Makan ayam berlebihan hampir setiap hari tak bagus untuk kesihatan. Makan ayam tak salah. Tapi hari- hari makan ayam dan sangat berlebihan makan ayam akan menimbulkan banyak masalah. Kerana ayam adalah makanan popular masa kini. Ia sedap dan senang.

#1: Hormon Badan Tidak seimbang

Jangan Makan Ayam Setiap Hari, Risiko Terkena ‘Gynecomastia’ Terutamanya Buat Kaum Lelaki!

Hati-hati jika terlalu kerap makan ayam dan dalam tempoh masa yang panjang, ini kerana ia membuatkan hormon badan tidak seimbang. Malah kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi pada kesihatan kita.

#2: Risiko kanser lebih tinggi

Jangan Makan Ayam Setiap Hari, Risiko Terkena ‘Gynecomastia’ Terutamanya Buat Kaum Lelaki!

 

Selain dari kanser biasa, jika mengambil daging ayam dalam tempoh yang lama ia akan berlaku pembentukan kanser payudara yang boleh menyerang golongan lelaki yang dikenali sebagai ‘gynecomastia’.

#3: Meningaktak Risiko Obesiti Akibat Kolestrol

Jangan Makan Ayam Setiap Hari, Risiko Terkena ‘Gynecomastia’ Terutamanya Buat Kaum Lelaki!

Daging ayam juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

IKLAN

Selain itu, ayam yang tidak cukup di masak juga tidak bagus untuk kesihatan selain dari makan ayam setiap hari.

Ini kerana menurut seorang Doktor Ahmad Luqman Bukhari dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ada berkongsi sepasang suami isteri terpaksa hantar anaknya yang keracunan makanan kerana memakan ayam yang tidak cukup masak.

Beliau juga mendapati bahawa pesakitnya memakan ayam yang masih mempunyai kesan darah dan kemerahan kerana tidak masak dengan sempurna sambil memberitahu ia boleh menjadi medium sesuai untuk kuman membiak.

Menurutnya ini kerana sekiranya kuman tersebut memasuki salur darah anak-anak dan merebak ke seluruh badan sehingga menyebabkan keracunan teruk, keadaan itu boleh mengundang kematian.

“Sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.

IKLAN

“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.

“Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.

“Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.” Tulisnya di Facebook.

Menurtnya lagi, jika imuniti kita kuat kita mungkin dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius. Namun sangat bahaya untuk anak kecil.

Pastikan ayam betul-betul di masak jangan suapkan sekiranya ibu bapa nampak ayam tersebut menunjukan gejala seperti ini…

IKLAN

– Berbau hanyir

– Berlendir

– Tekstur daging berbeza dari biasa

– Suhu di bahagian daging lebih sejuk

– Ada kesan darah terutama dekat tulang ayam

– Daging berwarna kemerahan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI