Karakter Thor merupakan salah satu watak yang sangat penting dalam dunia Marvel Cinematic Universe. Malah dia merupakan salah seorang daripada ‘the original six’ team Avengers.
Kini Thor muncul sekali lagi dengan aksi terbarunya bersama rakan-rakan dalam ‘Avengers: Endgame’ yang kini sedang hangat diperkatakan. Anda mungkin sudah sedia maklum akan kehebatan bentuk badan pelakon yang membawakan watak Thor iaitu Chris Hemsworth.
Lihat sahaja lengannya. Ramai lelaki yang mengidamkan otot lengan seperti itu. Tapi tahukah anda bahawa ia tak mustahil untuk dimiliki jika anda melakukan senaman yang MASKULIN kongsi kali ini.
Sebanyak empat latihan yang anda bpoleh lakukan secara rutin untuk membantu anda untuk membentuk otot lengan. Dan nada juga tak harus pandang remah akan diet pemakananan, pastikan ambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan.
Berikut merupakan cara untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
Ads
1. Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
Ads
2. Lakukan push up secara rutin
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
4. Lakukan pull up dengan betul
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang ‘six-pack’.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ada bahagian tertentu pada tubuh lelaki yang secara semula jadi menarik perhatian wanita, sama ada secara fizikal atau simbolik.
Jom tengok apa yang selalu ‘ditenung’ oleh wanita secara tak sedar:
Wanita cenderung tertarik pada bahu yang lebar dan lengan yang berotot. Ia melambangkan kekuatan, perlindungan dan kelelakian. Tak perlu besar sangat – cukup kemas dan fit pun dah beri impresi ‘lelaki yang boleh diharapkan’.
💪 Tip: Latih bahagian atas badan dengan senaman seperti push-up, dumbbell shoulder press atau chin-up.
Tangan lelaki yang bersih, kasar sedikit (tapi tak kotor), dan urat yang timbul sering dianggap seksi. Bagi wanita, ia melambangkan lelaki rajin, kuat bekerja dan boleh diharap.
Mata adalah ‘senjata senyap’. Tatapan yang yakin, penuh kejujuran dan tenang boleh buat hati wanita cair. Mata yang redup atau senyuman melalui mata (mata senyum tanpa kata) juga sangat memikat.
👀 Tip: Bila bercakap, pandang mata — bukan skrin telefon.
Rahang yang tajam atau wajah berjambang rapi memberi aura maskulin dan matang. Tak semua wanita suka jambang lebat, tapi wajah yang dijaga elok (grooming yang kemas) sentiasa menang.
🧔 Tip: Pilih gaya jambang ikut bentuk muka dan rajin trim.
Dada bidang dan tegap memberi gambaran lelaki sihat, aktif dan berkeyakinan. Ramai wanita suka peluk dada lelaki yang rasa ‘selamat’ dan ‘selesa’.
🏋️♂️ Tip: Lakukan senaman seperti bench press atau push-up secara konsisten.
Gabungan bahu lebar dan pinggang ramping (V-shape body) adalah salah satu bentuk tubuh yang paling menarik perhatian. Ia menunjukkan lelaki yang menjaga tubuh dan aktif bersukan.
🥗 Tip: Jaga pemakanan dan kawal lemak perut.
Walaupun bukan bahagian fizikal yang nampak, suara lelaki yang dalam, tenang dan jelas boleh membuatkan wanita beri perhatian. Ia dikaitkan dengan ketegasan, keyakinan dan kematangan.
🎙️ Tip: Berlatih bercakap dengan nada tenang, jangan terlalu cepat atau tinggi melengking.
*Tarikan fizikal memang bukan segala-galanya, tapi tak salah kalau anda ambil peluang untuk jaga penampilan. Yang penting, semua ni bukan semata-mata nak “tawan hati orang” tapi untuk keyakinan diri dan kesihatan jangka panjang.
Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan saja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Kini, lelaki tidak lagi malu mengunjungi pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah. Pada usia 40-an lelaki semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif dalam kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan.
Dalam bidang perubatan antipenuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum bertambah serius. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki ialah pigmentasi pada kulit, garis kedutan, wajah jatuh menggeleber dan tampak tua, pori wajah kasar kerana kerap bercukur, kulit kusam serta tidak sekata akibat pendedahan melampau pada matahari.
Perbezaan kulit lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki, manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit wanita.
Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari.
Wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu, kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
Antara rawatan yang paling popular dalam kalangan lelaki adalah:
1) Filler
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting pada masa kini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata.
Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan filler. Ada pelbagai jenis filler di pasaran dan saya suka mencadangkan filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut ada asid hyaluronik yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh. Ia sebagai bahan mengisi ruang dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal.
Apabila usia meningkat, penghasilannya kurang dan wajah tampak berlekuk.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Bagi lelaki berusia 40-an dicadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
2) Rawatan botox
Botox adalah salah satu rawatan bukan invasif yang paling berkesan mengurangkan garis halus dan kedutan. Botox adalah ubat yang disuntik ke dalam otot dan digunakan untuk memperbaiki rupa paras.
Garis halus mula kelihatan di bahagian dahi dan yang paling ketara di bahagian mata. Garis di bahagian mata disebut sebagai crow’s feet akan bertambah seiring pertambahan usia. Dengan menyuntik sedikit botox, kedutan mula hilang.
Pendek kata, ia meremajakan wajah dengan cepat, mudah dan penampilan segar.
3) Laser
Laser mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel kulit. Penggunaan laser ‘dual fractional’ bagus untuk meninggikan paras kolagen dalam kulit.
Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit saja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Ia membaiki struktur kulit, lebih gebu, cerah dan mengatasi pori terbuka. Laser juga berupaya menghilangkan garisan halus dan boleh digunakan sebagai alternatif botox.
4) Modified thread lift
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar dan kulit tebal, teknik ‘modified thread lift’, iaitu ‘silhoutte soft lift’ amat sesuai untuk mereka.
Ia teknik menggunakan benang khas diperbuat daripada protein yang dimasukkan di bawah kulit untuk mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu kawasan di bahagian kepala yang dinamakan ‘Zygomatic area’.
Melalui cara ini, wajah, leher dan dagu yang jatuh akan diangkat semula.
Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan.
Dalam masa beberapa bulan, benang itu akan meresap dalam kulit dan mampu bertahan antara dua hingga empat tahun kerana berlakunya proses fibrosis pada bahagian muka.
Fibrosis adalah proses semula jadi yang mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
5) Rawatan terapi penggantian hormon
Hormon testosteron adalah hormon seks yang paling penting untuk kesejahteraan lelaki. Kekurangan hormon ini terutama kalangan lelaki 40-an akan mengakibatkan kegemukan, kurang stamina dan kurang keinginan seks.
Dari segi rupa paras pula, seseorang yang tidak cukup testosteron akan tampak tua. Kulitnya lebih berkedut berbanding mereka yang cukup testosteron. Penampilan mereka juga akan tampak murung dan kurang yakin. Apabila mendapat testosteron yang cukup seseorang menjadi lebih yakin dan perubahan yang menakjubkan dapat dilihat.
Ujian darah boleh dilakukan bagi meneliti tahap hormon dalam tubuh seseorang lelaki. Ujian ini bagus kerana ia boleh memberikan gambaran sebaik mana peningkatan yang dapat dicapai apabila terapi dibuat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Abdul Latif Romly mengharungi hujan lebat untuk menjuarai lompat jauh T20, sekali gus melengkapkan sasaran lima emas Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026.