Fesyen

Baiki Leher T-Shirt Kembang Ke Bentuk Asal, Mudah Sangat Caranya!

Share

Bahagian leher t-shirt akan mudah kembang dan regang sekiranya anda memakai t-shirt berulang-ulang kali terutamanya t-shirt daripada material kapas.

Sabar dulu! Jangan terus campak t-shirt anda itu ke dalam tong sampah kerana ia masih boleh dibaiki ke bentuk yang asal.

Mudah sangat dan caranya dikongsi oleh pengguna TikTok syafiq.art

DIY mudah baiki leher baju T yang kembang jadi kecil semula

1. Sediakan getah dan juga periuk.

2. Isi dalam periuk, buka api dan biar mendidih.

3. Ambil getah dan ikat pada bahagian kolar atau leher baju T. Ikat dan simpul dengan kemas supaya tak terbuka.

4. Kemudian rendam bahagian leher yang diikat tadi dalam air mendidih. Biarkan selama  3-4 minit.

5. Selepas itu angkat dan keringkan.

Dah kering boleh seterika dan lihat hasilnya. Setel masalah T shirt leher kembang!

Selamat mencuba.

Sumber: syafiq.art

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

IKLAN