PERASAAN GEMBIRA DAPAT SELAMATKAN NYAWA
Satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila kita berjaya tolong para doktor selamatkan nyawa orang lain. Darah yang anda derma akan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit. Setiap komponen boleh digunakan oleh penerima yang berbeza untuk pelbagai tujuan. Setiap kali anda menderma darah, anda dapat membantu dari 3 ke 4 penerima setiap seorang.
MENDERMA DARAH BOLEH KURANGKAN RISIKO KANSER
Derma darah secara konsisten dikaitkan dengan dapat kurangkan risiko kancer termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Siapa yang tak nak kurangkan risiko kanser kalau dah diberi peluang kan?
BAGUS UNTUK KESIHATAN
Ia dapat kurangkan jumlah iron (zat besi yang berlebihan) di dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Berdasarkan kepada kajian yang telah dicetak dalam American Journal of Epidemiology, blood donors are 88% less likely to suffer a heart attack. Ini kerana setiap kali penderma menderma darah, zat besi akan dikeluarkan dari sistem, dan secara tidak langsung dapat menghindarkan dari risiko sakit jantung.
Ads
PEMERIKSAAN (CHECK-UP) KESIHATAN
Anda hanya boleh menderma jika anda sihat secara keseluruhan. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, anda akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan dan ianya percuma untuk para penderma. Itulah kelebihan yang anda akan terima. Contohnya, anda akan mengetahui jika tekanan darah anda tidak normal dan ianya dapat membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teru
Selepas darah didermakan, darah dan produk darah yang diperolehi akan diperiksa untuk mengetahui jika terdapat sebarang jangkitan. Anda boleh memilih untuk diberitahu jika mereka mendapati apa-apa yang tidak normal dalam ujian saringan tersebut. Derma darah yang kerap adalah bagus untuk kesihatan tambahan pula anda dapat percuma pemeriksaan yang akan membantu anda kekal sihat.
Ads
MENGETAHUI JENIS DARAH
Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima analisis darah secara percuma dan bagi penderma yang pertama kali, anda akan mengetahui jenis darah anda. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar. Walaubagaimanapun, sebagai penderma darah, anda akan dapat percuma.
Darah yang diderma akan diperiksa untuk beberapa faktor kesihatan bagi memastikan ia boleh digunakan untuk penerima. Antara faktor ianya perlu diperiksa termasuk HIV, syphilis dan hepatitis. Jika darah itu tadi mengandungi faktor kesihatan yang memudaratkan, maka penderma akan diberitahu dan sama sekali tidak boleh menderma.
Ads
Semasa proses menderma, anda akan terima snacks, juice, dan makanan lain secara percuma. Kadang-kadang, dorang akan beri free t-shirts, stickers dan jika anda bertuah, mungkin dapat sijil macam saya. Masa saya isi borang pendaftaran, ada seorang sister (nurse) minta kad pengenalan saya. Ingatkan nak tulis dalam buku rekod tapi rupanya masa saya tengah derma darah, dia bagi sijil. Rasa terharu juga, macam dah buat satu achievement. (penderma darah tegar mesti jealous)
BAKAR KALORI
Derma darah adalah jalan paling senang untuk kurangkan berat badan. Setiap kali anda menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Ini boleh membantu dalam proses untuk kurangkan berat badan. Bagaimanapun, darah selamat diderma pada setiap dua atau tiga bulan dan bukannya pada setiap bulan. Ini juga bergantung kepada tahap kesihatan anda, hemoglobin darah dan paras zat besi anda. Patut lah orang kata siapa derma darah akan naik berat badan, bila kalori terbakar mestilah kita rasa lapar.
PENAMBAHAN SEMULA DARAH BAIK UNTUK TUBUH
Replenishing darah adalah baik untuk tubuh kita. Derma darah membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan dapat bekerja secara produktif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini viral di media sosial cara penghasilan kopi luwak yang membuatkan netizen dan khususnya penggemar kopi luwak terkejut. Malah, mereka tidak menyangka di sebalik harga yang mahal itu tersembunyi ‘rahsia’ kandungannya yang tidak dijangkakan.
Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular di dunia dan kebanyakkan daripada kita akan mengambil kopi pada pagi hari untuk membangkitkan semangat. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum minum kopi di pagi hari.
Kopi semakin hari kian berkembang di serata dunia dan pemasar kopi juga semakin rancak berusaha menghasilkan kopi yang terbaik untuk dijual kepada penggemar minuman kopi ini. Di antara berjuta-juta jenama kopi yang terdapat di dunia, kopi luwak merupakan kopi yang termahal di dunia. Biji kopinya mencapai harga sehingga USD100 per 450 gram.
Kopi ini dikenali sebagai kopi yang mahal kerana ia merupakan campuran biji kopi yang diambil dari sisa najis luwak atau musang.
Kopi Luwak sudah lama terkenal di kawasan Asia Tenggara, namun semakin menjadi perhatian peminat kopi gourmet setelah diiklankan pada tahun 1980-an. Siapa yang dapat menyangka biji kopi yang mahal ini sebenarnya adalah campuran daripada pencernaan seekor musang.
Bagi penggemar kopi, keenakan kopi luwak adalah berdasarkan kepada dua faktor iaitu haiwan berkenaan mahir memilih buah kopi yang terbaik untuk dimakan. Oleh itu, biji kopi yang diperoleh darinya mempunyai kualiti yang tinggi. Selain itu, ketika biji kopi dicernakan ia menyerap enzim di dalam saluran pencernaan haiwan tersebut. Hasilnya, rasa kopi itu seperti coklat dan tidak pahit.
Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
1. Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam
2. Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dapatkan tubuh yang menarik dengan senaman bakar lemak gaya tabata yang terbukti efektif dan mudah untuk dilaksanakan dirumah tanpa menggunakan sebarang peralatan khusus. Senaman ini dapat mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh badan agar tubuh dapat membakar lemak dengan lebih pantas.
CLAP PRESS-UP
– Mulakan dengan posisi tekan tubi
– Dengan perlahan, rendahkan tubuh dengan lengan dibengkokkan sehingga 90 darjah
– Tolakkan badan ke atas dengan kuat sehingga terangkat dan tepukkan tangan
– Sediakan tangan untuk bersedia menahan badan ketika badan jatuh ke posisi asal.
– Ulang semula
PRONE SWIMMER
-Mulakan dengan posisi meniarap dan pastikan hujung hidung mencecah lantai
-Tangan diletakkan di posisi 90 darjah di sisi badan dan tahan
-Pastikan bahagian belakang badan tidak melentur
-Tolak kedua-dua tangan kehadapan dan tahan
-Tarik semula tangan ke posisi 90 darjah di sisi badan
SPEED SKATER
-Mulakan dengan posisi berdiri dan kaki kiri dan tangan kanan di tarik ke belakang selari
-Lompat ke arah bertentangan dan kaki kanan dan tangan kiri pula di tarik kebelakang selari
-Ulang semula
PRISONER JUMP SQUAT
-Mulakan dengan posisi kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan buka luas bahagian bawah lengan.
-Pastikan lengan dan kaki dibuka luas dalam keadaan selari dan rendahkan sedikit badan sehingga lutut membengkok
-Lompat kehadapan dan jatuh semula dalam keadaan tubuh direndahkan sehingga lutut membengkok
ALTERNATING REACH PRESS-UP
-Mulakan dengan posisi tekan tubi
-Sebelum merendahkan tubuh, pastikan tangan kanan di tolak keluar dari sisi badan dan tangan kiri rapat ke sisi badan seperti tekan tubi
-Rendahkan badan seperti senaman tekan tubi
-Ulang semula dengan tangan kiri pula di tolak keluar ke sisi badan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Kadangkala pengorbanan mereka tidak terjangkau akan betapa sukarnya harus mereka lalui. Namun demi anak tercinta ibu hebat ini sanggup mengenepikan bukan sahaja keselesaan diri tetapi identitinya sendiri.
Seorang wanita berasal dari Tamil Nadu, India dilaporkan terpaksa menyamar dan menjalani hidup sebagai lelaki selama lebih 30 taun demi membesarkan anak perempuannya dengan selamat.
Petchiammal yang beradal dari sebuah kampung dikenali dengan nama Kattunayakanpatti megambil langkah drastik ini demi memastikan keselamatan anaknya dalam sebuah sistem sosial yang cukup bersifat patriaki.
Memetik laporan dari New Indian Express, wanita hebat ini berdepan cabaran yang cukup besar selepas beberapa bulan berkahwin. Suaminya, Siva meninggal dunia haya selepas 15 haru perkahwinan mereka. Petchiammal yang pada ketika itu berusia 20 tahun kemudian melahirkan anak perempuan mereka, Shanmugasundari.
Pada awalnya dia mendapati bahawa cukup sukar untuk membesarkan seorang anak seorang diri kerana dalam masa yang sama dia bekerja di tapak pembinaan, hotel dan juga kedai teh. Selain itu, dia juga memutuskan untuk tidak berkahwin lain.
Ketika ditempat kerja yang didominasi pekerja lelaki, wanita berjiwa kental ini berdepan masalah gangguan seksual. Sehinggalah pada suatu hari dia sudah tidak tahan dan mengambil keputusan untuk mengubah identiti dengan berpenampilan sebagai lelaki.
Dia menukar pakaiannya dan memperkenalkan diri sebagai Muthu. Dan bermula dari saat itulah selama 36 tahun, Petciammal hidup sebagai seorang ‘lelaki’ yang membesarkan seorang anak perempuan.
Kini, anaknya sudah pun berkahwin dan kehidupan mereka bertambah baik dan senang. Akan tetapi Petciammal masih belum bersedia untuk mengubah kembali identitinya. Jelasnya lagi, perubahan itu bagi memastikan keselamatan anaknya sentiasa terjamin dan dia harus kekal sebagai Muthu sampai bila-bila.
Satu pengorbanan yang cukup besar dari seorang ibu untuk anaknya.
Kredit: New Indian Express
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.