Ramai antara anda yang gemar dengan makan lewat tengah malam. Ini kerana tidur lambat punca perut anda merungut untuk makan. Mungkin ada antara anda yang tidak endahkan perut anda tu, namun segelintir akan menikmati makan malam tambahan walaupun itu bukan masa makan anda. Lebih teruk lagi apabila anda terus tidur setelah menikmati makan tambahan itu. Ini akan membuatkan sistem penghadaman anda tidak teratur, dan badan anda akan mula berisiko untuk mendapat kanser.
Para saintis Sepanyol telah mendapati bahawa orang yang sering makan makan malam selepas 9 malam, atau kurang dari dua jam sebelum tidur, mempunyai 25 peratus risiko kanser payudara atau prostat.
Ads
Pasukan itu, dari Institut Kesihatan Global di University of Barcelona, berkata ia terjadi akibat seseorang itu gemar dengan makan lewat malam membuatkan metabolisme tubuh seseorang itu terpaksa bekerja walhal ia masa untuk tidur.
Menurut kajian, mereka yang mendapat penyakit ini biasanya dari kalangan pekerja shift seperti jururawat, doktor mahupun pekerja kilang. Ini kerana rutin harian mereka beralih hampir setiap waktu menjadikan sistem dalaman tubuh seseorang sukar untuk bekerja dengan baik.
Jenis kanser ini berkait rapat dengan isyarat hormon dan sering dirawat dengan terapi testosteron atau estrogen. Hormon adalah bahan kimia yang menyebabkan kita mengantuk, lapar dan tertekan kerana ia berkait rapat dengan rutin harian hari-hari.
Ads
Antara punca perkara ini terjadi daripada majikan yang memaksa seseorang menyiapkan kerja mereka sehingga lewat malam dan ini menjadikan seseorang itu mudah sakit akibat sistem imunisasi yang berbeza-beza setiap orang.
Menurut Independent, Dr Manolis Kogevinas pengarang utama kajian yang diterbitkan dalam Journal of International Cancer menyimpulkan kajian mereka dengan pematuhan pola makan berkaitrapat dengan risiko kanser yang lebih rendah.
Mereka mengkaji 1,800 pesakit kanser payudara atau prostat Sepanyol, serta lebih daripada 2,000 orang yang tidak terjejas oleh penyakit itu, tentang pola makan dan tidur mereka, dan langkah-langkah yang mereka ambil untuk menjaga kesihatan. Dalam kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa makan makanan ringan tengah malam punca anda cenderung kepada kanser.
Jangan ambil mudah ye gais!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Maskulin berbesar hati kerana sekali lagi dapar kongsi pengalaman seorang insan yang berjaya menurunkan berat badan dari 130kg- 85kg dalam masa 2 Tahun! Ikuti kisah lelaki yang bernama Mohamad Hafizee yang berusia 26 tahun ini.
Ceritakan sikit kisah anda
Saya gemuk sejak kecil lagi. Dari umur 7 tahun lagi badan sudah mula berkembang seiring dengan umur. Ditambah pula ibu bapa saya merupakan pengusaha restoran makanan Thai (kami asal Pattani, Thailand), jadi hidup saya tidak lari dari makanan, makan dan sentiasa makan. Lebih parah, apabila saya sendiri adalah tukang masak di restoran tu, memang makan tu dah sebati dengan gaya hidup saya.
Badan saya makin besar dan terus membesar dengan jayanya. Ketika umur 12 tahun, saya merupakan antara budak yang paling gemuk di sekolah. Tetapi dalam masa yang sama, saya gemar bermain sukan. Walaupun gemuk, saya aktif bersukan seperti bola sepak, ragbi sentuh (pernah mewakili sekolah ketika tahun 4), tarik tali, lontar peluru, lempar cakera, badminton dan bola tampar. Saya pernah mewakili sekolah menegah untuk sukan ping pong dan bola sepak. Tapi itu tidak membuatkan saya kurus. Cuma gemuk yang aktif.
Berat badan saya paling teruk naik ketika berumur 20 tahun. Sebabnya pada ketika tu, saya dah tak aktif bersukan. Saya berhenti 100% dari bersukan dan badan naik secara mendadak, tanpa henti. Satu persatu baju dan seluar sudah tidak boleh di pakai. Disebabkan sukar mendapatkan saiz baju, selama 3 tahun saya memakai baju yang sama.
Sehinggakan ada orang yang mula perli, “kau ni dah tak ade baju lain ke nak pakai?“. Siapa tak malu bila dihina macam tu? Tapi masa tu masih tak ada inisiatif untuk berubah. Kadang kala bila kesedaran tu datang, saya mula diet, itu pun dikutuk!
Antara penghinaan yang paling memalukan adalah saya dipanggil naik ke atas pentas dan kemudian diisytiharkan kepada orang ramai pada Hari Kecemerlangan Sekolah.
“Inilah budak paling gemuk disekolah“
Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Serius, malu gila. Orang ramai yang ada di situ gelak tanpa henti. Ingat ni pentas Maharaja lawak gamaknya!
Ikutkan hati masa tu, rasa macam nak tumbuk dan terajang sampai patah riuk orang yang ketawakan saya tu. Tapi saya tahan je. Sampai sekarang saya masih ingat kisah tu walaupun dah 8 tahun berlalu.
Bila mula berubah?
Jujur, saya menjadikan Arif Sykri , baca juga “Kau Diet Lah Macam Mana Pun, Gemuk Tetap Akan Gemuk” sebagai idola saya ketika dia kongsi kisah kejayaannya dalam diet. Kalau dia mampu, kenapa tidak saya kan? Jadi dipendekkan cerita, tarikh saya mula berubah ialah 26 jun 2015 dan aku mula jaga diet pada 27 jun 2015.
Setelah berhenti bersukan selama 6 tahun, jadi mustahil untuk saya bersukan balik secara drastik seperti dulu. Jadi saya mulakan dengan berjalan kaki di stadium setiap pagi. Berjalan sahaja dalam 5 pusingan. Mujur saya masuk salah satu program yang dianjurkan oleh Kevin Zahri Jom Kurus, jadi dari situ saya mengorak langkah.
Kemudian saya mula berjoging secara perlahan-lahan. Bila penat, berhenti. Dari berat 130kg ke 113kg saya selalu senaman dengan berjalan dan bodyweight training (biasa-biasa sahaja). Setelah saya capai 113kg, saya dah mampu melakukan Freeletics Bodyweight Workout.
Saya banya bermain dengan Bodyweight Training ataupun senaman menggunakan bebanan badan. Style saya bersenam lebih kepada Street Workout.
Antara senaman yang ‘wajib’ ialah:-
1) Push Ups 2) Burpees 3) Squat 4) Plank
Walaubagaimanapun jangan workout setiap hari. Bagi badan anda rehat sebab dia pun penat. Dalam masa yang sama, rajinkan diri cari leboh banyak info dari internet sebab dari situ banyak perkara anda akan dapat dan banyak ilmu anda boleh kutip.
Pernah Plateau tak?
Jangan takut pada plateau kerana plateau itu bermaksud badan kita tengah nak sesuaikan dengan berat kita yang terbaru. Bayangkan kalau kita tak kena plateau pada sesi penurunan berat badan, mungkin tinggal tulang saja kita dibuatnya. Itu sebab, apa-apa yang Allah cipta pasti ada kebaikannya. Jangan pernah sangsi dengan Allah.
Saya plateau pada berat 113kg selama 3 minggu. Apa yang saya buat ialah ubah cara makan dan cara senaman.
Siapa yang sentiasa menyokong perjuangan anda?
Orang yang paling banyak memberi sokongan ialah ummi saya sendiri. Dia yang selalu belikan barang-barang kelengkapan ‘diet’ untuk saya. Berjaya saya disini adalah disebabkan oleh ibu yang sentiasa menyokong saya. Dia tidak tunjukkan sokongan tersebut dengan kata-kata tapi lebih kepada tujukkan sokongan dengan perbuatan.
Apa pesanan kepada mereka yang struggle nak turunkan berat badan?
1) Kawal pemakanan dan jaga kesihatan
2) Rajinkan diri untuk bersenam
3) Jangan mudah mengalah untuk capai kejayaan
4) Utamakan ilmu dalam gerak kerja
5) Bersabar dalam menjalankan misi anda
6) Tutup aurat ketika bersenam di luar rumah.
7) Sentiasalah berdoa kepada Allah disamping usaha dan tawaka
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi memastikan anda terhindar daripada penyakit berbahaya, ambillah makanan yang berkhasiat. Jangan gara-gara nak mencuba, anda beranikan diri untuk mengambil makanan yang membahayakan badan anda.
Di sini disertakan 8 makanan yang paling kerap anda makan sebenarnya boleh merbahayakan badan anda.
Susu yang selalu dibeli daripada pasaraya telah dipasteurkan, tetapi ada di antara kita yang minum dan membuat keju daripada susu mentah. Susu yang belum dipasteurkan (dipanaskan kepada suhu tinggi dan disejukkan dengan cepat) mendatangkan risiko kerana ia mungkin mengandungi bakteri salmonella, E. coli dan listeria.
Walaupun anda tidak mengalami alergi kerang-kerangan, kalau boleh jauhkan daripada memakan kerang. Cengkerangya boleh menyerap dan menyimpan Hepatitis A, tifoid dan disentri kerana ia hidup di kawasan kurang oksigen. Menurut kajian, perang dari Perairan China dikaitkan dengan wabak hepatitis.
Tauge merupakan makanan yang paling cenderung untuk mengumpul E. coli, salmonela dan listeria bakteria yang hidup di dalam cuaca panas dan lembap, di mana benih tauge membesar. Tauge yang ditanam di negara Jerman dikenalpasti sebagai punca wabak E.coli yang membunuh 22 orang dan menyebabkan ratusan lagi sakit di Eropah pada tahun 2011.
Meskipun anda tiada alergi kacang, jangan sesekali makan kacang gajus mentah terus dari pokoknya. Ia mengandungi bahan toksik yang boleh mengancam nyawa, sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. Kacang gajus yang dijual di pasar raya selamat dimakan kerana sudah distim untuk membuang kimia yang berbahaya.
Kacang tanah tidak berbahaya jika anda tiada alergi kacang. Kacang tanah merupakan punca nombor satu kematian disebabkan alergi makanan berbanding dengan makanan lain. Agak menakutkan sekirannya anda mengambil kira satu peratus daripada populasi dunia ada alahan terhadap kacang tanah.
Ubi kayu adalah makanan yang popular di benua Afrika dan Amerika Selatan serta negara bercuaca tropika termasuk Malaysia. Jika anda makan ubi ini mentah-mentah, enzim di dalam tiub ubi kayu akan bertukar kepada sianida.
Sesetengah jenis cendawan liar nampak seperti tidak berbahaya, tetapi ia sebenarnya boleh mengancam nyawa, contohnya cendawan yang dipanggil ‘Death Cap’ (lihat gambar). Jika anda mencuba cendawan ini, kemungkinan besar anda akan mengalami sakit abdomen dan muntah. Sekiranya anda makan dalam kuantiti yang terlampau banyak, ianya boleh meyebabkan kerosakan hati, buah pinggang dan jantung yang seterusnya boleh membawa kematian.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 Oktober 2015, memakan daging yang diproses boleh menyebabkan kanser usus, manakala daging merah adalah karsinogenik (berpotensi menyebabkan kanser). Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan mengenai Kanser (IARC), agensi kanser khusus WHO, menyamakan daging proses seperti hot dog, sosej dan bakon dengan agen karsinogenik seperti tembakau, asbestos dan asap diesel. Ini adalah makanan yang boleh membuat anda jatuh sakit, malah boleh membunuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.