Keadaan ekonomi pada hari ini amat mencabar. Namun itu tidak bermakna anda tidak boleh menjana sedikit pendapatan untuk menyokong pendapatan yang sedia ada iaitu gaji bulanan yang diraih hasil dari bekerja.

Belia pada hari ini lebih fokus untuk memiliki kereta pertama walaupun baru bekerja tanpa mengetahui bahawa adalah lebih baik ia dilaburkan untuk membeli rumah.

Afyan Mat Rawi telah membuat perkongsian video Youtube di ML Studios untuk memberikan sedikit garis panduan bagaimana golongan belia boleh menjana pendapatan pasif melalui pembelian rumah.

1. Beli rumah dahulu lebih baik daripada beli kereta

‘Beli Rumah Lebih Baik Dari Beli Kereta’, Konsultan Ini Jelaskan Kenapa Rumah Boleh Jana Duit!

Harga rumah pada hari ini tidak sama dengan 5 tahun yang akan datang. Jadi, kalau anda dah beli rumah pertama walaupun sekadar rumah flat sudah memadai  kerana ia adalah aset. Masa yang sama, harga kereta setiap tahun akan menyusut serta kereta dikira sebagai liabiliti (beban). Jadi anda perlu buat pilihan yang bijak.

IKLAN

2. Boleh beli rumah ikut kemampuan & tangga gaji

‘Beli Rumah Lebih Baik Dari Beli Kereta’, Konsultan Ini Jelaskan Kenapa Rumah Boleh Jana Duit!

Rumah yang sesuai untuk golongan belia adalah yang berharga daripada RM100K-RM150K. Di Lembah Klang masih ada rumah berharga seperti ini. Anda tinggal nak dengan tak nak sahaja dan ia adalah rumah flat/pangsapuri kos rendah.

Namun, tip ini langsung tidak bermakna jika anda sudah mempunyai niat untuk beli rumah seperti condominium atau rumah landed. Ingat, anda mahu pulangan bukan jadi beban. Jadi setkan pembelian mengikut tangga gaji terkini dan ukur baju di badan sendiri.

IKLAN

3. Setkan rumah yang dibeli untuk dijadikan aset

‘Beli Rumah Lebih Baik Dari Beli Kereta’, Konsultan Ini Jelaskan Kenapa Rumah Boleh Jana Duit!

Aset bermaksud sesuatu yang berharga serta menjana keuntungan serta membantu financial flow. Jika loan installment anda sebulan adalah RM800, naik taraf rumah tersebut dengan jadikan ianya fully furnished dan naikkan kadar sewa.

IKLAN

Dengan cara itu, anda boleh dapat nilai sewa lebih tinggi (balik modal untuk bayar kepada bank) serta untung pasif. Ataupun, anda boleh buat sistem sewaan mengikut kepala. Contohnya, sebuah rumah boleh disewakan kepada 6 orang. 1 kepala RM300, RM300 darabkan dengan 6 orang sama dengan RM1800.

Tolak installment bulanan bank, bil air & api, boleh dapat baki bersih dalam RM300-RM500 sebulan. Bergantung kepada cara anda uruskan duit.

4. Banyakkan membuat rujukan kepada pakar hartanah 

‘Beli Rumah Lebih Baik Dari Beli Kereta’, Konsultan Ini Jelaskan Kenapa Rumah Boleh Jana Duit!

Jika anda mahu jana pendapatan dengan memiliki hartanah lebih daripada satu, pastikan mempunyai ilmu yang betul. Di Malaysia terdapat ramai pakar hartanah yang mencetak buku serta membuat seminar hartanah yang berharga dari RM100-200. Antara nama yang sudah lama dalam bidang hartanah adalah Dr. Azizul Ali, Harith Faisal, Azizi Ali dan Faizul Ridzuan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI