Bahaya Kipas Kena Direct Pada Dada Dan Wajah Sewaktu Tidur

Share

Paru-paru berair atau efusi pleura berlaku apabila tisu paru-paru dipenuhi cecair dan terdapat pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ.

Ada kaitan ke mandi malam boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ni ? Adakah fakta ini benar atau mitos semata. Jawapannya ia tiada kaitan penyakit ini dengan kerap mandi malam. Air yang terkumpul di paru-paru sama sekali tidak sama rupanya dengan air putih, air yang dijangkiti kuman ini sangat tinggi dengan peratusan nanah.

Gejala Paru-Paru Berair

  • Telapak tangan dan kaki sering basah
  • Batuk
  • Sakit dada terutama ketika menarik nafas
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Tubuh demam dan menggigil
  • Batuk kering dan berkahak yang disertai darah
  • Mudah sesak nafas
  • Kurang selera makan
  • Sering merasa mual disertai muntah

Punca Paru-Paru Berair

  • Jangkitan bakteria seperti pneumonia pnemokokus, pneumonia mikoplasma, haemophilus influenza dan staphilococcus aureus.
  • Jangkitan virus antaranya influenza A dan influenza B
  • Jangkitan parasit atau fungi
  • Sering terdedah kepada bahan kimia berbahaya
  • Kecederaan pada paru-paru akibat kebocoran dari organ lain
  • kanser
  • penyakit autoimmune
  • Sindrom nefrotik ( kehilangan protein dari buah pinggang )
  • Sirosis hati

Tips Cegah Paru-Paru Berair

  • Mandi dengan air yang tidak terlalu sejuk. Penggunaan water heater sangat membantu
  • Jangan biasakan diri makan lambat
  • Seeloknya elak tidur sebaik lepas mandi. Jarakkan waktu sedikit ye
  • Pengudaraan dalam rumah pastikan cukup
  • Jangan biasakan kipas angin direct di bahagian dada dan muka semasa tidur.

SUMBER : DIARINUTRISI

IKLAN