Man photo created by shayne_ch13 - www.freepik.com

Sejak minggu lalu, cuaca di negara kita terutamanya di Lembah Klang sememangnya sangat panas sekali. Malah tidur pada waktu malam juga boleh berpeluh kalau tidak menggunakan aircond atau kipas angin yang kuat.

Dalam pada tempoh beginilah penggunaan aircond atau penghawa dingin di rumah terutamanya di bilik tidur akan meningkat dan lebih kerap. Apabila semakin kerap digunakan maka ia perlu diservis dan diselenggara dengan kerap.

Mahu tidak mahu terpaksalah upah orang yang pakar dalam bidang servis aircond. Tapi tahukah anda ada beberapa langkap dan cara bagaimana untuk anda bersihkan aircond setiap kali selepas digunakan.

Bangun Pagi Jangan Terus ‘OFF’ Aircond, Lakukan Step Ini Barulah Aircond Sentiasa Bersih & Susah Rosak
Photo photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

MASKULIN yakin ramai di antara anda apabila bangun tidur sahaja atau ingin keluar bilik terus tutup suis atau tekan ‘OFF’ pada alat kawalan jauh.

Berikut kami kongsikan beberapa cara untuk bersihkan aircond dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh sahaja. Ikuti beberapa step di bawah:

IKLAN

Ingat ya, selepas menggunakan aircond pada waktu malam, ELAKKAN daripada matikan terus aircond. Sebaliknya lakukan langkah berikut.

CARA BERSIHKAN AIRCOND

1. Pertama sekali, anda perlu tukarkan mode pada alat kawalan jauh daripada ‘COOL’ kepada mode ‘FAN’. Kemudian tetapkan kelajuan kipas kepada tahap TERTINGGI.

2. Selepas itu anda biarkan sahaja aircond ‘run’ selama lebih kurang 15 minit.

IKLAN

3. Apabila cukup masa tersebut barulah anda boleh ‘OFF’atau matikan aircond dengan menggunakan alat kawalan jauh atau suisnya.

Bangun Pagi Jangan Terus ‘OFF’ Aircond, Lakukan Step Ini Barulah Aircond Sentiasa Bersih & Susah Rosak

KENAPA PERLU TUKAR KEPADA MODE FAN

Apabila mode ‘FAN’ diaktifkan ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Oleh itu hanya blower kipas fancoil sahaja yang berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.

IKLAN

Ia juga akan mengeringkan kelembapan yang ada pada dalaman unit aircond. Oleh itu ia mampu membantu mengurangkan berlakunya pengumpulan kotoran dan kulat yang boleh muncul dari debu serta kotoran yang bercampuran faktor kelembapan.

Apabila berlaku kotoran yang tidak diberikan perhatian maka aircond juga akan jadi kurang sejuk malah jika dibiarkan berlarutan boleh rosak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam penjagaan aircond berfungsi dengan lebih baik.

https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=8s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI