
Setiap daripada kita mempunyai impian yang ingin dicapai. Tidak kiralah ia impian hidup atau impian dalam kerjaya. Bila sudah berjaya dicapai, ia memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Namun, sesuatu kejayaan itu lebih manis rasanya apabila dapat dikongsi bersama keluarga tersayang. Buktinya adalah dua adik-beradik ini iaitu Safia Anisa dan kakaknya Safia Amira.
Mereka berdua sejak dari kecil menyimpan hasrat untuk menjadi seorang juruterbang mengikut jejak langkah ayahnya terbang menjelajah seluruh pelusuk dunia.
Baru-baru ini dia telah berkongsi melalui ciapan di twitter tentang kesanggupan bapanya menukar syarikat penerbangan yang sudah bapanya curahkan selama 40 tahun. Ini kerana ia adalah hasrat bapanya yang ingin terbang bersama dua orang anak gadisnya.
Selain itu, dia turut menceritakan serba sedikit perjalanan karier bapanya sebagai seorang juruterbang. Ia bermula sebaik sahaja bapanya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menjadi ‘Kadet’ untuk sebuah syarikat penerbangan Malaysia dan berkhidmat di situ selama 40 tahun.
BACA: Selain Peguam, Ini 9 Kerjaya Yang Sukar Lepas Daripada Berlakunya Curang
Ia lebih manis apabila bapanya membuat keputusan untuk bertukar tempat kerja dan rela menjadi juruterbang ‘Junior’ untuk bersama dua orang anaknya sebelum bersara.
Safia juga tidak ketinggalan meluahkan rasa syukur dan gembiranya kerana berpeluang untuk terbang bersama bapanya yang digelar ‘Abah’.
Ciapan penghargaan terhadap bapanya mendapat 51.6 Ribu ulang ciap serta 71 ribu tanda suka.
Earbud Jabra Tahan Lasak Lulus Standard Tentera AS

Tambahan baharu Jabra kepada rangkaian aktifnya, Elite 8 Active, akan menetapkan penanda aras baharu untuk ketahanan dan kesesuaian kerana ia diuji untuk menjadi fon telinga paling lasak di dunia, dengan standard ketenteraan.
Direka lebih dari sekadar untuk berlari atau bersukan, ia direka untuk cukup tahan lama untuk pengguna tanpa mengira apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka.
Elite 8 Active buds lulus semua ujian yang diperlukan untuk US Military Standard for Ruggedized Electronics (810H)
Ia kedap air sepenuhnya apabila tenggelam sehingga 1.5 meter serta diberi penarafan IP68, bermakna ia adalah kalis habuk dan air sepenuhnya. Selongsong pengecasnya pula dinilai IP54 sebagai kalis habuk dan percikan.
TIDAK JEJAS KUALITI BUNYI
Walaupun fon telinga Jabra Elite 8 Active berbangga dengan ketahanannya, ia tidak menjejaskan kualiti bunyi dan estetikanya. Dolby Audio memberikan bunyi yang jelas untuk pengalaman mendengar yang lebih lama dan selesa.
“Untuk Elite 8 Active, kami memenuhi keperluan pengguna untuk yakin menggunakan fon telinga mereka, di mana sahaja mereka berada, dari tempat kerja hingga bersenam.
“Ini adalah inovasi terbaharu pihak Jabra kerana kami telah memperkenalkan rangkaian Elit yang telah diuji untuk menjadi fon telinga paling lasak di dunia,” kata Kean Chee Yap selaku engurus Negara, Pengguna bagi Jabra Malaysia, Indonesia & Filipina.
Dijual dengan harga RM1,049.00, Jabra Elite 8 Active didatangkan dalam warna Karamel, Navy dan Dark Grey.
Ketahui lebih lanjut mengenai Jabra Elite 8 Active di www.jabra.com.
“Sampai Bila Nak Kena Tipu Dengan Founder & Produk Tak Berdaftar KKM”, Perkongsian Ajar Pengguna Jadi Lebih Bijak

Pada zaman kini bukan wanita sahaja yang banyak membeli dan menggunakan produk berkait rapat dengan kesihatan, kecantikan dan juga agen untuk menurunkan berat badan.
Seringkali kita dengar beberapa kes di mana pengguna mendaftar kesan yang buruk selepas mengambil ubat-ubatan atau makanan yang didakwa mengandungi khasiat untuk kesihatan.
Namun ada anda sebagai pengguna sedar sesetengah produk di pasaran melanggar undang-undang dan tidak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebuah perkongsian menarik telah dilakukan oleh di Facebook oleh page Public Health Malaysia berkaitan dengan isu ini. Di dalam posting ini pihak mereka memberi ingatan kepada pengguna agar lebih berhati-hati. Dan paling penting berkongsi tip bagaimana nak kenal pasti sama ada produk yang anda beli mendaftar atau tidak.
Perkongsian ini juga mengajar bagaimana untuk anda elak jadi mangsa penipuan penjual produk tidak berdaftar KKM. Jom ikut perkongsian tersebut di bawah:
PRODUK INI BERDAFTAR TAK DENGAN KKM?
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah membuat kenyataan akhbar berkenaan produk tidak berdaftar dan mengandungi bahan terlarang yang dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.
Lebih mengejutkan orang ramai ada produk yang sangat terkenal kerana diiklankan secara besar-besaran termasuklah melalui billboard di sepanjang lebuh raya tanah air kita.
Sampai bila nak kena kencing dengan founder & penjual produk tidak berdaftar dengan KKM? Sampai bila nak tertipu?
Jom periksa sendiri status pendaftaran sesuatu ubat atau produk kesihatan!
Produk berdaftar dengan KKM ada 2 ciri:
1. Mempunyai nombor pendaftaran MAL KKM yang boleh diperiksa di http://npra.moh.gov.my atau aplikasi NPRA Product Status.
- Nombor pendaftaran MAL KKM ini wajib dipamerkan pada packaging produk bag memudahkan pengguna periksa sama ada betul atau tidak.
- Sebagai contoh ada penjual online jual Panadol Extra Tablets. Kita boleh guna nama ubat/produk tersebut untuk memeriksa kesahihan tentang status pendaftaran KKM nya. (Rujuk gambar 1)
- Contoh kedua penjual online memberitahu produk tersebut mempunyai nombor pendaftaran KKM MAL iaitu MAL19983954X. Anda boleh gunakan nombor tersebut untuk turut diperiksa. (Rujuk gambar 2)
- Selain itu kita juga boleh membuat pencarian dengan menggunakan holder name(Pemilik nombor pendaftaran produk), manufacturer name, importer dan active ingredient.
2. Mempunyai hologram meditag KKM.
- Produk yang berdaftar dengan KKM mempunyai hologram khas yang disediakan oleh KKM.
- Hanya hologram meditag KKM sahaja yang valid.
- Kini kebanyakan produk berdaftar yang berada di pasaran menggunakan hologram meditag generasi 3 dan terbaru sekali generasi empat yang boleh di”scan” dengan menggunakan aplikasi Meditag Checker. (Rujuk gambar 3)
Kesimpulan:
- Setiap produk kesihatan atau ubat yang berdaftar dengan KKM mempunyai dua ciri utama seperti yang disebut di atas.
- Jika penjual memaklumkan produk mereka berdaftar dengan KKM, periksalah kedua-dua ciri tersebut. Jika ada, maka sahihlah produk tersebut berdaftar dengan KKM.
- Jika tidak, penjual tersebut cuba memperdayakan kita supaya membeli produk tidak berdaftar dengan KKM yang dijual oleh mereka.
- Hanya produk berdaftar dengan KKM mempunyai jaminan keselamatan, keberkesanan dan kualiti daripada KKM.
- Penggunaan produk tidak berdaftar dikhuatiri hanyalah penipuan atau mengandungi bahan terlarang yang memudadatkan kesihatan serta membahayakan nyawa.
- Semoga selepas ini kita tidak lagi tertipu dengan penjual ubat dan produk kesihatan yang tidak bertanggungjawab.
Diarap perkongsian menarik dari Public Health Malaysia sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda.
Perkongsian asal:
Karya Seni Bersejarah Van Gogh Kini Tampil Dalam Bentuk Seni Digital

Buat penggemar karya seni lukisan nama Van Gogh pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Barisan karya lukisannya menjadi seni moden yang cukup terbilang dan dikagumi ramai.
Tidak semua orang berpeluang untuk menyaksikan sendiri lukisan atau karya Van Gogh di luar negara. Tapi sekarang tidak lagi dengan pengenalan pameran seni digital 360 darjah dikenali ‘Van Gogh: The Immersive Experience’.
Pameran ini sebenarnya telah dianjurkan dengan cukup berjaya di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat dengan pengunjung merasai seni digital bersifat cukup imersif.
Terbaru, ‘Van Gogh: The Immersive Experience’ turut dianjurkan di negara jira, Singapura bermula 1 Mac 2023 yang lalu.
Ia merupakan pameran debut seumpamanya di Asia Tenggara buat tahun 2023 dengan pembukaannya di Resorts World Sentosa (RWS), B1 Forum. Pengalaman seni digital yang sangat menarik dan menakjubkan ini diterajui oleh H&B dengan kerjasama Exhibition Hub, Fever, dan RWS.
H&B, sebuah syarikat aktivasi dan penglibatan generasi baru yang sebelum ini membawa ‘Dale Chihuly: Kaca Bunga’ ke Singapura semasa wabak COVID-19, telah bekerjasama dengan Exhibition Hub, Fever, serta destinasi rekreasi gaya hidup mewah, RWS, untuk membawa pengalaman imersif Van Gogh yang sangat dinantikan ke Singapura.
“Salah satu impian H&B adalah untuk berkongsi keindahan seni dalam pelbagai bentuk dengan Singapura, dari patung dan lukisan, hingga pengalaman seni digital yang imersif,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif H&B, Michael Lee.
“Kami sangat gembira untuk menganjurkan pameran unik ini dengan kerjasama Resorts World Sentosa, Exhibition Hub dan Fever, dan untuk membuat debut Van Gogh: Pengalaman Imersif di destinasi rekreasi gaya hidup premium di Asia Tenggara, Singapura.”
KEMUNCAK UTAMA
Salah satu kemuncak utama pameran ini ialah kawasan projeksi pusat yang luas di mana projeksi digital menjadi paling menonjol, mencipta satu ruang yang menakjubkan di mana pengunjung boleh duduk dan mengalami keajaiban seniman Belanda tersebut dari setiap sudut.
Menurut Naib Presiden Gaya Hidup RWS, Scott Peterson, “Meletakkan tetamu pada keutamaan perniagaan, kami sedang memulakan pembaharuan tawaran pelancongan kami untuk meningkatkan daya tarikan destinasi RWS, sekali gus mengambil kesempatan ke atas permintaan tinggi pasca pandemik.
‘Van Gogh: The Immersive Experience’ telah menawan tetamu di seluruh dunia dengan teknologi terkini dalam pengalaman seni-imersif.
“Kami gembira untuk memperkenalkan pameran yang menarik sebegini dengan rakan kongsi kami di rantau ini, dan juga membawa pengalaman interaktif yang terkenal kepada tetamu kami di Singapura dan dari seluruh dunia”.
SENI KUNO
Pameran edisi Singapura ini turut mempersembahkan seni kuno pembuatan stempel kayu Jepun menjadi terkenal di Perancis pada tahun 1880-an, di mana Van Gogh melihat impak yang diberikan oleh bentuk seni oriental ini terhadap seni barat.
Memiliki minat yang tinggi dalam gerakan Japonisme, ia mempengaruhi gaya seni lukisan Van Gogh, mencipta karya-karya agung seperti ‘Geisha’.
Sebagai penghormatan kepada budaya Jepun, turut dipamerkan adalah upacara teh matcha yang asli, di mana tetamu dapat menikmati rasa matcha segar selesai tamat upacara tersebut.
‘Van Gogh: The Immersive Experience’ kini dibuka kepada orang awam bermula dari 1 Mac 2023. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang vangoghexpo.com/singapore/.