
Anda mengalami masalah bateri lemah atau mati? Tidak ada apa-apa masalah. Anda perlukan kereta lain untuk jump start kenderaan anda sahaja.
Maklumlah di musim PKP ini kita jarang sekali menghidupkan enjin kenderaan bukan, hingga bateri kong?
Apa masih tidak tahu jump start kenderaan? Juga tidak menjadi masalah. Berikut adalah cara yang paling selamat untuk melakukan jump start dari DIY Malaya.
Menurutnya yang paling penting JANGAN klipkan kabel hitam di terminal negatif kedua-dua kereta. Sebaliknya kabel negatif (hitam) di kereta penerima perlu diklipkan di badan atau enjin kereta.
Ini kerana untuk mengelakkan percikan api (spark) terbentuk yang boleh meletupkan gas hidrogen yang mungkin ada di sekitar bateri tersebut.
Jadi, mulai sekarang JUMP START kereta seperti seorang Pro!
Sumber: DIY Malaya
Pengguna Waze Kini Boleh Guna Google Assistant, Navigasi Arahan Suara Lebih Lancar

Tak dapat dinafikan, Waze merupakan aplikasi navigasi GPS yang paling popular di Malaysia dan banyak negara di peringkat antarabangsa.
Populariti Waze di negara kita seumpananya telah mewujudkan istilah ‘Waze’ untuk mencari arah di kalangan pemandu tempatan. Ia seolah menjadi seperti Google yang dirujuk untuk mencari apa-apa jua maklumat. Waze pula untuk mencari lokasi atau penunjuk arah jalan paling cepat atau terdekat.

BACA: Cara Nak Setting Aplikasi Waze, Elak Masuk Jalan Merepek!
Menyedari populariti tersebut, Google telah mengambilpendkatand engan mengintegrasikan Google Assistant bersama aplikasi Waze. Menurut kenyataan media daripada Google, program tersebut boleh membantu pemandu menggunakan Waze menerusi telefon pintar Android bermula pada 10 Jun lalu di Amerika Syarikat.
KEMUDAHAN HEBAT
Dengan komuniti pengguna aplikasi Waze yang sangat ramai ia telah mewujudkan koleksi data yang sangat banyak untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakan Waze. Dengan bantuan Google Assistant, pemandu kini boleh melakukan navigasi lain seperti muzik, podcast, mesej dan melakukan panggilan telefon tanpa perlu keluar dari aplikasi Waze.
Selain itu, pengguna juga boleh mengaksis dan menghantar perkongsian maklumat trafik dengan hanya menggunakan arahan suara. Dengan hanya berkata ‘Hey Google, report traffic’ atau ‘Hey Google, avoid tolls’, navigasi Waze dapat dilakukan dengan mudah.
Secara tak langsung ia boleh meningkatkan faktor keselamatran pemandu ketika memandu tanpa perlu memandang ke arah skrin teelfon pintar untuk mengkakses aplikasi tersebut. Sama-sama kita tunggu untuk lihat dan cuba sendiri teknologi ini dalam masa yang terdekat.
Sumber: Google
Inovasi ‘All-In-One Cushioning System’ Under Armour Flow Velociti SE Tawarkan Keselesaan Berpanjangan

Saban tahun kita melihat ada sahaja inovasi baharu yang diperkenalkan oleh jenama-jenama pengeluar kasut larian. Di antara teknologi yang sering berkembang dengan baik ialah sistem penyerapan tenaga pada bahagian midsole dan tapak kasut.
Boleh dikatakan hampir setiap jenama suka popular mempunyai teknologi mereka masing-masing. Begitu juga dengan Under Armour yang tidak pernah gagal memperkenalkan inovasi terbaru pada setiap tahun. Antara model kasut larian mereka yang terbaru menampilkan sistem penyerapan tenaga yang baik ialah UA Flow Velociti SE.
Ia merupakan model kasut susulan daripada Flow Velociti Wind yang tampil dengan karakteristik paling menyerlah iaitu dilengkapi system cushioning ‘all-in-one’. Sistem terbaru ini bukan sahaja berfungsi dengan cukup selesa untuk pelari malah membolehkan mereka melakukan larian lebih jauh.
UA Flow Velociti SE terbaru ini menawarkan pengalaman larian yang lebih baik dengan mengetengahkan sensasi rasa ringan. Inovasi yang diperkenalkan oleh Under Armour ini bermula dengan idea mereka untuk memastikan setiap pelari mampu berlari pada kelajuan terbaik serta catatan masa terpantas.
Solusinya, mereka membuang bahagian yang berat pada midsole tanpa mengabaikan faktor tahan lasak dan juga kualiti pada kasut tersebut. Foam yang dibentuk sebagai satu entiti di antara midsole dan tapak memberikan tahap responsif lebih baik, lebih mencengkam dan juga daya geseran yang baik.
Selain itu, Under Armour turut mengatakan mereka memberi jaminan bahawa UA Flow Velociti SE mampu memberikan penglaman larian yangbenar-benar berbeza serta membantu meningkatkan prestasi. Tahap responsif yang tinggi serta pemulangan tenaga yang baik menjadikan kasut larian ini dianggap sebagai antara terbaik di pasaran.


Pembangunan dan kajian menghasilkan UA Flow Velociti SE juga menyaksikan lebih 130 orang atlet profesional telah berlari lebih 11,000 kilometer menerusi ujian yang dijalankan Under Armour. Rata-rata atlet yang menggunakan UA Flow Velociti SE mendapati kualiti larian mereka telah meningkat dengan baik.
UA Flow Velociti SE kini ditawarkan dalam empat jenis variasi warna berbeza iaitu dua varisi warna untuk lelaki dan dua untuk wanita. Ia boleh didapati di pasaran menerusi stor di atas talian Under Armour di sini.
Pomen Kamera Ini Kongsi Cara DIY Drybox Kamera Dengan Bajet Tidak Lebih Daripada RM10

Isu kamera dan lens dipenuhi fungus sentiasa menghantui jurugambar. Terdapat pelbagai produk drybox yang dijual di pasaran, namun harganya yang agak mahal membuatkan tidak semua orang mampu untuk memilikinya.
Sebagai seorang pembaikpulih kamera, Zamin Omar berkongsi di video live Facebooknya tentang isu yang seringkali pelanggannya keutarakan iaitu Fungus. Dia juga membuat video tutorial bagaimana untuk membuat kotak drybox sendiri.
Menurutnya, majoriti yang hantar kepadanya untuk dibersihkan segala fungus adalah disebabkan tiga perkara ini:
1. Tidak memiliki drybox
2. Membiarkan segala peralatan fotografi di dalam beg kamera
3. Memiliki drybox tetapi tidak memeriksa keadaan saluran elektrik ke drybox hingga ia terbiar dan dinaiki fungus.
Oleh itu, dia telah berkongsikan cara-cara buat sendiri drybox dengan hanya guna dua barang sahaja.
1. Dapatkan sebuah Tupperware saiz besar untuk menyimpan kamera dan lens
2. Beli dehumidifier di mana-mana kedai runcit serta pasaraya
3. Buka penutup dehumidifier
4. Koyakkan sedikit penutup aluminium dehumidifier dan tutup kembali
5. Letakkan dehumidifier ke dalam Tupperware dan kelengkapan fotografi anda terpelihara daripada fungus.