Di sebalik ujian itu ada rahmat di sebaliknya. Ityulah antara kata-kata bagi umat Islam yang sentiasa dipegang dan sering kita dengar. Dugaan serta ujian melanda dunia berdepan COVID-19 kini bukan lagi satu perkara yang melibatkan mana-mana negara atau bangsa sahaja.

Coronavirus ini mengjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Dan kini dunia hampir lumpuh disebabkan oleh wabak ini. Namun di sebalik ujian ini muncul bantuan yang mencurah-curah terutamanya buat petugas kesihatan yang menggadaikan nyawa mereka demi menyelamatkan pesakit yang dijangkiti.

Terbaru jenama kasut penjh tradisi dan terkenal, Bata Group telah mengumumkan bahawa mereka akan menyumbangkan sebanyak satu juta pasang kasut untuk pertugas kesihatan, sukarelawan dan juga ahli keluarga mereka bagi berdepan wabak COVID-19.

Bata Sumbang Sejuta Pasang Kasut Untuk Petugas Kesihatan & Frontliners Seluruh Dunia

IKLAN

Dalam kenyataam media yang dikeluarkan hari ini, Bata Primavera Sdb Bhd berkata sumbangan ini diharap mampu memberi impak dan membantu di beberapa buag negara di Eropaj, Amerika Selatan, Afrika, Adia Pasifik dan juga Asia.

Sejak penularan wabak ini, Bata telah melancarkan kempen ‘Bata Heroes’ di mana mereka telah bekerjasama dengan banyak badan bukan kerajaan, rakan badan kebajikan, badan kerajaan tempatan dan juga organisasi kesihatan lagi sebagai respons kepada COVID-19.

IKLAN

Antara negara yang menyaksikan penglibatan aktif Bata ialah di Malaysia, India, Czech Republic, Bangladesh, Pakistan, Colombia, Italy, Kenya, Zimbabwe, Chile, Peru dan Thailand.

IKLAN

Selain kasut, Bata juga telah menghasilkan dan menyumbangkan beberapa produk lain seperti topeng muka, perlatan perlindungan muka dan PPE untuk petugas kesihatan selain sumbangan makanan, produk kebersihan dan juga dana menerusi Bata Children Program dan Bata Shoe Foundation.

Pada 24 April yang lalu juga menyaksikan Bata Malaysia memberikan sumabangan kira-kira 500 pasang kasut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Menteri Kesihatan Dato Sri Adham Baba.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI