Image by gpointstudio on Freepik

Bagi anda yang mempunyai rambut panjang terutamanya pasti berdepan dengan cabaran untuk menjaganya. Lelaki berbeza berbanding wanita kerana kita lebih kerap berpeluh dan mempunyai bau badan tersendiri.

Jadi bagaimana cara untuk elak rambut daripada berbau busuk? Ikuti 5 tip mudah seperti MASKULIN kongsikan di bawah.

CUCI SETIAP HARI

Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.

JANGAN GOSOK DENGAN TUALA

Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering.

Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.

IKLAN

Cara Elak Rambut Berbau Busuk & Hapak, Bukan Dengan Syampu Semata!

JANGAN IKAT KETAT

Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut.

Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.

IKLAN

BACA: Tip Penjagaan Rambut Agar Kelihatan Sentiasa Sihat & Bersinar

GUNA KRIM PELINDUNG

Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama.

Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.

IKLAN
Cara Elak Rambut Berbau Busuk & Hapak, Bukan Dengan Syampu Semata!
Image by Freepik

SYAMPU & PERAPI SESUAI

Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.

Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.

Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.

@maskulinmy Lelaki bermisai sememangnya dikatakan memiliki persona kelelakian tersendiri! #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #maskulinmojo #hiburanmalaysia #grooming #groomsmen ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI