Antara berita terbesar yang disampaikan oleh jenama jam mewah Bell & Ross untuk tahun ini ialah pengenalan koleksi Bell & Ross BR 05 Skeleton. Bagi anda yang mungkin kurang tahu tentang jenama ini, Bell & Ross merupakan antara pemain utama pembikin jam premium yang juga mengambil inspirasi indsutri penerbangan sebagai pilihan ramai lelaki sukses.
BR 05 merupakan antara model jam baru yang diperkenalkan oleh mereka. Beberapa versi telah dipasarkan sebelum ini dan kini Bell & Ross mengetengahkan versi ‘Skeleton’.
Menariknya model terbaru ini tampil dengan elemen yang lebih ringkas. Apa yang dibawa menerusi model terbaru ini ialah ketepatan, tahan lasak dan juga reka bentuk yang menggabungkan elemen bulat dan segi petak.
Dari segi rekaan pula, Bell & Ross menegaskan bahawa jam ini tergolong dalam ‘famili’ integrated case di mana tali jamnya seakan bercamtun terus dengan bahagian body jam.
Ads
Dengan saiz 40mm, ia merupakan saiz yang cukup sederhana serta sesuai buat jejaka yang mahu tampil lebih minimalis. Ia juga melekat dengan padan pada bahagian tangan bila dipakai kerana rekaan melengkung pada bahagian arc.
Ads
Sebagai alternatif, Bell & Ross juga menawarkan tali jam getah yang mampu memberikan gaya lebih berbeza.
Bell & Ross BR 05 Skeleton hanya dikeluarkan dalam jumlah 500 unit di seluruh dunia. Dan ia pastinya menjadi rebutan para penggemar jenama jam ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun lelaki tidak secerewet wanita dalam soal berpakaian, namun jangan sampai anda mengetepikan soal gaya sehingga membiarkan kesilapan fesyen ini menjadi habit dalam diri anda.
Ini kerana penampilan yang kemas melambangkan keperibadian diri lelaki. Jadi, jangan ‘tangkap muat’ apa sahaja fesyen yang anda suka tanpa memikirkan sama ada gaya yang anda pakai itu betul atau tidak.
Bukan apa, bimbang jika cara berpakaian itu menampakkan anda seorang yang pelik di mata orang lain.
Oleh itu, cuba semak kesilapan-kesilapan berfesyen ini. Jangan ulangi dan jadikan habit jika ada di antaranya yang pernah anda buat.
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.
Jenama fesyen Raya moden tempatan, Qhiam, mempersembahkan koleksi Qhiam Raya 2026 dengan gaya kontemporari, nilai kekeluargaan dan rekaan baharu yang lebih segar.
Tahun ini bukan sekadar memperkenalkan siluet dan fabrik terkini, malah menandakan fasa baharu buat Qhiam.
Ia diraikan dengan pembukaan showroom pertama di Shah Alam, diikuti cawangan baharu di Bangi serta lokasi akan datang di IOI City Mall, Putrajaya.
Untuk tahun kedua berturut-turut, penyanyi dan pemuzik terkenal Noh Salleh terus dipilih sebagai wajah utama Qhiam.
Kehadirannya melambangkan keaslian jenama ini serta semangat kekeluargaan yang menjadi nadi utama koleksi Qhiam Raya 2026.
Noh mengetuai koleksi Nohstalgia Galur 2026, sebuah rangkaian berpasangan untuk seisi keluarga yang menekankan kebersamaan sepanjang musim perayaan.
Bagi koleksi Galur tahun ini, Qhiam memperkenalkan penggunaan fabrik yang lebih ringan tanpa menjejaskan kualiti premium dan potongan kemas yang menjadi identiti jenama tersebut.
Direka untuk keselesaan maksimum ketika beraya, koleksi ini mengekalkan gaya versatil sesuai untuk pelbagai acara.
Melengkapkan koleksi tersebut, Kurta Teman hadir dengan enam rekaan dan pilihan fabrik baharu. Koleksi ini menampilkan gabungan elemen moden dan tradisional, sesuai untuk lelaki yang inginkan busana Raya ringkas tetapi bergaya.
Setiap potongan direka agar mudah digayakan, sama ada untuk solat sunat Aidilfitri, kunjungan keluarga atau majlis terbuka.
Turut diperkenalkan ialah Artisan Teras Collection, koleksi yang menonjolkan potongan klasik Melayu seperti pesak, kolar teluk belanga dan lengan tiga suku.
Diperbuat daripada fabrik campuran kapas dan linen, ia memberikan rasa mewah namun selesa. Dipersembahkan oleh legenda muzik tanah air Amy Search, Artisan Teras mencerminkan komitmen Qhiam terhadap keaslian serta penghargaan terhadap warisan budaya.
Qhiam turut memperkenalkan sembilan rekaan samping eksklusif khas untuk koleksi Qhiam Raya 2026, menambah elemen kontemporari pada busana tradisional.
Sementara itu, jenama adik Qhiam, Sendja, menampilkan 13 rekaan baharu yang moden, segar dan serba boleh — sesuai untuk wanita muda yang ingin tampil bergaya sepanjang musim perayaan.
Menurut pihak Qhiam, koleksi Raya 2026 direka untuk meraikan nilai kekeluargaan, tradisi dan gaya moden dalam satu pengalaman perayaan yang lebih bermakna.
“Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi dan gaya moden. Dengan pembukaan showroom pertama kami di Shah Alam, kedai baharu di Bangi dan tidak lama lagi di Putrajaya, bersama koleksi baharu untuk setiap ahli keluarga, musim Raya kali ini pasti meninggalkan kenangan indah buat semua,” ujar kenyataan rasmi jenama itu.
Qhiam menjemput orang ramai untuk melihat dan merasai sendiri koleksi penuh Raya 2026 di showroom Shah Alam dan Bangi, serta lokasi akan datang di IOI City Mall, Putrajaya, bagi menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri bersama keluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan nama Roger Federer. Walaupun anda bukan peminat sukan tenis namun nama ini pastinya tidak asing lagi. Dikenali sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, Roger Federer merupakan antara atlet moden yang mencorak sukan global.
Selaku jenama sukan yang menaja Roger Federer, UNIQLO sentiasa menampilkan koleksi pakaian sukan tenis berkualiti tinggi. Terbaru, UNIQLO mengumumkan mereka bakal memasarkan pakaian replika yang sama seperti dipakai oleh Roger Federer sepanjang kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis 2021.
Menurut UNIQLO, pakaian edisi istimewa ini dibangunkan dan direka di UNIQLO Paris R&D Center. Ia diketuai oleh Christophe Lemaire dan turut dirunding bersama atlet profesional. Selain koleksi diperkenalkan untuk orang dewasa versi kanak-kanak juga turut ditawarkan oleh UNIQLO.
Topi ikonik dipakai Roger Federer dengan cetakan ‘RF’ juga diperkenalkan dalam dua warna berbeza. Menurut Roger Federer, dia bersama pasukan pereka UNIQLO telah bersama-sama membangunkan pakaian ini lebih stahun yang lalu.
“Kami begitu gembira untuk memperkenalkan kepada anda semua ketika saya berkasi semula di atas gelanggang. Diharapkan anda semua menyukai warna yang dipilih dan sesuai dengan gelanggang tanah liat yang cukup ikonik pada musm luruh di Paris. Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan kerana kerja keras yang telah mereka curahkan,” tambah Roger Federer lagi.
Koleksi Roger Federe Game Wear & RF Cap kini boleh didapati di outlet terpilih UNIQLO serta laman sesawang mereka uniqlo.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman plank ketika Ramadan adalah pilihan paling efektif untuk kekal cergas dan membakar lemak tanpa pergerakan intensif. Ketahui 5 variasi plank terbaik untuk bulan puasa.