Cadbury dan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) mempunyai persamaan yang ketara terutamanya dalam mencetus detik manis di antara teman – teman dan keluarga tersayang.Cadbury, jenama konfeksi ternama di bawah Mondelēz International, dan teraju bola sepak Liga Perdana, telah melanjutkan usahasama ini ke Malaysia.
Jika anda seorang peminat setia bola sepak antarabangsa, pastinya anda mengenali Andrew Cole iaitu bekas pemain bola sepak Manchester United. Beliau telah dipilih oleh pihak Cadbury untuk merasmikan usahasama diantara Cadbury dan Liga Perdana ini. Menarik bukan?
Ads
Ads
Beliau sangat terpegun saat tiba di Malaysia beberapa tahun lepas kerana rakyatnya sangat menggemari bola sepak dengan berhimpun di gerai-gerai mamak ketika berlawanan berlangsung.
Ads
Jenama coklat terkenal Malaysia Cadbury telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana 10 pemenang berpeluang untuk menonton perlawanan Liga Perdana pilihan mereka. Anda hanya perlu membeli produk Cadbury di mana-mana kedai berhampiran anda dan hantarkan resit bukti pembelian melalui Whatsaap 016-6688576. Pertandingan ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018.
Tunggu apa lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TIDUR ADALAH AKTIVITI SEMULA JADI PEMULIHAN DIRI DI SAMPING MEMBUATKAN ANDA MERASA LEBIH BAIK, TIDAK HANYA SEKADAR PEMULIHAN HATI, MENCEGAH LINGKARAN HITAM DI BAWAH MATA. ORANG DEWASA MEMERLUKAN WAKTU TIDUR YANG SEMPURNA ANTARA 7- 8 JAM SEHARI UNTUK MEMBERIKAN WAKTU BAGI OTOT DAN FIKIRAN BERISTIRAHAT, SEMENTARA ITU HORMON-HORMON TERTENTU DAPAT BEKERJA HANYA KETIKA KITA TIDUR YANG BERKUALITI DI MALAM HARI, TERMASUK HORMON PERTUMBUHAN ATAU HGH, KERANA BEGITU PENTINGNYA TIDUR BAGI TUBUH KITA.
MENINGKATKAN MEMORI
Tahukah anda fikiran anda sangat sibuk sewaktu sedang terjaga? Sewaktu tidur kita akan memperkuat ingatan dan mempraktikkan keterampilan yang dipelajari sewaktu terjaga Jika anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, baik secara fizikal atau mental, maka selanjutnya anda akan mempraktikkannya. Dengan kata lain, jika anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, maka hasilnya akan menjadi lebih baik setelah anda tidur.
UMUR LEBIH PANJANG
Terlalu banyak atau terlalu sedikit tidur dikaitkan dengan umur yang lebih pendek, meskipun belum jelas apa penyebab dan kesannya. Dalam sebuah kajian yang dilakukan terhadap wanita berusia 50 hingga 79 pada tahun 2010, kematian lebih banyak terjadi pada wanita yang tidur kurang dari lima jam atau lebih sedikit setiap malam.
TIDUR MEMPENGARUHI KUALITI HIDUP
Banyak orang yang menganggap remeh dengan waktu tidur. Namun faktanya, jika Anda memiliki tidur yang lebih baik, maka Anda pasti dapat hidup lebih baik.
MENCEGAH SAKIT JANTUNG
Peradangan adalah keadaan yang sangat berkait dengan penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, arthritis, dan penuaan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur, enam jam tidur atau kurang setiap malam, memiliki tingkat protein inflamasi dalam darah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka memiliki waktu tidur lebih banyak. Penyelidikan pada tahun 2010 menemukan bahawa protein C-reaktif, yang berhubungan dengan risiko serangan jantung, lebih tinggi pada orang-orang yang memiliki waktu tidur malam enam jam atau lebih sedikit. Orang dengan masalah insomnia boleh mengalami peningkatan tekanan darah dan peradangan dengan penggunaan ubat tidur.
LEBIH KREATIF
Tidur yang berkualiti dapat memperkuatkan ingatan, otak juga akan mengatur dan menyusun semula memori, memberikan kita lebih kreatif. Para pengkaji dari Harvard University dan Boston College menemukan bahawa sewaktu tidur dapat menguatkan komponen emosional memori, yang dapat membantu dalam proses menjadi kreatif.
MENINGKATKAN PRESTASIOLAHRAGA
Jika anda seorang atlet, tidur mungkin adalah satu cara sederhana untuk meningkatkan prestasi anda. Satu kajian yang dilakukan di Stanford University menemukan bahawa Pemain sepak bola di sebuah Universiti yang cuba tidur sekurang-kurangnya 10 jam setiap malam selama tujuh hingga lapan minggu, kebanyakannya, tidak terlalu merasa letih di siang hari, dan lebih banyak memiliki stamina. Hasil kajian ini menunjukkan penemuan sebelumnya, iaitu pada pemain tenis dan atlet renang.
MENINGKATKAN KUALITI AKADEMIK
Anak-anak yang berusia antara usia 10 dan 16 yang memiliki gangguan pernafasan sewaktu tidur, di antaranya mendengkur, dan jenis-jenis gangguan pernafasan sewaktu tidur, lebih cenderung memiliki masalah dengan perhatian dan pembelajaran – menurut sebuah kajian di tahun 2010 pada Journal Sleep. Hal ini boleh mengakibatkan “gangguan yang ketara di sekolah,” Dalam kajian lain, mahasiswa yang tidak mendapatkan cukup waktu tidur memiliki kualiti yang lebih rendah daripada mereka yang cukup tidur.
MEMILIKI BERAT BADAN YANG SEMPURNA
Jika Anda berfikir tentang diet menurunkan berat badan, Anda mungkin juga perlu untuk merencanakan waktu tidur lebih awal. Pengkaji di University of Chicago menemukan bahawa orang yang diet dengan waktu istirahat yang baik, lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. kajian juga mendapati, orang yang mendapat sedikit tidur merasa lebih lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika Anda mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.
LEBIH RENDAH ( KETEGANGAN)
Dalam hal kesihatan, stres dan tidur merupakan 2 hal yang hampir bersatu, dan keduanya boleh mempengaruhi kesihatan jantung. Tidur mencukupi dapat mengurangi tingkat stres, dengan demikian orang yang dapat mengawalnya menjadikan tekanan darah mereka menjadi lebih baik. dipercayai juga bahawa tidur memiliki kesan dengan tingkat kolesterol, yang berperanan penting untuk penyakit jantung.
ELAK DARI KEMURUNGAN
Tidur nyenyak tidak hanya sekadar untuk meningkatkan kualiti hati dan mereda kemarahan, tetapi juga sangat baiki bagi kesejahteraan kita secara keseluruhan. Kurang tidur dapat menyebabkan kemurungan. Tidur malam yang berkualiti benar-benar dapat membantu orang yang kemurungan dan mengurangi kecemasannya. Anda akan mendapatkan lebih banyak penstabiliti emosi jika mendapatkan tidur yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebuah filem aksi berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak menjadi filem penampilan pertama Datuk Awie sebagai seorang pengarah.
Memetik laporan Astro Gempak, peluang ini muncul selepas pertemuan vokalis kumpulan Wings itu dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Mat London.
“Arwah dan penerbit filem ini bertemu saya dan kami berbincang mengenai ‘Rebel’. Saya agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini. Ini satu tanggungjawab besar, tetapi saya terharu dan menerima dengan hati terbuka,” ujar Awie.
Filem ini menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique sebagai pelakon utama, disamping Shikin Kamal, Azlan Komeng, dan Awie sendiri. Rebel: Berontak Untuk Berotak mengisahkan perseteruan antara Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) dalam sebuah pertubuhan yang sama. Awie menegaskan bahawa walaupun idea dan cerita asal adalah cetusan dirinya, ia tidak berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
“Saya ingin memaparkan proses ‘baik pulih’ dalam sebuah pertubuhan yang mungkin mengalami kepincangan. Intipati utama adalah sikap ‘rebel’ atau memberontak dalam diri seseorang. Setiap manusia tidak dilahirkan untuk menjadi jahat; tentu ada punca yang menyebabkan sikap itu timbul. Itu yang saya ingin tonjolkan,” jelasnya.
Pemilihan Ben Amir dan MK K-Clique sebagai teraju utama adalah kerana Awie merasakan industri perfileman perlu menampilkan muka baharu dalam filem aksi. “Ben Amir sebelum ini dikenali dengan naskhah romantik. Saya ingin mengubah dia menjadi hero dalam filem aksi. MK pula lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan kini aktif berlakon. Saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar,” tambahnya.
Sebagai filem sulung arahannya, Awie berharap Rebel: Berontak Untuk Berotak akan diterima penonton. “Tugas sebagai pengarah lebih sukar berbanding pelakon, tetapi saya belajar banyak perkara. Mungkin ada kelemahan dalam filem pertama ini, tetapi saya akan perbaiki jika diberi peluang pada masa depan,” ujarnya.
Zamin Fakry Zainol, penerbit filem ini, berkata pemilihan Awie sebagai pengarah dibuat berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang lakonan. “Kami yakin pengalaman Awie dapat diterjemahkan dengan baik sebagai pengarah. Sepanjang penggambaran, beliau melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.
Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak dihasilkan dengan kos hampir RM1 juta dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 Mei 2024. Pihak penerbit berharap filem ini akan mendapat tempat di hati penonton, terutama penggemar filem aksi.
Pejam celik, bahang Syawal sudah kian terasa. Walau apa pun situasi yang melanda, sama ada beraya di kota atau di desa, hari kemenangan ini tetap perlu diraikan dengan penuh rasa syukur dan gaya yang paling mantap.
Bagi seorang lelaki, gaya raya lelaki bukan sekadar untuk bergambar di Instagram, tetapi ia adalah cerminan disiplin dan penghormatan terhadap diri sendiri serta orang sekeliling.
Hakikatnya, setiap lelaki mahu nampak kacak. Namun, kadangkala keinginan untuk tampil ‘berbeza’ menyebabkan ramai yang terperangkap dalam eksperimen fesyen yang memakan diri. Jangan biarkan pagi raya anda dicemari dengan pandangan pelik tetamu atau saudara-mara.
MASKULIN senaraikan 7 tabiat grooming dan fesyen yang wajib anda elak jika tidak mahu nampak selekeh, janggal, atau seperti “mangsa fesyen” di hari raya nanti. Dengan memahami gaya raya lelaki yang betul, anda boleh tampil lebih yakin dan kemas.
Kita faham, anda mahu bau wangi itu kekal dari pagi sampai ke malam. Tapi tolong, jangan sembur perfume seolah-olah anda sedang mandi! Apatah lagi mencampur-adukkan pelbagai jenis bauan serentak.
Bukannya orang tertarik, silap hari bulan tetamu boleh pening kepala dan migrain bila duduk dekat dengan anda. Cukup sekadar semburan di titik nadi agar baunya halus tapi memikat—itulah asas gaya raya lelaki yang sebenar.
T-shirt memang selesa untuk sesi santai di petang raya, tapi elakkan memakai baju dengan cetakan jenama yang terlalu besar dan melampau.
Anda adalah seorang lelaki yang mempunyai identiti, bukannya papan iklan gergasi. Less is more. Pilih logo yang lebih subtle dan minimalis untuk nampak lebih matang dan sesuai dengan gaya raya lelaki.
Kekalkan gaya maskulin dengan seluar yang standard dan kemas. Elakkan memakai denim atau seluar yang sarat dengan cetakan jenama, sulaman yang keterlaluan, atau corak yang berselirat.
Gaya sebegini hanya membuatkan anda nampak terdesak untuk menunjuk-nunjuk jenama pakaian, sedangkan lelaki yang benar-benar bergaya tahu kekuatan terletak pada cutting seluar yang sempurna.
Ini adalah satu “No-Go” yang besar! Kasut dengan pelekat velcro hanya sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
Jika anda sudah dewasa, pakailah kasut yang melambangkan kematangan anda. Jangan biarkan imej segak berbaju Melayu musnah hanya kerana anda malas mahu mengikat tali kasut—ini boleh merosakkan keseluruhan gaya raya lelaki anda.
T-shirt V-neck sangat mencabar untuk digayakan, terutamanya jika anda mempunyai susuk tubuh yang kurus.
Ia akan membuatkan dada anda nampak lebih cengkung dan tubuh nampak lebih kecil daripada saiz sebenar. Apatah lagi potongan Deep V-Neck yang terlalu rendah—ia nampak janggal dan kurang sopan untuk digayakan di pagi raya yang mulia.
Mungkin 15 tahun dahulu imej punk rock atau rugged dengan tali pinggang penuh besi (studded) nampak hebat.
Tapi jika umur anda sudah mencecah 30-an, sudah tiba masanya aksesori ini “bersara” daripada almari anda. Tukarkannya dengan tali pinggang kulit yang berkualiti dengan kepala (buckle) yang ringkas untuk nampak lebih berwibawa dan sesuai dengan gaya raya lelaki moden.
Ini adalah kesilapan klasik yang sering dilakukan tanpa sedar. Sandal dicipta untuk memberikan aliran udara kepada kaki dan keselesaan tanpa perlu memakai kasut.
Apabila anda memakai stoking dengan sandal, fungsi asalnya hilang dan penampilan anda akan nampak seperti warga pencen yang keliru. Jika mahu memakai stoking, pakailah kasut. Jika mahu bersandal, biarkan kaki anda bebas.
Gaya yang hebat datang daripada kesederhanaan yang dilakukan dengan betul. Jangan biarkan kesilapan kecil ini merampas gelaran “paling segak” daripada anda tahun ini.
Tampil bersih, wangi secara bersahaja, dan pilihlah pakaian yang menghormati susuk tubuh anda. Dengan memahami prinsip gaya raya lelaki, anda bukan sahaja nampak lebih menarik, malah lebih dihormati dalam setiap kunjungan Syawal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang