Sudah hampir tiga minggu kita mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pastinya ada semua sudah sedia maklum dengan pelbagai tip senaman dan juga aktviti yang boleh dilakukan di rumah sepanjang PKP ini.
Seperti mana yang kita tahu banyak operasi perniagaan diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP. Dan ini termasuklah kedai gunting rambut.
Bagi kebanyakan lelaki tiga minggu atau hampir sebulan tidak memotong rambut merupakan satu masalah baru yang jarang dihadapi.
Malah hal tentang gunting rambut kini tular di laman media sosial dengan pelbagai karenah dan cara memotong rambut boleh kita saksikan.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa inilah masa sesuai untuk anda mula berjinak-jinak menyimpan rambut panjang. Mungkin inilah masanya untuk anda serlahkan penampilan gaya rockstar ataupun pendekar Melayu yang rambut panjang mengurai.
Menyimpan rambut panjang itu mencabar tapi apa yang lebih menduga ialah cara menjaganya dengan baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana untuk anda jaga rambut panjang dengan baik agar ia sentiasa nampak cantik dan sihat.
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang.
Mula menyikat pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun kedengaran kelakar, namun tahukah anda, warna kuku dan bentuk kuku sangat memainkan peranan penting dalam memberi petunjuk kesihatan anda?
Menurut portal rasmi, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, plat kuku ialah bahagian sebenar kuku yang diihat oleh mata kasar, terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.
Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel lama ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.
Kuku yang sihat boleh dilihat dari segi kebersihannya, mempunyai permukaan licin tanpa alur dan warna seragam. Ia harus bebas daripada tompokan, berubah warna atau menjadi pudar.
Apa lagi ambil tangan anda dan periksalah kuku anda. Adakah ia berbentuk atau berwarna seperti dinyatakan ini.
Kuku berbentuk seperti ini itu tandanya anda kekurangan vitamin B-12 dan zat besi dalam badan. Ini tandanya anda perlu makan kerang, ikan sardin atau ikan salmon, tuna dan daging lembu.
Malah pengambilan susu dan yoghurt juga sangat digalakkan kerana ia kaya dengan vitamin B-12.
Kuku yang sihat selalunya warna kemerah-merahan, bukanya warna putih. Kuku yang terlalu putih menunjukkan anda mempunyai masalah hati seperti hepatitis atau penyakit kuning.
Ya, memang benar! Warna kuku sebenarnya boleh menentukan anda sihat atau tidak. Jika kuku anda agak kebiruan kemungkinan besar anda ada masalah dengan paru-paru dan tidak menolak mungkin organ dalam tubuh badan tidak mendapat oksigen yang secukupnya.
Keadaan kuku seperti ini memang tidak menarik! Ia menunjukkan tubuh anda memerlukan kandungan vitamin yang mencukupi. Malah, mungkin juga tubuh menunjukkan reaksi alahan terhadap sesuatu produk.
Perhatikan hujung kuku anda, jika kekuningan ataupun pucat besar kemungkinan kandungan gula dalam tubuh badan terlalu tinggi atau anda menghidapi penyakit diabetes.
Namun tidak semestinya anda menghidapi diabetes, mungkin juga kuku anda dijangkiti kulat kerana itulah dia berwarna kekuningan.
Ini tandanya anda mengalami masalah kelejar tiroid namun anda boleh menarik nafas lega kerana sistem penghadaman anda sihat dan berkerja dengan bagus.
Jangan berbangga sangat jika lunula anda bersaiz kecil kerana biasanya ia menunjukkan masalah imunisasi rendah dan anda mempunyai masalah dalam pencernaan.
Tidak tolak kemungkinan juga disebabkan metabolisme perlahan dan toksin berlebihan dalam badan.
Memang nampak cantik, namun kuku seperti ini menunjukkan ada mempunyai masalah dengan kelejar tiroid. Ia akan mengakibatkan kemurungan, perubahan emosi dan kenaikan berat badan.
Pernah alami seperti ini? Jika pernah, itu tandanya kuku anda sedang diserang penyakit. Jangan ambil mudah tentang ini. Jika dibiar bimbang ia melarat pula nanti.
Warna atau garisan hitam tidak bermaksud anda limited edition ya! Ia menunjukkan permulaan simptom-simptom serangan melanoma iaitu sejenis penyakit kanser kulit. Segara dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh ramai individu, terutamanya remaja. Walaupun banyak maklumat yang beredar mengenai punca dan cara mengatasi jerawat, tidak semuanya tepat. Dalam satu video temu bual dengan Maskulin, seorang doktor pakar kulit terkenal, Dr. Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr. Ingky telah menjelaskan beberapa mitos yang sering dikaitkan dengan masalah jerawat.
Salah satu mitos yang sering kita dengar ialah jerawat disebabkan oleh darah kotor. Menurut Dr. Ingky, kenyataan ini tidak benar sama sekali. Beliau menjelaskan bahawa tiada kuman di dalam darah kita yang boleh menyebabkan jerawat.
Sebaliknya, jerawat berpunca dari permukaan kulit kita yang tercemar oleh kuman. Kuman ini biasanya wujud disebabkan oleh minyak berlebihan pada kulit atau akibat daripada penjagaan kulit yang tidak betul dan rapi.
Apabila pori-pori tersumbat oleh minyak dan kotoran, kuman mudah membiak dan seterusnya mencetuskan jerawat.
Ramai yang berpendapat bahawa pengambilan makanan bergoreng boleh mencetuskan jerawat. Namun, Dr. Ingky memberitahu yang terdapat sebuah kajian klinikal yang mengesahkan makanan bergoreng tidak mempunyai kaitan langsung dengan pembentukan jerawat.
Sebaliknya, makanan yang lebih berpotensi mencetuskan jerawat ialah makanan yang manis dan bergula.
Gula boleh menyebabkan peningkatan kadar insulin dalam badan yang seterusnya merangsang pengeluaran minyak berlebihan pada kulit, lalu mencetuskan jerawat.
Oleh itu, pencinta makanan manis dan hidangan pencuci mulut perlulah mengawal keinginan mereka terhadap makanan tersebut jika enggan berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk.
Ramai yang percaya bahawa dengan kerap mencuci muka, mereka boleh mencegah pertumbuhan jerawat.
Dr. Ingky menjelaskan bahawa walaupun rutin penjagaan kulit wajah yang rapi boleh mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan jerawat, kebarangkalian itu masih tetap ada.
Hal ini kerana jerawat bukan sahaja disebabkan oleh kebersihan kulit, tetapi juga oleh pelbagai faktor lain seperti genetik, hormon, dan persekitaran.
Faktor-faktor ini memainkan peranan besar dalam menentukan kesihatan kulit seseorang. Oleh itu, walaupun penjagaan kulit yang baik adalah penting, ia tidak menjamin kulit bebas jerawat sepenuhnya.
Pengetahuan mengenai mitos dan fakta sebenar tentang jerawat adalah penting untuk mengelakkan salah faham dan mengamalkan penjagaan kulit yang lebih efektif.
Dr. Ingky menekankan bahawa pemahaman yang tepat tentang punca jerawat dapat membantu individu mengambil langkah yang lebih bijak dalam merawat dan mencegah masalah kulit ini.
Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan maklumat yang sahih dan berdasarkan kajian sebelum mempercayai sesuatu mitos mengenai jerawat.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.