Selain pembersih wajah, penting untuk kita pakai skrub muka kerana manfaatnya besar. Ramai yang tidak mementingkan penggunaan skrub muka kerana merasakan pembersih wajah sudah mencukupi untuk membersihkan kekotoran.
Sebenarnya skrub muka sangat penting kerana ia membantu menyingkirkan kulit mati, mencerahkan wajah, mengelak pori-pori tersumbat dan membuatkan wajah kusam kembali bermaya.
Penting nak pilih skrub muka yang ada di pasaran? Mungkin 4 produk skrub muka ini anda boleh jadikan pilihan.
1. Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Ads
Lelaki juga perlu memakai skrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini sesuai untuk lelaki kulit berminyak. Ia dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
2. HIMALAYA Apricot Scrub
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Ads
3. St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Ads
4. Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Ini ialah rekomendasi terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Wajah adalah ‘kad nama’ pertama setiap lelaki. Tak kira jawatan, kereta atau gaya, kalau kulit muka penuh jerawat dan berminyak macam kuali lepas goreng ikan mesti terus hilang aura maskulin.
Lagi-lagi kalau kerja dalam aircond, stres, dan tak cukup tidur. Semua tu ‘musuh senyap’ kulit si lelaki berkerjaya.
Nak kulit bersih tak semestinya jadi ‘skincare junkie’. Cukup ikut rutin simple tapi konsisten.
Hormon Testosteron Tinggi – Merangsang pengeluaran sebum berlebihan.
Aktiviti Harian – Panas, berpeluh, dan pencemaran menyumbat pori.
Stres Kerja – Hormon kortisol naik, kulit mula meragam.
Malas Cuci Muka – Ya bro, sabun badan tak sama dengan pencuci muka.
Pilih pencuci muka jenis gel – Elak sabun berbuih banyak, sebab ia keringkan kulit dan rangsang lebih banyak minyak.
Tuala muka asingkan dari tuala badan – Elak bakteria pindah dan buat jerawat makin parah.
Guna produk ada bahan aktif – Salicylic acid, niacinamide, dan clay mask bantu kawal sebum & pori tersumbat.
Minum air cukup – Kulit kering dari dalam juga boleh sebabkan overcompensate minyak.
Jangan picit jerawat! – Biar produk buat kerja. Tangan kotor cuma buat parut kekal.
✅ Muka tak berminyak macam cermin ✅ Jerawat tak tumbuh macam hutan ✅ Bau sabun badan tak digunakan untuk muka ✅ Tahu beza scrub badan dan exfoliator muka ✅ Tak malu sapu sunscreen sebelum keluar rumah
Menjaga kulit bukan ‘kerja perempuan’. Lelaki sebenar tahu nilai jaga penampilan — bukan sebab nak nampak ‘jambu’, tapi sebab yakin itu lambang disiplin dan keyakinan. Bila kulit bersih, kau tak perlu buat banyak untuk nampak segak.
Jadi bro, lepas ni jangan skip skincare. Kalau kau boleh jaga kereta dan jam tangan, kenapa muka sendiri kau abaikan?
Dalam rutin penjagaan diri lelaki moden, pencuci muka lelaki kini bukan lagi pilihan tambahan, sebaliknya sudah menjadi satu keperluan harian. Sama ada digunakan pada waktu pagi untuk menyegarkan wajah atau pada waktu malam untuk membersihkan kotoran, ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Namun persoalan yang jarang difikirkan, adakah pencuci muka yang digunakan selama ini benar benar sesuai dengan jenis kulit anda?
Ramai masih beranggapan mencuci wajah sekadar sapu produk, gosok dan bilas. Hakikatnya, proses ini memerlukan pendekatan yang lebih teliti kerana pemilihan produk yang salah boleh memberi kesan jangka panjang kepada kulit.
Pencuci muka adalah asas kepada keseluruhan rutin penjagaan kulit. Jika asas ini tidak tepat, produk lain seperti serum atau pelembap juga tidak akan memberi hasil yang optimum.
Langkah pertama yang sering diabaikan adalah mengenal pasti jenis kulit sendiri. Secara umum, terdapat empat jenis kulit utama iaitu normal, kering, berminyak dan kombinasi.
Cara paling mudah untuk mengenal pasti adalah dengan memerhatikan keadaan kulit kira kira 20 hingga 30 minit selepas mencuci wajah tanpa menggunakan sebarang produk lain.
Jika kulit kelihatan berkilat dan berminyak, ia menandakan kulit berminyak. Jika terasa tegang, kering atau mengelupas, ia menunjukkan kulit kering. Sekiranya minyak hanya tertumpu di kawasan zon T seperti dahi, hidung dan dagu, itu bermakna anda mempunyai kulit kombinasi. Manakala kulit yang tidak terlalu kering atau berminyak dikategorikan sebagai kulit normal.
Memahami jenis kulit ini sangat penting kerana setiap kategori memerlukan pendekatan penjagaan yang berbeza.
Salah satu kesilapan paling besar yang masih dilakukan ramai lelaki adalah menggunakan sabun mandi untuk mencuci wajah.
Kulit badan dan kulit wajah mempunyai struktur berbeza. Sabun mandi lazimnya lebih kasar dan boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit wajah, menyebabkan ia menjadi kering atau lebih sensitif.
Selain itu, menggunakan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit juga boleh menyebabkan masalah seperti jerawat, iritasi atau pori tersumbat.
Bagi mereka yang memiliki kulit normal, ini boleh dianggap sebagai kelebihan. Kulit jenis ini biasanya seimbang dan tidak mudah mengalami masalah.
Pencuci muka yang lembut sudah memadai. Pilih produk yang mampu membersihkan tanpa mengganggu keseimbangan semula jadi kulit. Fokus utama adalah mengekalkan hidrasi dan kesegaran kulit sepanjang hari.
Kulit kering memerlukan perhatian lebih kerana ia mudah mengalami iritasi.
Pilih pencuci muka yang mengandungi bahan penghidratan seperti asid hyaluronik, aloe vera, madu atau gliserin. Bahan bahan ini membantu mengekalkan kelembapan serta mengelakkan kulit menjadi terlalu tegang selepas cucian.
Bahan semula jadi seperti lavender atau santan juga boleh membantu menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan keradangan.
Kulit berminyak sering dikaitkan dengan masalah jerawat, bintik hitam dan pori besar.
Namun kesilapan biasa adalah memilih produk yang terlalu kuat sehingga mengeringkan kulit. Ini sebenarnya boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak sebagai reaksi balas.
Sebaliknya, pilih pencuci muka yang mampu mengawal minyak berlebihan tanpa menanggalkan kelembapan semula jadi kulit. Bahan seperti tanah liat dan ekstrak sitrus sering digunakan kerana membantu membersihkan pori serta mengurangkan lebihan sebum.
Kulit kombinasi adalah antara yang paling mencabar kerana mempunyai dua karakter berbeza dalam satu wajah.
Pendekatan terbaik adalah menggunakan pencuci muka yang seimbang dan lembut. Produk jenis ini mampu membersihkan kawasan berminyak tanpa mengeringkan bahagian lain.
Bahan seperti baking soda semula jadi juga boleh membantu mengurangkan masalah bintik hitam dan whiteheads yang sering muncul pada kulit kombinasi.
Rambut adalah mahkota bukan sekadar simbol gaya, tapi juga cerminan tahap kebersihan dan kesihatan diri seseorang.
Lelaki pun kena ambil berat pasal penjagaan rambut, lebih-lebih lagi kalau kau jenis aktif, kuat berpeluh, atau suka bergaya.
Tapi malangnya, ramai yang tak sedar ada tabiat harian yang sebenarnya merosakkan rambut sendiri.
Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok bernama @alypsyafi2 berkongsi satu video tentang 4 kesilapan biasa yang selalu lelaki buat sampai rambut jadi busuk, gugur, gatal dan tak bermaya.
Menurut Aly, rambut paling lemah adalah masa lepas mandi, masa rambut masih lembap dan lembik.
Kalau kau terus sikat waktu tu, akar rambut senang tercabut. Sebab tu ramai perasan rambut lekat kat sikat.
Tips dia senang je lap rambut dulu, biar separa kering, baru sikat perlahan-perlahan. Jangan terus serang kepala tu dengan sikat.
Serum rambut memang bagus, tapi bukan untuk kulit kepala.
Tu kesilapan ramai orang buat sapu serum sampai ke akar, kononnya nak bagi sihat.
Tapi sebenarnya, boleh sebabkan kelemumur, jerawat kulit kepala dan gatal-gatal.
Gunakan serum di pertengahan dan hujung rambut sahaja tempat yang paling mudah kering dan bercabang.
Cara kau syampu rambut pun main peranan besar. Syampu tu untuk bersihkan, bukan nak kerjakan kulit kepala.
Menurut Aly, cuba tengok cara tukang cuci rambut di salon mereka urut perlahan, tak kasar langsung.
Tujuannya untuk keluarkan sel mati dan minyak dengan lembut. Kalau kasar sangat, rambut akan jadi rapuh dan kulit kepala pun meradang.
Ramai suka ‘eksperimen’ produk rambut. Hari ni pakai jenama A, esok nampak sale terus tukar ke jenama B.
Ini punca kenapa rambut tak sihat-sihat. Kulit kepala perlukan masa untuk adapt sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum nampak hasil.
Jaga rambut bukan soal nak nampak hensem semata-mata, tapi lebih kepada kebersihan dan keyakinan diri.
Bila rambut bersih, wangi, dan sihat kau bukan je rasa lebih selesa, tapi juga lebih yakin dalam apa jua situasi, sama ada dalam meeting, dating, atau shooting content.
Jadi, jangan ambil mudah. Empat tabiat kecil ni nampak remeh, tapi impaknya besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.