Bagi anda yang mempunyai rambut panjang terutamanya pasti berdepan dengan cabaran untuk menjaganya. Lelaki berbeza berbanding wanita kerana kita lebih kerap berpeluh dan mempunyai bau badan tersendiri.
Jadi bagaimana cara untuk elak rambut daripada berbau busuk? Ikuti 5 tip mudah seperti MASKULIN kongsikan di bawah.
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering.
Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut.
Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama.
Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.
Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN dapat rasakan anda semua mungkin sudah menarik nafas lega selepas pembukaan semula kedai gunting rambut dan salon di seluruh negara selepas ia ditutup sepanjang PKP yang lalu.
Selain memotong rambut ramai juga yang pergi mendapatkan rawatan rambut dengan melakukan cucian dan sebagainya. Keresahan lelaki terhadap rambut mereka sepanjang PKP lalu telah menjadi bukti bahawa lelaki zaman sekarang sangat mengambil berat akan rambut mereka.
Ini dapat dilihat dengan beberapa topik tentang rambut lelaki telah tular sepanjang tempoh yang lalu, Namun usah terlalu teruja melakukan rutin penjagaan rambut kerana tidak semuanya boleh membantu anda menjaganya dengan baik.
Malah ada juga tabiat dan rutin penjagaan yang sebenarnya hanya boleh menyebabkan rambut makin rosak.
Berikut merupakan kesilapan biasa yang dilakukan ramai lelaki.
TAK KENA DENGAN GAYA HIDUP
Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh lelaki dalam memilih gaya rambut ialah ia tak sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebagai contoh jika anda seorang yang bekerja awal pagi dan hanya ada masa singkat untuk bersiap elakkan gaya rambut yang terlalu complicated.
Anda tiada masa untuk basuh, pre-styling, mengeringkan rambut dan menggayakan dengan pelbagai produk setiap hari.
TERLALU RISAU KONDISI RAMBUT
Ada setengah orang yang sangat peka dengan rambut sendiri sampai mengalahkan orang perempuan. Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan sama seperti yang anda lakukan sebelum keluar rumah. Susah kalau seperti ini kerana jika anda banyak habiskan masa di luar ia amat mustahil. Jadi pilih gaya rambut yang lebih mudah dan on-the-go.
TERLEBIH PRODUK
Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki. Pastikan untuik rambut anda tak guna lebih dari dua produk sahaja. Jika lebih daripada itu ia bermakna anda tak yakin dengan penggayaan sendiri atau ada masalah keyakinan diri. Less is more!
PENGERING RAMBUT
Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Kalau nak guna sekalipun pastikan tak lebih sekali dalam sehari. Haba panas yang keluar dari pengering rambut boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
BERBELANJA BELI PRODUK
Tak salah kalau anda nak beli produk penjagaan dan penggayaan rambut. Namun biarlah berpada-pada dan harganya pula janganlah sampai lebih mahal daripada bajet makan sebulan. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis yang dijual dan banyak yang harganya berpatutan. Jangan terlalu memilih jenama ya.
KERAP CUCI RAMBUT
Tahukah anda bahawa kulit kepala kita mengelurkan sejenis minyak semulajdi yang bertindak melindungi kepala. Tak salah nak basuh tapi janganlah terlalu kerap. Cukup hanya bila anda mandi pada waktu pagi dan malam.
SYAMPU 2 DALAM 1
Sebolehnya elakkan guna syampu 2 dalam 1 bersama perapi. Ya, tak dinafikan memang anda fikir ia menjimatkan namun ia tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti anda guna syampu dan perapi secara berasingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip Ekstra MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanser prostat di Malaysia semakin membimbangkan dengan majoriti kes dikesan lewat. Ketahui pendekatan inovatif Novartis, teknologi PSMA PET dan kepentingan saringan awal untuk rawatan lebih berkesan.