Jenama fesyen kini dilihat lebih terbuka dalam melakukan ekspresi gaya yang lebih moden dan terbuka. Sejak kebelakangan ini semakin banyak jenama fesyen popular melakukan kolaborasi dengan judul-judul filem, siri TV dan tidak kurang juga animasi.

Terbaru, jenama denim terkemuka Levi’s mengumumkan kolaborasinya dengan siri animasi popular yang cukup ikonik, ‘Felix’. Hadir dengan karakter kucing berwarna hitam dan putih, bermata besar serta diiringi senyuman lebar, Felix the Cat merupakan antara watak animasi paling terkenal dalam sejarah filem dan TV.

Justeru bagi himpunan Musim Luruh/Dingin 2021, Levi’s dan and Felix the Cat bergabung memberikan penghormatan kepada kisah Felix di kolej menerusi pelancaran koleksi Levi’s x Felix the Cat, dipertontonkan sebagai Felix the Graduate – yang disuntik gaya baru dalam watak klasik kegemaran dunia ini.

Koleksi FW2021 LEVI’S® X FELIX THE CAT Tampilkan Pilihan Gaya Inspirasi Kolej & Kemas Kasual

Hasil inspirasi siri TV-nya pada era 1950-an dan ’60-an, koleksi ini meneroka idea Felix ketika berada di kolej. Felix the Graduate menampilkan kucing ikonik itu mengembalikan semula memori di Universiti Felix, dengan mengenakan helaian kontemporari pada rekaan klasik serta gaya varsity antaranya baju panas, kemeja ragbi, hoodie, jaket, seluar dan kemeja-T.

KEMAS & TRENDY

Koleksi ini juga mempersembahkan pertembungan antara penampilan kemas dengan stail jalanan ’90-an, sekali gus menzahirkan gabungan koleksi terbaik masa lalu dan zaman sekarang yang disemarakkan dengan pengaruh budaya pop.

Koleksi FW2021 LEVI’S® X FELIX THE CAT Tampilkan Pilihan Gaya Inspirasi Kolej & Kemas Kasual

IKLAN

“Kami inginkan kolaborasi bersama Felix yang sama sekali tidak dijangka oleh semua orang. lalu kami tampilkan konsep Felix the Graduate, dengan menunjukkan penampilan Felix sebagai pelajar kolej. Gaya preppy dan varsiti nyata relevan ketika ini dan kami suka dengan penampilan segak juga kemas, namun masih tampak ringkas serta santai.

“Sememangnya ada sedikit cetusan gaya lucu dan nakal pada koleksi ini, yang sememangnya amat sesuai dengan Felix. Kami seronok menghasilkan koleksi ini dengan pelbagai elemen kolej dan menjadikannya lebih segar serta moden, di samping menggabungkan imej ikonik dari arkib Felix.” jelas Ketua Pegawai Produk Levi’s, Karyn Hillman.

Koleksi FW2021 LEVI’S® X FELIX THE CAT Tampilkan Pilihan Gaya Inspirasi Kolej & Kemas Kasual

PENAMPILAN VARSITI

Rekaan dengan dengan idea lebih segar pada gaya klasik Levi’s, koleksi ini turut merangkumi Levi’s x Felix Pleated High Loose untuk wanita, iaitu seluar denim ringan hanya seberat 10-auns yang berdasarkan seluar Levi’s Balloon 1920-an, menyerlahkan potongan lebar dan longgar dengan lipatan di bahagian tengah. Untuk lelaki, versi seakan sama disediakan, dikenali Levi’s x Felix Pleated Pant untuk penampilan varsiti.

IKLAN

Koleksi FW2021 LEVI’S® X FELIX THE CAT Tampilkan Pilihan Gaya Inspirasi Kolej & Kemas Kasual

“Felix the Cat mempunyai caché tersendiri yang tidak ditelan zaman,” ujar Marc Low, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Gaya Hidup Global, Universal Brand Development. Dia dilihat secara meluas sebagai ikon budaya pop juga anti-hero, yang menarik perhatian generasi muda yang mungkin tidak tahu dengan akar umbi kartunnya, namun mengenalinya menerusi aliran fesyen yang dibawanya.

“Kolaborasi Levi’s x Felix ini memanfaatkan sepenuhnya unsur nakal Felix menerusi koleksi penuh gaya yang membayangkannya semula sebagai ikon fesyen bagi golongan pelajar kolej.”

Setiap elemen dalam koleksi ini mengambil ilham bukan sahaja daripada grafik arkib Felix, malah daripada elemen klasik kolej. Kemeja berkolar separuh-separuh Levi’s x Felix Rugby Shirt menampilkan jaluran ragbi pada satu bahagian sementara sulaman grafik Felix pada bahagian sebelahnya.

IKLAN

Koleksi FW2021 LEVI’S® X FELIX THE CAT Tampilkan Pilihan Gaya Inspirasi Kolej & Kemas Kasual

Turut disediakan himpunan hoodie yang bukan sahaja menampilkan grafik Felix gaya varsity, malah label lokar gymnasium pada bahagian hujung bajunya.

Sundries tidak ketinggalan diberikan penampilan kolej, iaitu pada tampalan belakang Levi’s x Felix, yang menonjolkan grafik kucing ikonik itu bersama label Two Horse Levis dengan kemasan timbul dalam rona emas pada latar hijau gelap atau merah tua, bagi mencerminkan penampilan buku tahunan kolej lama.

Para peminat juga pastinya perasan atau mengambil perhatian kepada panji-panji penghormatan Felix University, selain grafik tampalan di bahagian belakang seluar di beberapa helaian terpilih.

Berharga antara RM119 ke RM379, koleksi Levi’s x Felix The Cat ini boleh dibeli melalui levi.com.my dan butik Levi’s terpilih seluruh negara mulai 24 September 2021.

https://www.youtube.com/watch?v=8D2XIF_ncEQ

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI