Selama ni bila sebut batik, ramai lelaki terus terbayang kemeja rasmi yang wajib dipakai masa majlis besar atau dinner syarikat.

Jujurnya, stigma ni buat batik nampak macam pakaian “khas” yang kena tunggu event tertentu baru boleh sarung.

Tapi sebenarnya, batik dah lama berevolusi.

Hari ni, ia bukan sekadar kain tradisi, tapi armour lelaki moden simbol identiti, keyakinan dan gaya yang tak lekang dek zaman.

@maskulinmyHafizi Radzi dan Izree Kai Haffiz, daripada FIZIWOO nak buang mindset lama yang kata batik hanya untuk event tertentu. Diorang percaya batik ni lebih daripada sekadar baju rasmi ia boleh jadi gaya harian dari sarung ke office, lepak kedai kopi, sampai hangout dengan kawan. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin

Corak, Warna & Personaliti Lelaki

Batik bukan sekadar cantik pada mata, tapi ia ada bahasa sendiri.

Corak bold dengan warna terang menunjukkan jiwa berani, extrovert dan tak takut jadi pusat perhatian.

Ton gelap atau neutral pula melambangkan sisi tenang, misteri dan matang.

Seperti kata Hafizi Radzi dari Fiziwoo, batik adalah identiti bergerak setiap helaian yang kita pilih, ada cerita tentang siapa kita sebenarnya.

Ads

Jangan Tunggu Majlis Rasmi

“Batik Adalah Identiti Kita, Jangan Tunggu Event Baru Nak Pakai” – FIZIWOO
Foto : Bebas News (Gambar Sekadar Hiasan)

“Batik adalah identiti kita. Kenapa perlu malu? Kenapa perlu tunggu acara besar baru nak pakai?” tegas Hafizi.

Katanya lagi, batik sepatutnya diraikan sebagai pakaian harian, bukan sekadar baju almari.

Dari kerja di pejabat sampai lepak hujung minggu, batik boleh masuk dalam semua gaya hidup lelaki moden.

Ia bukan tentang nampak “terlalu tradisional”, tapi tentang berani bawakan budaya dalam rutin harian.

Batik Itu Universal

Pengarah urusan Fiziwoo, Izree Kai, anggap batik terlalu luas untuk dihadkan pada satu bentuk.

Ads

Dari teknik wax resist hingga variasi corak, batik boleh diolah ikut kreativiti.

“Kita tak boleh limit batik hanya pada collar shirt. Ia boleh hidup dalam t-shirt, hoodie, sampai aksesori lelaki,” jelasnya.

Bila batik diterjemahkan ke dalam streetwear atau smart casual, ia terus nampak relevan, malah lebih segar.

“Batik Adalah Identiti Kita, Jangan Tunggu Event Baru Nak Pakai” – FIZIWOO
Foto : UTHM News (Gambar Sekadar Hiasan)

BACA LAGI : Luckin Coffee & FIZIWOO Perkenal Konsep Store Pertama Berinspirasikan Batik

Identiti Yang Hidup

Inilah kekuatan batik ia bukan sekadar pakaian, tapi warisan yang bergerak bersama pemakainya.

Ads

Lelaki moden tak perlu lagi pilih antara gaya dan budaya, sebab batik dah mampu gabungkan kedua-duanya.

Sama ada untuk tampil bold di majlis rasmi, santai di kafe, atau sekadar nak tunjuk rasa bangga dengan asal-usul, batik adalah statement yang paling jujur.

Batik bukan kain lama yang menunggu dilupakan. Ia adalah armour lelaki moden satu refleksi maskulin yang menyatukan tradisi dan gaya kontemporari.

Bila kita sarung batik, kita bukan saja pakai baju, tapi kita bawa identiti, personaliti, dan warisan bangsa ke mana saja kita melangkah.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads