dr. Bruce Pinker, pakar kaki dan pakar bedah kaki, kusyen kaki yang empuk ini boleh menghalang anda daripada menggunakan kumpulan otot tertentu yang sebenarnya dapat menguatkan badan anda.
Manfaat lain berjalan berkaki ayam termasuklah:
Kawalan kaki terhadap tanah yang lebih baik
Penambahbaikan keseimbangan, orientasi dan kesedaran tubuh, yang boleh membantu melegakan kesakitan
Penggunaan kaki yang lebih baik, yang boleh membawa kepada penggunaan peha, lutut dan teras badan dengan lebih baik
Mengekalkan pelbagai gerakan yang sesuai pada sendi kaki dan buku lali di samping menggalakkan kekuatan dan kestabilan pada otot dan ligamen anda
Dapat mengelakkan kasut yang tidak sesuai, yang boleh menyebabkan bunions, hammertoes, atau kecacatan kaki yang lain
Otot kaki yang lebih kuat, yang menyokong bahagian bawah belakang badan
Ads
Bagaimana berkaki ayam dengan betul?
Berkaki ayam di rumah anda agak selamat. Tetapi apabila anda keluar , anda mendedahkan diri anda kepada potensi risiko yang mungkin berbahaya. Oleh itu, berhati-hati apabila anda ingin mengamalkan aktiviti berkaki ayam di luar. Berikut merupakan beberapa tip untuk membantu anda menguatkan kaki dengan berkaki ayam:
Mula sedikit demi sedikit. Anda perlu bersabar dan bermula dengan sesi 15 hingga 20 minit berjalan kaki tanpa kasut. Ini penting untuk membenarkan kaki dan pergelangan kaki anda menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apabila kaki anda sudah terbiasa berjalan tanpa kasut, anda boleh meningkatkan jarak dan masa.
Kenal pasti risiko sekeliling. Pertimbangkan permukaan yang anda jalan. Terdapat risiko kecederaan akibat permukaan kasar atau basah atau masalah dengan suhu, kaca, atau objek tajam lain di atas tanah. Anda juga terdedah kepada risiko bakteria atau jangkitan berbahaya apabila berkaki ayam. Oleh itu, elakkan tempat yang berbahaya dan bersihkan kaki anda sebelum masuk ke rumah. Periksa kaki anda daripada kecederaan kerana kebanyakan orang mempunyai deria rasa yang rendah pada kaki hingga tidak menyedari kecederaan.
Berlatih pada permukaan yang selamat. Cuba berjalan di permukaan luar yang kurang berbahaya, seperti trek getah, pantai berpasir, dan rumput.
Pertimbangkan menggunakan kasut minimalis. Sewaktu kaki anda menyesuaikan diri dengan kurang struktur sokongan dan kusyen daripada kasut anda, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan kasut minimalis sebelum berkaki ayam. Kasut ini dibina untuk tidak mengganggu pergerakan semula jadi kaki.
Cuba aktiviti yang membolehkan anda berkaki ayam seperti Yoga, Pilates atau seni mempertahankan diri.
Jika anda mempunyai kencing manis, anda mungkin mengalami neuropati periferal, menyebabkan anda tidak menyedari luka pada bahagian bawah kakinya dan boleh melarat kepada kesan yang lebih teruk. Oleh itu, pertimbangkan juga keadaan kesihatan anda sebelum membebaskan kaki anda daripada kekangan kasut.
Pernahkah anda dengar tentang istilah ‘Military Diet’?
Military Diet merupakan teknik menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walau bagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu minggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang.
Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Jom subscribe YouTube atau follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak perlu suplemen mahal, hanya makan telur pun anda sudah boleh membentuk otot dengan cepat.
Jadi untung sekiranya anda kerap makan telur sebagai hidangan utama kerana ia boleh boleh dijadikan alternatif mudah untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot. Tubuh yang menerima nutrisi secara optimum akan membantu proses penubuhan otot.
Telur merupakan salah satu hidangan yang lengkap bagi mereka yang mahu berdiet secara sihat. Para atlet bina badan juga makan telur sebagai sumber protein kerana ia amat penting dalam proses membentuk dan membina otot dengan cepat. Tanpa protein, otot tidak akan membentuk.
Telur mengandungi 6 gram protein yang berkualiti tinggi dan 90 kalori. Ia juga kaya dengan sumber vitamin yang lain iaitu A, E, K, B12, asid folik dan riboflavin.
Selain protein, lemak juga merupakan faktor utama dalam pembentukan otot kerana telur juga mengandungi tahap lemak yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan tahap testosterone.
Untuk mendapatkan otot juga, seseorang perlu berusaha dengan lebih dalam bersenam sama ada di gimnasium mahupun di luar.
Badan yang keletihan pula akan merosakkan tisu otot akibat daripada senaman yang berlebihan. Untuk membaiki kerosakan tisu tersebut, tubuh memerlukan kandungan protein yang tinggi dan asid amino selepas senaman. Oleh itu, pengambilan telur terbukti dapat memulikan tisu dan mempercepatkan kadar pertumbuhan otot.
INFO:
Cara penyediaan telur akan mempengaruhi kadar nutrisi bergantung kepada bahan yang digunakan, contohnya minyak.
Bersenam tidak semestinya termaktub dengan keberadaan di gimnasium. Bersukan juga boleh dikira sebagai sesi workout. Mari lihat berapa jumlah kalori yang dibakar setiap kali anda menjalani aktiviti bersukan sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari.
Pembakaran Kalori
Golf – 93
Bowling – 117
Besbol – 135
Tenis – 159
Menari – 159
Tinju – 216
10 Teknik Mudah Untuk Fit
1. GANDAKAN
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Pantas dan hasilnya pasti hebat.
-2:1 – Gunakan nisbah berikut untuk sayur dan daging. Sayur yang lebih bukan sahaja menyihatkan malah mampu membantu sistem penghadaman dan pada masa yang sama menghasilkan kurang kalori.
2. 19% Senaman Kardio
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
3. SNEK SENDIRI
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
4. BERSENAM DI LUAR
Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
5. BEBAN + KARDIO
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
6. TIMBANG
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
7. PAGI LEBIH BAIK
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
8. LENGAN KETAT
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.