Siapa sangka band anak muda yang dibarisi tiga orang ahli ini sudah 17 tahun aktif berkecimpung dalam dunia muzik. Bunkface kini sudah mampu berdiri gah dengan seleksi diskografi mereka yang cukup mantap dan mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara serantau.

Lagu-lagu mereka seperti ‘Situasi’, ‘Revolusi’ dan ‘Panik’ seakan menjadi anthem ramai anak muda yang membesar dengan muzik mereka. Menelusuri masa band yang diasaskan oleh Sam, Youk dan Paan kini dilihat semakin matang dalam pembawaan muzik yang dihasilkan mereka.

Terbaru, Bunkface mengumumkan mereka bakal ‘terbang’ ke negeri Sabah bagi mengadakan konsert eksklusif, ‘Bunface Rock In Borneo’. Ia pastinya satu perkara yang cukup menarik kerana tidak semua artis atau band diberikan peluang untuk mengadakan konsert di bumi Borneo tersebut.

Bakal Gegarkan Bumi Borneo, Bunkface Janjikan Konsert Sarat Pengalaman Muzikal & Visual

‘Bunkfcae Rock In Borneo’ bakal diadakan di KDCA, Kota Kinabalu pada 19 Julai 2023. Konsert “Bunkface Rock In Borneo” di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah akan menjadi malam yang tidak akan dilupakan oleh peminat-peminat setia Bunkface di seluruh Borneo.

IKLAN

Acara ini menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan dengan bunyi rock yang menggema di seluruh gelanggang.

“Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan daripada MYCREATIVE VENTURES SDN BHD mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat menghadiahkan sebuah konsert kepada peminat kami di Borneo, terutamanya Sabah”, jelas Sam pula.

“Kami juga berharap concert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah daerah lain sekitar kepulauan ini,” tambah Youk. Bunkface juga berkata peminat-peminat di Sabah terutamanya boleh menjangkakan sebuah persembahan yang luar biasa dengan seleksi lagu-lagu hit dan persembahan audio berkualiti tinggi.

IKLAN

Bakal Gegarkan Bumi Borneo, Bunkface Janjikan Konsert Sarat Pengalaman Muzikal & Visual

Difahamkan tiket konsert ‘Bunkface Rock In Borne’ telah mula dijual pada 11 Jun 2023 di tapautix.tapau.aisa dengan harga bermula dari RM 88 untuk CAT 1 – Panik , RM 128 untuk CAT 2 – Revolusi, dan RM 158 untuk CAT 3 – Situasi.

IKLAN

Buat warga Borneo inilah peluang untuk anda saksikan bang indie ‘legend’, Bunkface beraksi di depan mata.

Jangan lupa subscribe dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Salah satu cara terbaik mengekalkan stamina dan kecergasan ialah melakukan ‘Full Body Workout’ menggunakan dumbbell. Jom ikuti senaman ini bersama @Alif Muhaimin #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #workout #malaysiagym #workoutmotivation Special thx @Under Armour ♬ original sound – Maskulin

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI